KelabMama

SENGGUGUT MERESAHKAN WANITA.

Setiap kali datang bulan, ada wanita yang tidak lari daripada terkena senggugut. Yang bernasib baik akan berasa sakit yang biasa-biasa sahaja. Jika sangat teruk sampai boleh demam rasanya jika senggugut menyerang. Maka segala perkerjaan atau aktiviti pasti tidak dapat dilakukan dengan sempurna. Bagi lelaki, ada yang dah bosan atau buat tidak tahu sahaja setiap kali isteri atau pasangan mengadu setiap bulan mereka diserang senggugut. Mereka mungkin menganggap ia hal remeh dah normal untuk perempuan.  Kalau nak tahu ada wanita yang kata sakit senggugut seperti sakit nak bersalin.

APA ITU SENGGUGUT?

Senggugut atau istilah perubatannya dipanggil dismenorea kebiasaannya merujuk kepada kesakitan yang dialami semasa permulaan haid. Ini mungkin lebih teruk semasa dua hari pertama dan tidak semestinya akan dialami setiap kali kedatangan haid. Kesakitan yang dirasai ketika datangnya haid disebabkan oleh penguncupan dinding rahim yang amat kuat.

Proses ini bertujuan mengeluarkan ketulan darah haid yang bercampur dengan sedikit tisu daripada selaput dinding rahim (selaput endometrium). Darah ini perlu dikeluarkan melalui saluran pangkal rahim atau serviks. Kebiasaannya, saluran pangkal rahim yang dimiliki oleh seorang gadis remaja masih sempit. Oleh sebab itu ketulan darah tersebut agak susah untuk dikeluarkan.

Secara fisiologinya, semasa terjadinya haid, berlaku penguncupan dinding rahim yang begitu kuat disebabkan oleh sejenis hormon yang dikenali sebagai ‘prostaglandin’. ‘Prostaglandin’ adalah daripada sejenis kumpulan molekul lipid yang berasal daripada asid lemak dan peranannya sangat penting di dalam tubuh.

Setiap ‘prostaglandin’ ini mengandungi 20 atom karbon. Ini menjadi pengantara serta memberi banyak kesan terhadap psikologi. Oleh sebab itulah kesakitan terasa dan jika ia dihasilkan secara berlebihan maka terjadilah senggugut. ‘Prostaglandin’ yang berlebihan akan mengakibatkan rasa mual, cirit-birit, muntah serta sakit kepala. Lazimnya, kesakitan akan reda dua atau tiga hari kemudian.

 

BAHAYA SENGGUGUT

Sesetengah wanita yang mengalami kesakitan ketika haid menganggap simptom tersebut adalah perkara biasa. Mereka menanganinya dengan makan ubat dan kemudian rasa sakit hilang antara dua hingga lima hari. Namun, tahukah anda kesakitan senggugut yang melampau dan berulang kali adalah petanda kepada penyakit endometriosis? Secara saintifik, endometriosis membawa maksud selaput rahim yang tumbuh di luar rahim seperti usus, pundi kencing, salur kencing, tiub fallopian dan bahagian lain di luar kawasan pelvik. Perlu diketahui, endometriosis bukan senggugut, tetapi senggugut yang teruk merupakan simptom endometriosis. Ia masalah yang kerap berlaku dan dua pertiga daripadanya berpunca daripada ketidaksuburan wanita.

 

ENDOMETRIOSIS BOLEH MENYEBABKAN SESEORANG WANITA MANDUL

Punca sebenar endometriosis tidak diketahui, tetapi kemungkinan darah yang terperangkap itu boleh menyebabkan pembentukan sista darah. Sista darah pula mungkin boleh membentuk parut dan menyebabkan tisu abnormal melekat. Apabila itu berlaku, ia akan menimbulkan kesakitan ketika haid. Apa yang menakutkan wanita apabila endometriosis melekat pada dinding pelvik, ovari, tiub fallopian dan rektor vagina, ia boleh menyebabkan kemandulan.

Wanita yang mencapai usia reproduktif berisiko mendapat endometriosis. Sebanyak 40 peratus wanita yang menghidap endometriosis bakal berdepan dengan mandul. Faktor bangsa atau umur tidak banyak mempengaruhi endometriosis kerana ia boleh berlaku pada setiap wanita. Wanita yang mengalami senggugut segera berjumpa doktor.

Wanita yang mengalami senggugut tidak jangan anggap ia perkara biasa, sebaliknya perlu diberi perhatian serius, terutama jika mereka mengalaminya sejak mula mendapat haid. Masalah itu boleh berlaku pada bila-bila masa dan wanita boleh mengesan perubahan haid mereka pada usia lewat 20-an dan 30-an. Punca sebenar endometriosis tidak diketahui, tetapi jika ibu atau adik-beradik perempuan mendapat endometriosis maka risiko adik-beradik lain untuk mendapat penyakit itu adalah tinggi.

 

RAWATAN

 

 

 

 

 

 

Sumber: Pakar Perbidanan dan Sakit Puan, Hospital Pakar Al-Islam, Dr. Norlida & kosmo