KelabMama

4 Langkah Mudah Untuk Mengembalikan ‘Glowing Skin’ Mama Walaupun Sentiasa Sibuk

Mama pernah dengar mengenai ‘Glow Up’? Kalau Mama sering melayari YouTube dan menonton video-video daripada para ‘influencers’, pasti Mama pernah dengar frasa kata ini. Untuk mereka yang baru pertama kali mendengar mengenai ‘glow up’ ini, mengikut Urban Dictionary, ‘glow up’ adalah ‘transformasi luar biasa’ atau ‘perubahan yang sangat mengagumkan – daripada titik paling bawah ke titik yang sukar untuk dipercayai’. 

Secara dasarnya, ‘glow up’ adalah ungkapan lain ketika melalui fasa akil baligh, tetapi proses ‘glow up’ fokus kepada peningkatan dari segi penampilan fizikal, gaya seseorang individu dan juga keyakinan. 

Siapa cakap ‘glow up’ untuk anak-anak muda sahaja dan bukannya untuk mak-mak? Eh, nanti dulu! 

*tarik nafas dalam dalam* 

Mama, sesiapa sahaja boleh melalui proses ‘glow up’, tak kisah peringkat usia tau. 

Persoalannya, Mama nak atau tidak untuk ‘glow up’? 

Kalau nak, teruskan membaca kerana Mama Siti ada kongsikan ‘resepi glow up’ istimewa khas buat Mama semua!

‘Glow up’ Secara Semula Jadi

Kredit: Shutterstock

‘Glow up’ bukanlah sesuatu yang boleh berlaku dalam sekelip mata. Ia tidak perlu melibatkan pembedahan plastik, beberapa pil kecantikan yang terlarang atau prosedur mahal, walaupun ada sebilangan wanita menggunakan kedua-dua kaedah tersebut sebagai salah satu caranya. Jangan risau, bukan itu ye Mama. 

‘Glow up’ adalah proses, dan Mama harus komited dengannya. Ia memerlukan sedikit masa untuk biasakan diri dan juga pelaburan dari segi masa untuk menjaga diri Mama sendiri, tetapi ia akan mengubah perspektif Mama terhadap kehidupan dan juga bagaimana orang lain melihat Mama. Lagipun, apabila Mama gembira, seluruh keluarga turut gembira. 

Apa tunggu lagi, jom kita ‘glow up’ dan berseri bersama-sama! 

Minum Banyak Air

Kebanyakan wanita sentiasa tidak yakin dengan berat badan mereka. Sekiranya Mama ingin mengurangkan berat badan yang berlebihan, mulakan dengan minum air. 

Kredit: Shutterstock

Minum air boleh mengaktifkan metabolisme Mama, dan metabolisme yang baik akan memberi kesan yang positif kepada tahap tenaga. Apabila kita sendiri rasa seronok dengan diri sendiri, pasti kita akan rasa lebih yakin! Dan itu, Mama sekalian, proses ‘glow up’ yang bermula dari dalam.  

Selain itu, air menjadikan badan kekal terhidrat dan segar, membantu mengekalkan keanjalan kulit. Mama tahu bagaimana ada sesetengah orang yang walaupun badan mereka langsing, wajah mereka tetap kelihatan lesu dan tidak berseri? Haa, itu adalah disebabkan oleh dehidrasi atau kekurangan air. Kalau kita fikirkan pun, tubuh badan manusia terdiri daripada 60% air bukan? Sebab tu pentingnya untuk kita minum air setiap hari. 

Mereka yang sering minum air dalam kuantiti yang banyak atau mencukupi, lebih cenderung untuk tidak mempunyai parut, kedutan, dan juga garis halus. Sekiranya Mama sudah sering melakukan rawatan muka dan wap tetapi tidak berkesan, cubalah untuk banyakkan minum air. Pasti nampak perubahannya kerana jika kita minum air dalam kuantiti yang mencukupi, tidak menunjukkan tanda-tanda penuaan seperti individu yang kurang minum air.  

Pastikan Badan Mengeluarkan Peluh!

Ya, saya tahu, bersenam bukanlah hobi kegemaran semua, tetapi menambahkannya dalam jadual Mama yang ketat tu mungkin sebenarnya akan memberi lebih masa dan manfaat kepada proses ‘glow-up’ Mama. 

Kredit: Shutterstock

Senaman dapat membuatkan kulit lebih berseri dan kelihatan lebih sihat disebabkan oleh peningkatan aliran darah yang berlaku semasa Mama bersenam. Pada abad ke-19, para wanita akan mencubit pipi mereka sendiri untuk mendapatkan seri warna merah jambu semula jadi pada pipi. Orang cakap, pipi ‘pinkish gitu’. Sekarang, Mama boleh mendapatkannya hanya dengan menaiki beberapa anak tangga. 

Bersenam bukan sahaja bagus untuk fizikal luaran dan dalaman Mama, tetapi ia juga sangat bagus kepada kesihatan mental Mama. 

Apabila Mama berada dalam mood yanag baik dan badan bertenaga, Mama pasti dapat menyelesaikan pelbagai aktiviti harian dengan lebih pantas dan cekap. Selain itu, Mama juga dapat kekalkan bentuk badan. Sekiranya Mama tidak gemarkan senaman dengan tahap intensiti yang tinggi, Mama boleh lakukan apa sahaja senaman yang Mama suka. Mama boleh bermain badminton, pergi berenang (berat badan boleh turun walaupun hanya dengan duduk di tepi kolam tau!) atau dengan melakukan yoga. 

Makan dengan Betul

Kredit: Shutterstock

Apa yang kita makan pasti badan kita akan tunjukkan. Tetapi kadang-kadang, kita rasa seperti berada di ‘medan pertempuran’ memikirkan apa yang sedap untuk dimakan dan apa yang baik untuk tubuh badan. Ayam goreng dan char koay teow merupakan menu yang selalu menjadi pilihan Mama Siti, tetapi itu tidak bermakna saya patut memakan kedua-duanya secara berlebihan bukan? Sebelum Mama fikirkan ‘YOLO’ (ada ke yang masih berpegang kepada prinsip ini?) dan fikirkan hidup terlalu singkat, lalu makan semua makanan goreng dan manis – dengar pesan Mama Siti, hentikan pemikiran seperti tu sekarang, terima kasih. 

Kulit Mama merupakan elemen yang terpenting untuk ‘glow up’ diri. Apabila Mama merasa lebih baik untuk melabur pada diri sendiri, kualiti hidup Mama juga pasti meningkat. 

Oleh itu, pelihara kulit Mama dengan baik dan tingkatkan gaya pemakanan yang penuh nutrisi dengan memakan buah-buahan dan sayur-sayuran yang kaya dengan antioksidan, lemak sihat daripada minyak ikan dan kekacang, dan diet yang seimbang. 

Gaya pemakanan yang sihat dan seimbang akan memberi nutrien optimum yang penting untuk kulit yang lebih berseri, termasuk beta karoten, vitamin C dan E, zink dan selenium. Sekiranya Mama bimbang akan kehilangan nutrien-nutrien ini dalam diet harian anda, pertimbangkan untuk mengambil suplemen-suplemen penting sebagai ‘booster’ pada kulit dan kesihatan Mama! 

Amalkan Rutin Penjagaan Kulit Yang Betul 

Akhir sekali, adalah dengan mengikuti rutin penjagaan kulit yang betul. 

Kredit: Shutterstock

Terdapat dua jenis rutin penjagaan kulit, iaitu pagi dan malam. Mungkin Mama rasa lebih mudah untuk cepat-cepat mencuci muka dan oleskan pelembab sebelum Mama teruskan kehidupan harian. Tetapi ingat, wajah juga merupakan sebahagian daripada ‘glow up’. Untuk kedua-dua rutin, Mama Siti perkenalkan rangkaian Wardah’s Crystallure, dihasilkan untuk mak-mak yang idamkan ‘glow up’ walaupun sibuk dengan kehidupan seharian!

Kredit: Wardah

Untuk membantu Mama melalui perjalanan ‘glow-up’ Mama, ini adalah apa yang Mama perlukan untuk kulit Mama: 

Rutin Waktu Pagi, AM

  1. Cuci dan bilas muka dengan pembersih lembut atau air sejuk kerana kita mesti memulakan dengan kulit yang bersih. Pembersih yang lembut akan menghilangkan kulit mati, kotoran, dan bakteria yang terkumpul semasa tidur. Gaya pencucian yang baik akan membantu kulit menyerap semua bahan-bahan aktif produk yang Mama gunakan selepas itu. 
  2. Sediakan kulit muka dengan Wardah’s Crystallure Supreme Activating Booster Essence, yang diformulasikan dengan 10x Gold Peptide Crystals, YouthGlow Active, dan Matrix Key Molecule. ‘Booster Essence’ ini membantu meningkatkan dan mengoptimumkan keremajaan kulit agar tampil lebih awet muda dan berseri. 
  3. Kemudian, rawat kulit dengan Wardah’s Crystallure Supreme Revitalizing Oil Serum, yang diformulasikan dengan Active Delivery System. Mungkin Mama risaukan untuk mengoleskan ‘minyak’ pada wajah. Nanti dulu. Serum yang berasaskan minyak ini menyerap dengan cepat ke dalam kulit tanpa membuatkan rasa berminyak. Ia kaya dengan Gold Peptide Crystals, Youth Glow Active, dan tujuh Minyak Botanikal yang dapat menyihatkan kulit dengan nutrien tambahan.
  4. Lembabkan kulit wajah dan ‘conceal’ segala kebaikan daripada serum tadi dengan Wardah’s Crystallure Supreme Advanced Hydra Gel, iaitu sejenis gel pelembap yang diformulasikan dengan teksturnya yang ringan seperti air, serta gabungan Gold-Peptide Crystals, YouthGlow Active, dan Triple Hyaluronic Acid untuk menghidrat dan menyuburkan kulit kering dengan berkesan.
  5. Akhir sekali, lindungi kulit dengan sunscreen yang sesuai, walaupun Mama hanya berada di dalam rumah sepanjang hari. Ingat ya Mama, ini harus menjadi langkah yang terakhir dalam rutin penjagaan wajah Mama, untuk mencegah kerosakan kulilt daripada sinaran UV. Lampu-lampu dalam rumah pun memancarkan sinaran UV, walaupun dalam jumlah yang kecil.  

Rutin Waktu Malam, PM 

Kredit: Wardah
  1. Untuk membersihkan kulit wajah daripada sunscreen, solekan, kotoran, dan minyak yang terkumpul pada wajah semasa siang hari, pastikan Mama ‘double cleanse’ atau lakukan dua jenis pembersihan semasa mencuci muka. Mula-mula, gunakan Wardah’s Crystallure Supreme Double Act Micellar Gel. Ia mengandungi teknologi micellar, membersihkan wajah dengan satu sapuan sahaja sambil memberikan penghidratan dan kesegaran pada kulit. Pembersih bertekstur gel lembut ini mengandungi Gold Peptide Crystals, YouthGlow Active, dan Chamomile Extract. Selepas langkah ini, gunakan pencuci muka pilihan Mama sendiri untuk mencuci dengan lebih bersih hingga ke liang pori. 
  2. Sediakan kulit wajah dengan Wardah’s Crystallure Supreme Activating Booster Essence, yang diformulasikan dengan 10x Gold Peptide Crystals, YouthGlow Active, dan Matrix Key Molecule. Seperti rutin di atas, ‘booster essence’ ini meningkatkan dan mengoptimumkan keremajaan kulit agar kulit kelihatan lebih muda dan berseri. 
  3. Kemudian, oleskan kulit dengan Wardah’s Crystallure Supreme Revitalizing Oil Serum. Walaupun Mama sudah gunakannya pada waktu pagi, serum ini perlu juga digunakan pada waktu malam. Diformulasikan dengan Active Delivery System yang istimewa, serum yang berasaskan minyak ini menyerap dengan cepat ke dalam kulit, bersama bahan-bahan ‘powerful’ yang lain seperti Gold Peptide Crystals, Youth Glow Active, dan tujuh minyak botanikal ke dalam kulit. 
  4. Rawat kulit dengan Wardah’s Crystallure Supreme Activating Overnight Cream. Biasanya, krim malam mempunyai tekstur yang lebih tebal berbanding krim pelembap yang digunakan pada waktu pagi. Tetapi, berlainan dengan krim malam yang berada di pasaran, krim ini adalah ringan, menyerap dengan cepat, dan juga kaya dengan Gold-Peptide Crystals dan YouthGlow Active. Krim malam ini juga membantu mempercepatkan proses pemuliharaan kulit semasa Mama sedang nyenyak tidur. Barulah Mama bangun dengan kulit yang lebih berseri, sihat, dan cantik! Tambahan pula, krim malam ini mengandungi GranActive Retinoid, iaitu vitamin A yang dapat mengurangkan bintik-bintik gelap tanpa merengsakan kulit Mama. 

Haa, Mama tentu turut perasan bahawa dalam setiap produk Wardah yang telah dinyatakan di atas pasti mengandungi Gold-Peptide Crystals dan YouthGlow Active bukan?

Gold-Peptide Crystals merupakan teknologi terkini yang menggabungkan peptides dengan kristal emas tulen, menjadikannya 90 kali lebih stabil dan berkesan berbanding peptides biasa dalam proses meremajakan kulit. 

Kredit: Wardah

YouthGlow Active pula merupakan sejenis bahan aktif yang diadaptasi daripada kompaun yang dihasilkan oleh mikroorganisma yang boleh hidup dalam persekitaran yang ekstrem seperti cahaya matahari, pencemaran, suhu yang tinggi, dan radikal bebas. Bahan aktif semula jadi ini berfungsi dengan membentuk lapisan kelembapan yang melindungi kulit dari faktor luaran yang membahayakan kulit, menjadikan kulit kelihatan awet muda dan berseri. 

Kredit: Wardah

Kedua-dua bahan utama ini digabungkan dengan bahan-bahan lain dalam Crystallure Supreme Activating Booster Essence daripada Wardah, menghasilkan bahan-bahan yang paling berkesan untuk melindungi kulit daripada masalah penuaan. Diformulasikan dengan 10x Gold Peptide Crystals, YouthGlow Active dan Matrix Key Molecule, ‘booster essence’ ini menggalakkan dan mengoptimumkan pemuliharaan kulit agar kelihatan lebih muda dan berseri. Produk-produk ini berfungsi dari dalam ke luar, membuatkan ‘skin barrier’ Mama menjadi lebih sihat. Bukan itu sahaja, ia juga membantu mempercepatkan proses pembentukan kolagen pada penuaan kulit. 

Barulah nampak lebih awet muda kan?

Jom mulakan proses ‘glow up’ Mama dengan rangkaian produk Crystallure daripada Wardah ini dan rasai sendiri kesannya. 

Klik disini untuk mendapatkan produk percubaan percuma dan ‘glow up’ Mama sekarang! 

Untuk maklumat lebih lanjut, layari halaman Facebook dan Instagram Wardah hari ini. 

Artikel ini diolah daripada versi Bahasa Inggeris di Motherhood Story