KelabMama

Hati-hati! Makan Kurma Butter Terlalu Banyak Boleh Menjejaskan Kesihatan

makan kurma butter boleh jejaskan kesihatan (1)

Dua tiga hari sebelum kita berpuasa, viral makan kurma butter atau kurma dengan mentega ni kan. Semua orang tak sabar nak mencubanya termasuklah Mama Siti sekali.

Pada awalnya, kurma mentega viral ini wujud kerana ingin menarik minat mereka yang tidak gemarkan kurma untuk mencubanya bersama mentega. Sekali jamah, ia mengurangkan rasa manis kurma dan ‘kena dengan tekak’ kita yang Melayu ni.

Tambahan pula, ia juga merupakan makanan sunnah Nabi SAW di mana Baginda gemar memakan kurma bersama mentega.

Mama dah rasa ke belum? Kalau dah dan Mama sukakan rasanya, JANGAN ambil terlalu banyak tau! Ini adalah kerana pengambilan tanpa had boleh menjejaskan kesihatan Mama Papa tau. Nak tau kenapa? Berikut Mama Siti jelaskan.

Kurma Butter Boleh Memudaratkan Kesihatan?

Kredit Gambar: MyResepi

Betul! Kurma memang ada banyak khasiat, tetapi kalau kita campurkan dengan butter dan menggunakan butter dalam kuantiti yang banyak, boleh menjejaskan kesihatan kita.

Kalau Mama Papa nak tahu, mentega sebenarnya dihasilkan menggunakan lemak haiwan yang mempunyai lemak tepu dan tinggi kalori.

Kredit Gambar: Public Health Malaysia

Selain tu, ia juga boleh meningkatkan risiko penyakit jantung dan tahap kolesterol jahat dalam badan. Kandungan kalori yang tinggi juga boleh menjadi salah satu penyebab bertambahnya berat badan Mama dan Papa.

Seperti dikongsikan laman Facebook @Public Health Malaysia, memakan sebiji kurma dengan butter, persamaannya ibarat Mama Papa makan satu senduk nasi! Mama Siti pun terkejut bila mengetahui hal ini.

Boleh je nak makan, tak ada masalah. Cuma Mama Papa perlu hadkan pengambilan kurma butter ni. Cukup sahaja dengan makan tiga atau empat biji, dan bukanlah hari-hari.

Untuk mentega pula, tak perlu terlalu banyak. Hanya cukup calitkan sedikit je mentega pada kurma, seperti 1 sudu kecil sahaja.

Mama Siti sarankan Mama Papa makan kurma mentega apabila Mama Papa kurang selera semasa sahur tetapi mahukan tenaga yang berpanjangan sehingga waktu berbuka, atau sekiranya Mama Papa sudah lambat untuk bersahur.

Tetapi, ingat! Jangan selalu makan tau!

Satu lagi. pastikan Mama Papa hanya menggunakan unsalted butter seperti yang disarankan. BUKAN marjerin! Kedua-duanya berbeza walaupun bentuknya hampir sama. Semasa waktu berbuka pula, cukup dengan makan kurma kosong je tak perlu tambah dengan mentega lagi.


Penafian: Sebarang maklumat, informasi serta perkongsian pakar yang terdapat dalam artikel ini adalah untuk tujuan pendidikan sahaja dan tidak boleh dianggap sebagai nasihat perubatan daripada pihak KelabMama. Untuk sebarang kebimbangan berkaitan kesihatan, anda dinasihatkan untuk berunding dengan pakar kesihatan atau pengamal perubatan sah.


Dapatkan lebih banyak informasi kesihatan Mama Papa dan anak-anak di SINI.