KelabMama

KURANGKAN BERAT BADAN DENGAN PELAN DIET DETOX SECARA SIHAT

Proses penyingkiran bahan toksin atau buangan dari sistem tubuh badan atau detoxification (detox) adalah untuk memastikan sistem penghadaman bekerja dengan sepatutnya, selain memastikan kulit bersih dan segar serta sistem buah pinggang dan hati berjalan lancar. Apabila semua organ penyingkiran toksin berjalan dengan sepatutnya barulah tubuh boleh mengeluarkan toksin secara berkesan dan maksimum. Begitupun hari ini ramai yang mengandaikan penyingkiran toksin ini boleh dilakukan dengan kaedah luaran sahaja seperti mengambil makanan tambahan seperti jus detox, teh herba, sauna, dan sebagainya, yang dijadikan oleh kebanyakan individu sebagai pelan diet bagi menurunkan berat badan.

 

DIET DETOX BOLEH KURUS?

Dikenali sebagai diet detox, ia menjadi fenomena dalam kalangan wanita mahu pun lelaki di seluruh dunia kerana dikatakan lebih mudah dan mampu menurunkan berat badan dalam tempoh yang singkat. Diet tersebut lebih merupakan proses pengurangan air dari dalam badan.

Walaupun ia mampu menurunkan berat badan dengan cepat dan mudah, bagi sesetengah individu ia sebenarnya boleh memudaratkan diri sendiri apatah lagi jika dilakukan secara ekstrem. Secara umumnya pengamal diet detox hanya akan mengambil makanan berasaskan sayur-sayuran dan buah-buahan atau pun meminum jus buah-buahan. Memang tidak dapat dinafikan dengan mengamalkan corak pemakanan sebegini, penurunan berat badan akan berlaku dalam tempoh masa yang singkat dan mudah. Bagaimanapun, perlu diingatkan bahawa ia merupakan diet yang sangat rendah kalori sehingga kadang kala tidak mencukupi untuk keperluan tenaga harian tubuh.

Kekurangan kalori dalam badan akan menjadikan pengamal diet ini berasa lemah, mudah mengalami pening kepala, terasa hendak muntah, dan tidak cukup tenaga. Ia sememangnya merupakan diet pembuangan air dalam badan semata-mata dan tiada langsung melibatkan sebarang proses pembakaran lemak, sebagaimana sepatutnya berlaku apabila seseorang dalam proses mahu menurunkan berat badan secara sihat, iaitu dengan bersenam dan mengamalkan pemakanan yang disarankan.

 

SEMUA DIET ADA KEBAIKAN & KEBURUKAN

Apabila pembakaran lemak berlaku, segala toksin yang terkandung dalam badan akan dikeluarkan melalui air kencing, peluh, dan najis, tetapi perkara ini tidak akan berlaku kepada mereka yang mengamalkan diet detox. Disebabkan itulah ia bukanlah satu diet sihat yang baik untuk diamalkan, sebaliknya menasihatkan orang ramai sekiranya ingin menurunkan berat badan perlulah mengamalkan diet yang sihat. Kepada mereka yang ingin menurunkan berat badan melalui cara diet, cara yang betul ialah dengan mengamalkan pemakanan yang sihat dan disertai dengan aktiviti fizikal seperti bersenam. Pemakanan yang sihat seperti umum ketahui cara masakannya adalah seperti kukus, panggang, kurang lemak dan gula. Orang ramai dinasihatkan agar memberi perhatian penuh kepada cara masakan harian mereka. Begitupun, kepada mereka yang ingin menikmati hidangan secara goreng ia tidak ditegah cuma seelok-eloknya minyak yang digunakan untuk menggoreng hadkan kepada dua kali penggunaan sahaja.

 

PELAN DIET DETOX SECARA SIHAT

Hindari: Beberapa perkara yang harus dihindari ketika melakukan diet detox adalah alkohol, rokok, produk susu, gula, madu, pemanis buatan, kopi, gandum dan segala jenis produk hasilnya, dan buah kering.

Nikmati: Segala macam buah dan sayur segar, ikan, daging merah tanpa lemak, daging ayam tanpa kulit, telur, minyak zaitun, kekacang, biji-bijian, teh hijau, teh putih, teh hitam, dan air putih.

Lakukan: Sekurang-kurangnya terdapat tujuh peraturan yang wajib dipatuhi ketika menjalani diet detox, iaitu