KelabMama

Kuatkan Antibodi Si Manja Mama Dengan 12 Makanan Terbaik Ini!

Lumrah sebagai seorang mama, bila anak tak sihatlah waktu paling mencabar sekali. Tapi bila kerap tak sihat pun merisaukan juga kan. Pasti mama tertanya-tanya apa lagi yang perlu mama lakukan untuk kuatkan antibodi si manja.

Tahukah mama, pemakanan harian juga penting untuk menguatkan antibodi anak. Jom ketahui 12 makanan terbaik yang boleh kuatkan antibodi si manja mama!

12 Makanan Terbaik Untuk Kuatkan Antibodi Anak Mama

1. SUP / BUBUR

Bila demam mesti kita akan rasa kurang selera makan. Jadi, selalunya mama akan masakkan sup untuk anak-anak atau diri sendiri kan? Sebenarnya sup adalah antara makanan terbaik untuk tingkatkan antibodi. Sebab apa? Pelbagai bahan yang berbeza boleh diletakkan dalam sup contohnya sup kaki ayam, sup cendawan, sayuran dan sebagainya. Begitu juga dengan bubur. Selain bubur nasi, boleh juga buat bubur gandum, bubur oat atau barli. Cara memasaknya yang tak berminyak juga lebih sihat dan baik untuk pencernaan tubuh. Ditambah pula dengan bebawang dan rempah, banyak khasiat yang boleh didapati daripada semangkuk sup atau bubur tau!

2. BAWANG PUTIH

Kalau mama nak tahu kajian menunjukkan bawang putih mengandungi kandungan allicin, sejenis kompaun yang sangat unik berfungsi melawan jangkitan penyakit tau. Maka tak hairanlah ia telah digunakan sejak berabad lamanya untuk tujuan kesihatan. So, masa masak sup nanti, mama jangan lupa lebihkan sikit bawang putih tu ya!

3. HALIA

Halia mengandungi bahan yang bersifat antioksidan dan mampu kurangkan keradangan dan amat berkesan untuk melegakan sakit tekak. Ia juga mengelakkan rasa loya dan mual bila badan rasa tak sihat tau. Selain letak dalam sup, mama boleh tambahkan halia dalam masakan atau untuk buat teh. Cuma kalau dibuat teh mungkin kurang sesuai bagi anak-anak sebab rasanya sedikit pahit dan pedas.

4. BAYAM

Sayur bayam yang dimasak sedikit (light cooking) dipercayai dapat menambahkan kandungan vitamin A dan membenarkan pembebasan nutrien penting daripada asid oxalic yang mampu melawan pelbagai penyakit. Selain itu, bayam juga mengandungi pelbagai nutrien penting seperti flavonoid, carotenoid, vitamin C, vitamin E dan antioksidan.

5. YOGURT

Untuk pengetahuan mama, probiotik yang terdapat dalam yogurt merupakan bakteria sihat yang berfungsi menjaga usus di samping memastikan saluran pencernaan terbebas dari kuman punca penyakit. Sebaiknya pilih yogurt yang jenis plain ye kerana yang berperisa selalunya tinggi kandungan gula. Mama boleh maniskan sendiri yogurt dengan menggunakan buah-buahan segar seperti strawberi, mangga, buah naga atau madu. Tetap sedap!

6. IKAN

Ikan mengandungi pelbagai nutrien penting untuk tubuh, terutamanya sumber protein yang sihat. Secara spesifiknya, salmon, ikan kembung dan ikan makarel mengandungi lemak omega-3 yang dapat membantu mengurangkan keradangan serta melindungi paru-paru daripada jangkitan salur pernafasan tau.

7. BUAH-BUAHAN SITRUS

Sebenarnya, pengambilan vitamin C ni penting untuk badan sebab tubuh kita tak boleh menghasilkannya. Jadi sebab itulah kita kena kerap makan buah-buahan untuk memastikan kesihatan tubuh sentiasa terjaga. Selain buah oren, buah-buahan sitrus yang tinggi vitamin C termasuklah lemon, limau, dan grapefruit. Bagi anak yang tak berapa suka makan buah-buahan sitrus ni, mama boleh juga buat jus! Pasti si manja suka!

8. KUNYIT

Kunyit sememangnya sinonim dalam bahan masakan. Kalau mama nak tahu kunyit ini sebenarnya sangat berguna untuk menambah baik tindakbalas imun dalam tubuh seseorang. Curcumin, sejenis kompaun dalam kunyit amat kaya dengan antioksidan dan berkesan melawan keradangan. Selain bawang putih, kunyit juga selalu digunakan dalam perubatan alternatif dan petua orang dulu-dulu untuk merawat selesema.

9. JAMBU BATU

Jambu batu antara buah yang mengandungikandungan vitamin C yang lebih tinggi. Pengambilan vitamin C boleh memperbaiki fungsi sistem imun manusia dan terbukti membantu mengurangkan simptom demam dengan berkesan tau.

10. KACANG ALMOND

Bagi yang suka makan kudapan, makanlah kacang almond kerana ia mengandungi vitamin E. Pakar mengatakan vitamin E ini adalah kunci kepada sistem imun yang sihat. Selain almond, kekacang lain seperti badam, pistachio dan kacang kuda juga mengandungi pelbagai manfaat untuk kesihatan. Daripada makan jajan yang tak berkhasiat tu lebih baik makan kekacang ni kan?

11. KELEDEK

Keledek adalah antara makanan pertama yang sangat disukai oleh bayi. Kita yang dewasa ni pun tentu sukakan rasanya yang lemak manis. Keledek ni sebenarnya bagus untuk kesihatan sebab ia mengandungi vitamin A semulajadi yang tinggi dan khasiatnya mampu bertindak sebagai benteng pertahanan badan.

12. BETIK

Buah betik adalah superfood yang murah dan mudah didapati di Malaysia. Ia mungkin tak sepopular avokado, buah delima, dan blueberry tapi ternyata ia memiliki khasiat yang cukup mengagumkan tau. Selain berkesan sebagai pelawas, buah betik juga mengandungi potassium, vitamin B, folat dan sejenis enzim papain yang berfungsi melawan keradangan sekaligus tingkatkan antibodi tubuh.

Sumber : siraplimau

BACA JUGA BAGUSNYA BUAH NAGA UNTUK SI MANJA MAMA & MAMA HAMIL

Pesan Mama Siti

Selain persekitaran kita kena ambil kira juga pemakanan anak seharian. Ditambah pula bila anak tak sihat, pemakanannya pun perlu dijaga. Tak semestinya bergantung pada ubat doktor saja. Pengambilan makanan yang baik juga boleh kuatkan antibodi si manja. Semoga bermanfaat mama!