KelabMama

Koleksi Masakan Kampung Yang Bikin Mama Nostalgia

Bila dah tak dapat makan macam-macam, barulah teringin nak makanan barat lah, makanan arab. Lauk kampung pun tak dilupakan. Kali ini Mama Siti nak kongsikan resepi lauk kampung yang sedap dan mudah untuk disediakan. 

Bahan-bahannya pula agak serupa dengan menu kampung yang lain. Jadi, tak adalah rugi dan ambil masa setiap kali nak siapkan bahan masakan. 

Lagipun Mama Siti tahu, ada antara pembaca dekat sini seorang ibu dan pengurus keluarga yang sangat sibuk. Mana nak uruskan anak, nak kerja lagi, kalau masih ada orang tua, lagilah kena uruskan mereka pula. 

Baik, tema kita kali ini adalah berasaskan ikan, sayur dan daging. Kalau ahli keluarga Mama suka ketiga-tiganya, mudahlah kerja kan. Tak perlu nak fikir masak lauk berasingan lagi. 

Ayuh kita mulakan dengan resepi yang pertama.

Menu 1: Ikan Jenahak Masak Cuka 

Resepi oleh: Cempaka Iris Yaya

BAHAN-BAHAN

CARA-CARA

  1. Cuci bersih hingga bersih dan gaulkan dengan kunyit dan garam.
  1. Goreng ikan sehingga masak. Angkat ikan dan ketepikan.
  1. Sediakan bahan-bahan untuk memasak seperti bawang besar, bawang kecil, bawang putih dan cili.
  1. Tumiskan bahan-bahan tadi diatas minyak panas hingga naik bau.

5. Tambahkan kunyit, sedikit air dan asam keping. Kacau merata.

6. Tiba masa untuk elemen utama kita, cuka. Kacau sebentar dan siap untuk dihidangkan. 

Tips

Menu 2: Ikan Singgang 

Kredit gambar: Cookpad Aisya Ridwan

Resepi oleh: Mohd Rozmie

BAHAN-BAHAN

CARA-CARA

  1. Sediakan bahan-bahan seperti di bawah untuk memudahkan proses memasak.
  1. Tambahkan air secukupnya mengikut citarasa anda. Kalau sukakan masakan berkuah, boleh tambah banyak air. Seterusnya, masukkan semua bahan hirisan seperti bawang putih, bawang merah, kunyit dan halia. Masukkan serai dan asam keping.
  1. Gunakan api perlahan. Tutupkan periuk, dan tunggu hingga kuah mendidih.
  1. Setelah mendidih, tambahkan gula, garam dan penambah rasa secukupnya.
  1. Mesti tak perasan kan, kita tak bubuh pun lagi ikan dalam masakan kita ni. Selepas itu, barulah kita masukkan ikan tadi.
  1. Biarkan ikan masak terlebih dahulu dan masukkan bendi.
  1. Lauk ikan singgang kita siap untuk dihidangkan.

Tips

Menu 3: Daging Masak Hitam

Resepi oleh: Rusfaniza Abu Yazid

BAHAN-BAHAN

CARA-CARA

  1. Daging yang telah dipotong kecil akan diperap dengan mencampurkan kicap manis dan kicap pekat serta cili kering selama 2-3 jam.
  1. Kisarkan bahan ini kepada 2 bahagian. Kisarkan bawang besar, bawang putih dan halia. Bahagian kedua, kisarkan serai, kismis, buah keras, jintan manis, lada hitam.
  1. Panaskan minyak dan tumis 4 sekawan dan masukkan bahan kisar yang pertama tadi.
  1. Setelah naik bau dan sedikit garing masukkan bahan kisar yang kedua pula.
  1. Setelah pecah minyak, masukkan daging. Peringatan! Jangan tambahkan air, daging akan keluarkan air. Nanti air terlalu banyak.
  1. Masak hingga kering. Jangan lupa tambahkan garam, gula dan perasa secukupnya. Dah siap dah lauk kenduri kita.

Tips

Menu 4: Masak Lemak Labu Udang

Kredit gambar: Maryam Hussain

Resepi oleh: Maryam Hussain

BAHAN-BAHAN

CARA-CARA

  1. Tumbuk kasar bawang kecil, bawang putih dan kunyit hidup.
  1. Rebuskan labu dan udang hingga labu separuh masak. 
  1. Selepas itu, masukkan serai dan bahan yang telah ditumbuk tadi dan kacau sekata.
  1. Tiba masanya untuk masukkan santan. Anda boleh ikut citarasa masing-masing sama ada nak pekat atau sedikit cair.
  1. Tambahkan lada hitam dan cili besar. Apabila sedikit mendidih, tutup api dan siap untuk dihidangkan. 
  1. Masak lemak labu kita dah sedia untuk dihidangkan.

Tips

Menu 5: Kerabu Pucuk Paku

Resepi oleh: Bahiah Saripuddin

BAHAN-BAHAN

CARA-CARA

  1. Celurkan pucuk paku dalam air yang mendidih. Kacaukan hingga pucuk paku bertukar warna dan saringkan.
  1. Untuk kelapa. 1 bahagian kita akan kisarkan dengan 1 cawan air untuk dibuat santan manakala 1 bahagian lagi kita goreng tanpa minyak (dimayang) hingga kekuningan.
  1. Tumbukkan lada hitam, bawang merah dan isi ikan selayang.
  1. Masukkan kelapa yang dimayang ke dalam mangkuk dan gaulkan bersama bahan tumbuk diatas. Tambahkan perasa seperti garam dan gula.
  1. Tiba masa untuk masukkan pucuk paku dan gaulkan hingga sebati. Apabila telah sebati, boleh tambahkan santan.
  1. Kerabu pucuk paku kita dah siap dihidangkan. Selamat mencuba.

Tips

Alhamdulillah, kali ini kita dapat 5 resepi masakan kampung. Kalau tanya Mama Siti mana yang paling mengiurkan mestilah ikan singgang tu sebab Mama Siti suka masakan berkuah. Lagi banyak kuah lagi sedap. Mama jangan lupa cuba ya.