KelabMama

Perkhidmatan di Klinik Ibu dan Anak Dan Senarai Klinik di Sekitar Lembah Klang

Sumber: Facebook

Kehamilan adalah satu berita yang pastinya ditunggu-tunggu oleh setiap pasangan yang berumah tangga. Apatah lagi jika ianya adalah kali pertama.

Kehamilan merupakan satu fasa yang akan dilalui oleh setiap ibu. Ia adalah fasa yang amat penting dan para ibu perlu memberi perhatian yang sewajarnya kepada kesihatan sepanjang tempoh ini untuk keselamatan kedua-dua ibu dan bayi.

Rawatan semasa mengandung adalah proses yang mahal yang antaranya merangkumi ultrasound, pemeriksaan bulanan, suplemen pranatal ibu dan suntikan untuk mengelakkan penyakit untuk kedua-dua ibu dan anak. Warga Malaysia bernasib baik kerana boleh mendapati rawatan percuma atau dalam kos yang sangat rendah dari Klinik Kesihatan Ibu dan Anak (KKIA) yang disediakan oleh kerajaan – dibawah pengurusan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Ada yang mungkin keliru dengan klinik kesihatan (KK) dan klinik kesihatan ibu dan anak (KKIA). Yang pasti, keduanya berada di dalam satu pentadbiran yang sama bagi perkhidmatan kesihatan awam yang disediakan oleh kerajaan Malaysia kepada rakyatnya.

Apakah Klinik Kesihatan Ibu dan Anak (KKIA)?

Sumber: theasianparent.com

Perkhidmatan kesihatan ibu dan anak adalah salah satu tanggungjawab kerajaan yang menawarkan perkhidmatan kesihatan khusus bagi golongan ibu dan anak, seawal anak di dalam kandungan. Sasaran utama adalah bagi golongan ibu hamil dan kanak-kanak yang beumur 6 tahun ke bawah.

Fokus perkhidmatan klinik ini adalah kepada penjagaan kesihatan pra-kehamilan, penjagaan antenatal, penjagaan intrapartum dan kelahiran, penjagaa postnatal, perancangan keluarga dan perkembangan kesihatan kanak-kanak. Klinik ibu dan anak ini terdapat di kebanyakan daerah di seluruh negara.

Tentunya banyak informasi yang ingin setiap ibu perlu tahu mengenai klinik ibu dan anak ini. Bertepatan dengan namanya, klinik ini menyediakan perkhidmatan perubatan kepada ibu dan anak, seawal kandungan sehingga anak mencapai umur 6 tahun.

Masalah kesihatan yang dihadapi oleh ibu hamil; contoh: anemia, hipertensi, diabetes, boleh menjejaskan perkembangan serta pembesaran bayi di dalam kandungan dan boleh mengancam nyawa ibu tersebut.

Pengawasan serta pengendalian kesihatan ibu yang rapi dan berterusan dapat memastikan pengesanan awal yang membolehkan tindakan yang sewajarnya diambil dengan segera.

Dari sinilah wujudnya mekanisme bagi memantau perkembangan ibu dan anak melalui pemeriksaan kesihatan di Klinik Ibu dan Anak yang menyimpan segala rekod kesihatan ibu hamil.

Selain fungsi utama sebagai pusat setempat pemeriksaan ibu hamil, KKIA berperanan sebagai sebuah klinik perubatan am bagi kanak-kanak. Pemeriksaan perubatan dan kesihatan bagi anak bermula seawal di dalam kandungan ibu, bayi setelah dilahirkan, pemantauan tumbesaran kanak-kanak serta mengenalpasti masalah kesihatan sebelum dirujuk ke pakar yang berkenaan.

Perbezaan Klinik Ibu dan Anak dengan Klinik Kesihatan Biasa

Ada yang mungkin keliru – Klinik Kesihatan (KK) dan Klinik Ibu dan Anak (KKIA) – bukankah fungsinya sama? Apatah lagi kebanyakan Klinik Ibu dan Anak, fasilitinya terletak di Klinik Kesihatan, dan berkongsi doktor dan jururawat yang sama. Ada benarnya. Berikut antara perbezaan antara dua klinik ini:

Masa rawatan/Operasi klinik:

Jenis rawatan:

Kad rawatan/Rekod perubatan

Buku Merah/Buku Pink

Rekod kesihatan ibu di Malaysia bermula dengan kad klinik, yang mempunyai maklumat penjagaan kesihatan ibu yang agak terhad. Tahun demi tahun, penambahbaikan dijalankan selaras dengan keperluan maklumat kesihatan, di mana pada hari ini, penggunaan buku pink ini menjadi satu platform lengkap maklumat kesihatan ibu dan bayi.

Sumber: yumpu.com

Secara amnya, buku rekod ini mengandungi maklumat mengenai perihal penjagaan kesihatan ibu iaitu kandungan semasa, tumbesaran janin, kelahiran, bayi yang baru dilahirkan dan postnatal. Ia juga merangkumi pendidikan kesihatan bagi ibu mengenai penjagaan semasa hamil, semasa bersalin, penyusuan susu ibu dan yang berkaitan dengan penjagaan ibu.

Tidak kira pengamal perubatan kerajaan ataupun swasta, buku pink ini amatlah penting dan mempunyai informasi yang seragam. Walaupun hospital swasta mempunyai versi buku pink sendiri, namun maklumat dan segala butiran penting kesihatan serta sejarah perubatan ibu mengandung adalah sama seperti buku pink dari klinik ibu dan anak.

Terdapat juga klinik dan hospital swasta menggunakan buku pink yang sama seperti klinik kerajaan. Tidak kira versi apa pun, buku ini amatlah penting bagi setiap ibu mengandung.

Pemeriksaan di Klinik Ibu dan Anak

Buku pink perlu dibuka bermula dari sebaik saja ibu mengetahui dirinya hamil – sebelum berakhirnya trimester pertama. Ibu hamil perlu mengenalpasti Klinik Kerajaan atau Klinik Kesihatan Ibu & Anak (KKIA) berhampiran berdasarkan alamat tempat tinggal semasa. Di sinilah ibu akan mendapatkan pemeriksaan pertama fasa awal kehamilan, dan seterusnya membuka buku pink ini.

Bagi yang pertama kali ke KKIA untuk pemeriksaan prenatal dan membuka buku pink, berikut adalah dokumen yang perlu dibawa bersama:

Sebelum buku pink ini dapat dikeluarkan oleh KKIA dan diserahkan kepada ibu, berikut adalah prosedur yang perlu ibu lalui di klinik:

Setelah selesai, ibu akan diberikan buku pink yang akan merekodkan segala perkembangan kesihatan ibu dan bayi sepanjang kehamilan (prenatal) sehingga kelahiran (post-natal). Ini termasuklah temujanji seterusnya di KKIA dan hospital – kerajaan atau swasta mengikut pilihan ibu.

Jadual temujanji bagi pemeriksaan ibu mengandung, secara amnya adalah seperti berikut:

Walau bagaimanapun, pemeriksaan dan temujanji ini mungkin berubah sekiranya pegawai perubatan yang memeriksa mendapati terdapat kehamilan ibu yang berisiko tinggi dan memerlukan pemantauan yang lebih kerap berbanding kandungan normal.

Kandungan buku pink – ibu & kandungan

Pada setiap buku pink ini, terdapat pelekat berwarna yang akan dilekatkan berdasarkan pemeriksaan yang dijalankan. Terdapat 4 warna iaitu putih, hijau, kuning dan merah. Warna ini memberi maksud risiko kehamilan bagi setiap ibu:

Sumber: story.motherhood.com.my/my

Antara maklumat yang terdapat di dalam ‘buku pink’ ini adalah:

Sumber: story.motherhood.com.my/my

Maklumat peribadi ibu & suami:

Maklumat lain yang direkodkan:

Selain dari rekod kesihatan ibu, bayi dan temujanji, berikut adalah maklumat lain yang terdapat di dalam buku pink yang akan menjadi rujukan ibu dan pihak yang memberikan rawatan:

Kepentingan Buku Pink

Tidak kira hospital atau klinik – kerajaan atau swasta, buku pink ini amat penting dan ibarat nyawa kepada setiap ibu hamil dan bayi yang dikandungnya. Setiap catatan oleh doktor yang memeriksa, temujanji susulan atau berkala yang telah dtetapkan, perlulah diikuti dan difahami.

Selain itu, ibu juga perlu memberikan maklumat yang tepat serta tidak berselindung dari segala maklumat dah sejarah kesihatan terdahulu, yang boleh membawa risiko yang mungkin mengancam nyawa ibu dan bayi.

Ibu juga digalakkan membawa bersama buku ini sepanjang masa bagi menjadi rujukan pihak yang merawat sekiranya terjadinya kes kecemasan. Ini adalah kerana segala maklumat yang diperlukan terdapat di dalam buku ini dan mempercepatkan proses rawatan atau menyelamatkan nyawa, sekiranya berlaku sebarang kecemasan yang tidak dijangka.

Buku Rekod Kesihatan Kanak-Kanak

Buku rekod kesihatan bayi dan kanak-kanak yang mula digunakan pada tahun 1980an (kad kuning), telah berubah wajah pada tahun 1990an kepada kad bewarna biru (lelaki) dan merah (perempuan) dan kini setiap bayi yang dilahirkan diberi satu buku rekod kesihatan kanak-kanak yang lengkap dengan maklumat penting.

Secara amnya buku rekod kesihatan kanak-kanak ini diberikan kepada bayi yang dilahirkan di Hospital kerajaan. Terdapat juga hospital swasta yang terpilih berdasarkan kepada inisiatif kesihatan negeri masing-masing. Terdapat dua warna iaitu merah jambu (untuk bayi perempuan) dan biru (untuk bayi lelaki).

Sumber: Facebook @Bahagian Pembangunan Kesihatan Keluarga

Buku rekod ini digunakan semasa pemeriksaan kesihatan bayi di hospital/klinik kerajaan dan swasta semenjak dilahirkan sehingga umur 6 tahun.

4 Komponen utama adalah kegunaan rekod kesihatan kanak-kanak adalah:

  1. Pemantauan perkembangan dan penilaian kesihatan.
  2. Saringan masalah kesihatan dan perkembangan.
  3. Bimbingan awal (pendidikan kesihatan).
  4. Rekod imunisasi.

Rekod imunisasi dalam buku ini mencatatkan status imunisasi samada lengkap atau ada keciciran. Rekod imunisasi ini diperlukan semasa kemasukan ke sekolah untuk direkod di dalam Buku Rekod Kesihatan Murid.

Bayi dan kanak-kanak yang dilahirkan di Hospital Swasta dan seterusnya mendapatkan rawatan imunisasi di Klinik Swasta juga akan diberi Kad/ buku Pemantauan kesihatan termasuk rekod imunisasi dan maklumat ini diperlukan semasa kemasukan ke sekolah kelak.

Kepentingan Buku Rekod Kesihatan Bayi & Kanak-kanak 0-6 tahun:

  1. Menyimpan maklumat biodata kelahiran bayi anda dari lahir sehingga umur 6 tahun.
  2. Menyimpan rekod imunisasi anak anda dari lahir hingga umur 6 tahun. Rekod ini penting bagi kemasukkan ke sekolah, ke universiti dan ada juga yang memerlukan maklumat imunisasi untuk ke luar negara.
  3. Menyimpan rekod kesihatan dan perkembangan anak anda dari lahir hingga umur 6 tahun. Maklumat ini penting apabila anak masuk sekolah dan boleh digunakan sebagai rujukan sekiranya ada masalah pembelajaran di sekolah.
  4. Memberikan pendidikan kesihatan kepada anda sebagai ibu bapa tentang penyusuan susu ibu, pemakanan bayi, perkembangan anak anda, tips mengenai kesihatan seksual dan keselamatan diri, cara-cara untuk mencegah kecederaan & kemalangan di rumah dan tanda-tanda bahaya dalam kalangan bayi dan kanak-kanak.

Senarai Klinik Kesihatan Ibu dan Anak di Lembah Klang

Berikut merupakan senarai KKIA terdapat di Lembah Klang yang boleh menjadi rujukan para ibu bapa berdasarkan tempat tinggal yang hampir dengan rumah masing masing:

Jalan 49, Bukit E Cheras, 56100 Ampang
Hulu Langat, Selangor
No. Telefon: 03-4297 5853

Hospital Orang Asli Gombak
KM42 Jalan Pahang Lama
53100 Gombak Selangor
No. Telefon: 03-6189 2122

Jalan Kolam Air
44400 Kuala Kubu Baru
Hulu Selangor.
No. Telefon: 03-6064 1257

Jalan Seroja 1A
Bukit Sentosa
44200 Rasa
Hulu Selangor.
No. Telefon: 03-6104 0062

Kg Pandan, 55100 Ampang
Hulu Langat Selangor

Blok 2, Tingkat Bawah, Flat Sri Pahang,
Bukit Bangsar, 59000 Kuala Lumpur

Dewan Komuniti Fasa 2, Taman Koperasi, Batu Caves, 68100 Kuala Lumpur
No. Telefon: 03-6184 1767

No. 7, Jalan 2/112F, Taman Pantai Indah, Jalan Pantai Dalam, 59000 Bangsar, Kuala Lumpur
No. Telefon: 03-2282 5107

Blok 92, Flat Sri Kota, Bandar Tun Razak, 56000 Kuala Lumpur
No. Telefon: 03-9171 7129

Batu 5, Jalan Gombak, 53000 Kuala Lumpur
No. Telefon: 03-4021 8030

Block 67, Taman Sri Sentosa,55800 Kuala Lumpur
No. Telefon: 03-7781 4120

No. 16 & 18, Jalan 2/96A, Taman Cheras Makmur, 56100 Kuala Lumpur
No. Telefon: 03-9130 4796

Selain itu, boleh juga dirujuk di halaman ini:

Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Kuala Lumpur