KelabMama

Jangan Salahkan Ulam Raja Kalau Mama Awet Muda – 1001 Rahsia Ulam Raja Kini Dibongkarkan

Nama ulam pun bukan main – Ulam raja. hebat sangatkah jenis ulam yang satu ini sampaikan namanya pun ada perkataan raja?

Ya Mama, memang padan sebenarnya nama ulam raja untuk spesies herba ini. Kandungan nutrisinya hampir lengkap untuk kesihatan manusia.  

Ulam raja asalnya bukan dari Malaysia atau dari negara sekitar tetapi datang jauh dari wilayah Amerika Latin. Namun, ianya lebih digemari oleh orang-orang Asia Tenggara.

Kebiasaannya, ulam raja dimakan secara segar. Ia dihidangkan tanpa perlu dimasak terlebih dahulu. Pencecah sampingan ulam raja ialah budu, sambal belacan dan cencaluk. Silap-silap boleh tambah nasi berkali-kali kalau dapat lauk ulam ini.

Berbalik kepada khasiat raja Si Ulam Raja. Dengan kandungan nutrisi yang hampir lengkap, mestilah banyak kelebihan yang mampu ditawarkan herba ini. Dari aspek kesihatan sampailah kecantikan, serahkan saja padanya. 

Khasiat Raja Segala Ulam, Si Ulam Raja

Kredit gambar: Lazada

Menurunkan Tekanan Darah Tinggi

Ulam raja mampu mengawal kadar denyutan jantung dan mendorong kesan diuretik. Diuretik ialah proses pembuangan air dari badan seperti membuang air kecil. 

Bila seseorang mengeluarkan air kencing secara tak langsung ia menurunkan tekanan darah dalam badan. 

Mengurangkan Keradangan

Kredit gambar: KlikDokter

Ulam raja juga diperkaya dengan flavonoid. Kandungan flavonoid yang tinggi menghalang penghasilan enzim yang mengakibatkan keradangan. 

Kalau Mama ada alergi, jangkitan virus dan bengkak di mana-mana bahagian badan, eloklah jika banyakkan makan ulam raja. 

Menguatkan Tulang

Kredit gambar: Freepik

Buat Mama yang hampir atau telah mengalami peringkat monopause, ulam raja bermanfaat untuk melindungi tulang. 

Umum diketahui, wanita yang telah pun menopause berisiko mendapatkan kerapuhan tulang. Kerapuhan tulang ataupun osteoporosis berpunca daripada kekurangan penghasilan hormon estrogen. 

Menghalang Jangkitan Kulat dan Bakteria

Kredit gambar: Dermalene

Bukan sahaja kita mendapat kelebihan daripada daunnya tetapi juga daripada akarnya. Akar ulam raja mengandungi sebatian seperti antibiotik. Ia dikenali sebagai fenilpropan. Sebatian tersebut berupaya membantutkan bakteria berbahaya

Membantu Pesakit Kencing Manis

Kredit gambar: Diabetek UK

Kajian makmal mendapati bahawa ekstrak ulam raja mempunyai ciri-ciri yang sama seperti ubat yang digunakan kepada pesakit kencing manis

Namun begitu, jangan tinggalkan sepenuhnya preskripsi ubat dari klinik ya. Apa-apa pun kita perlu beri keutamaan pada ubat doktor.

Kaya Antioksida

Kredit gambar: Lifepack

Tips untuk Mama yang nak awet muda. Umur dah bertambah pun tetap orang ingat kita ‘sweet 17’. Siapa tak suka kan. 

Tahukah anda kandungan vitamin C ulam raja lebih tinggi berbanding oren, jambu batu dan strawberi. Banyak kan, patutlah muka jadi licin kan.

Mencegah Nyanyuk

Kredit gambar: Freepik

Kajian Dr. Yee Xing, seorang pensyarah dan penyelidik dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Beliau mendapati fungsi ingatan warga emas bertambah baik selepas makan suplemen dari ulam raja.  

Agen Detoks

Kredit gambar: The Diagnosa

Ulam raja mampu menguatkan sistem hati serta menyokong proses pembuangan bahan kumuh dari dalam badan manusia. 

Enzim lactate dehydrogenase berkurang apabila seseorang masukkan ulam raja dalam diet seharian.  

Mengurangkan Risiko Sakit Jantung

Kredit gambar: Narayana Health

Penyakit tiga serangkai yang satu lagi ialah jantung. Sayuran herba ini mempunyai bahan aktif seperti asid askorbik asid klorogenik, quercetin dan proanthocyanidin.

Kesemua komponen tersebut membantu mengurangkan risiko penyakit jantung. 

Menambah Kandungan Oksigen

Kredit gambar: Tirto.ID

Patutlah orang dulu-dulu amalkan ulam raja, sebabnya ia membantu menambah kandungan oksigen dalam darah. 

Badan jadi cergas dan segar kerana peredaran darah yang efisien ke seluruh badan.  

Memang tak salah lah nama yang diberikan pada sayuran herba ini. Kandungan nutrisinya tidak disangkal lagi, memang sangat diperlukan badan kita. 

Selain itu, ulam raja berfungsi membantu fungsi badan dan dalam masa yang sama mencegah penyakit jantung dan jangkitan bakteria. 

Sepatutnya khasiat ulam raja ni perlu dipromosikan agar penggunaannya semakin meluas. Jomlah Mama, kita jadi cantik dan sihat dengan ulam raja.