KelabMama

Remedi Jangka Panjang Dengan 12 Khasiat Minyak Zaitun Untuk Cantik dan Sihat

Sejak zaman berzaman, minyak zaitun selalu menjadi remedi untuk mencegah, merawat dan memberikan manfaat tambahan terhadap kesihatan dalaman dan luaran. 

Banyak kajian dijalankan bagi menepis tohmahan bahawa ianya hanya sekadar petua yang tidak berasas.

Telah terbukti minyak zaitun mengandungi khasiat terhadap kesihatan dan kecantikan dalam jangka masa panjang. 

12 Khasiat Minyak Zaitun

#1 Sihatkan Otak dan Elak Penyakit

Kredit gambar: Newcastle University

Minyak zaitun mengandungi asid lemak yang menyumbang kepada perkembangan otak manusia setiap hari. 

Melalui zat yang ada dalam minyak zaitun, kita dapat berfikir, bertenang dan menjalani hidup dengan lebih baik. 

#2 Menurunkan Berat Badan

Berdasarkan kajian yang dilakukan oleh Harvard School of Public Health menunjukkan bahawa minyak zaitun kaya dengan lemak baik di mana ia menghancurkan lemak berlebihan dalam badan. 

Hasilnya, kita dapat menurunkan berat badan dan sekaligus mengurangkan statistik obesiti dalam komuniti. 

#3 Awet Muda

Kredit gambar: Penn Medicine

Wah, macam mana boleh nampak muda tu? 

Baiklah, minyak zaitun mempunyai sifat antioksidan untuk memberi manfaat terus kepada kulit terutamanya bahagian wajah. 

Dengan adanya antioksidan dalam minyak zaitun garis kedutan dapat dikurangkan disebabkan peningkatan kolagen dalam badan. 

#4 Cegah Strok

Kajian makmal telah menunjukkan bahawa minyak zaitun berhasil menurunkan risiko strok berlaku kepada seseorang. 

Minyak zaitun yang masuk dalam sistem badan mengandungi lemak tepu yang mampu melancarkan aliran darah sekaligus mengelakkan jantung tersumbat.

Kita semua tahu, penyakit strok mendapat tempat kedua dalam statistik kematian selepas serangan jantung. 

#5 Bunuh Bakteria Jahat

Kredit gambar: skincancer.org

Khasiat minyak zaitun yang seterusnya ialah ia boleh membunuh 40% bakteria jenis Helicobacter Pylori dalam tempoh 2 minggu jika diamalkan sebanyak 30 g setiap hari. 

Bakteria tersebut tinggal dalam perut dan usus manusia. Penyakit seperti ulser perut dan usus boleh berlaku jika sering mengabaikan kesihatan perut. 

#6 Bibir Mungil

Bibir menjadi lembut, cerah dan cantik apabila selalu mengamalkan skrub berasaskan minyak zaitun. 

Caranya, campurkan sedikit minyak zaitun bersama-sama dengan gula perang dan jus lemon dan amalkan secara berkala untuk hasil bibir lebih mungil. 

#7 Kawal Kolesterol

Kredit gambar: hopkinsmedicine.or

Amalan menggantikan minyak masak biasa kepada minyak zaitun membantu mengawal tahap kolesterol kerana kandungan lemak tepu dan lemak tidak tepu lebih rendah dari minyak biasa. 

Manakala terdapat hampir 80% lemak ‘monounsaturated’ dalam minyak zaitun dimana ia membentuk High Density Lipoprotein (HDL) atau kolesterol baik dalam badan. 

#8 Rambut Kuat dan Sihat

Kredit gambar: Hopscotch

Rambut jadi lebih lembut, segar dan berkilau ketika kita menjadikan rutin memakai minyak zaitun sebagai perapi rambut. 

Kandungan vitamin E bertindak sebagai penguat akar rambut, menyihatkan folikel rambut dan melindungi kulit kepala. 

#9 Melembabkan Kulit

Kredit gambar: Urbanasia

Khasiat minyak zaitun dikembangkan lagi dengan melembabkan kulit wajah melalui zat yang ada di dalamnya. 

Kandungan vitamin E banyak menyumbang kepada kelembapan kulit terutamanya di bahagian wajah. 

#10 Atasi Sembelit

Situasi sukar membuang air besar dan sakit perut dalam tempoh yang lama mengganggu urusan kita pada satu-satu hari. 

Lemak ‘monounsaturated’ berpotensi melancarkan pergerakan makanan melalui besar ke usus kecil hinggalah ketika kita membuang air besar. 

#11 Cegah Batu Karang  

Kredit gambar: mStar

Kaedah mencegah batu karang dengan minyak zaitun hendaklah melalui pemakanan kerana proses biologi berlaku di dalam tubuh badan. 

Khasiat dari minyak zaitun boleh melarutkan bahan-bahan punca batu karang di kedua-dua buah pinggang. 

#12 Rawat Tumit Merekah

Kredit gambar: Harian Post

Bagi mengembalikan tumit yang lembut dan tidak merekah, Mama perlu rendam kaki dengan air lemon suam. Kemudian, sapu minyak zaitun pada bahagian tumit yang merekah. 

Untuk kesan lebih baik, oles minyak zaitun sebelum tidur dan segera pakai stokin agar tumit segera pulih. 

Kalau nak cantik atau nak sihat, rajin-rajin lah amalkan minyak zaitun dalam diet seharian ataupun sebagai kegunaan luaran. 

Kredit gambar: Health

Semoga kita memperoleh manfaat maksimum dari zat dalam minyak zaitun. 


Penafian: Sebarang maklumat, informasi serta perkongsian yang terdapat dalam artikel ini adalah untuk tujuan pendidikan sahaja dan tidak boleh dianggap sebagai nasihat perubatan daripada pihak KelabMama. Untuk sebarang kebimbangan berkaitan kesihatan, anda dinasihatkan untuk berunding dengan pakar kesihatan atau pengamal perubatan sah.


Dapatkan tips dan nasihat berkaitan kesihatan Mama dan Papa di SINI.