KelabMama

Khasiat Air Kunyit Dalam Masakan Kepada Kesihatan Kita

Kunyit adalah satu tanaman rempah di Malaysia dan memang banyak digunakan dalam pengubatan tradisional nusantara. Mama Siti akan kongsikan khasiat kunyit, contoh masakan serta resepi air kunyit yang banyak digunakan dalam masyarakat kita.

Dalam kaedah nenek moyang kita dahulu, mereka banyak gunakan kunyit dalam masakan sebagai bahan penyembuh juga pengelak penyakit. Inilah yang kaedah moden kita panggil my kitchen pharmacy. Sedangkan itulah yang sepatutnya diamalkan iaitu makanan harian sebagai nutrisi pencegah juga merawat penyakit. setuju tak?

Kredit gambar: Digstraksi

Apakah Kunyit dan Curcumin?

Kunyit adalah rempah yang memberi warna kuning kepada masakan, manakala curcumin pula adalah bahan di dalam kunyit yang mempunyai manfaat kesihatan. Ia mempunyai kemampuan anti-radang yang kuat dan juga anti-oksidan yang kuat.

Khasiat Kunyit Yang Utama

1. Mengandungi bahan aktif sebagai anti-radang

Bioactive compound yang terdapat dalam kunyit adalah curcumin. Keradangan berpanjangan di dalam badan juga adalah satu perkara yang patut dirisaukan. Pengambilan kunyit membantu mengelakkan terjadinya penyakit seperti kanser, masalah jantung dan lain-lain akibat keradangan berpanjangan.

Keradangan ini adalah sesuatu yang kita lihat bentuknya seperti bengkak, sakit. Jadi kalau ada sakit sendi atau sakit kepala, sangat membantu jika mengambil air kunyit.

2. Tinggi anti-oksidan

Curcumin adalah anti-oksidan asli yang potent untuk melawan radikal bebas. Selain menghalang radikal bebas merosakkan sel tubuh, curcumin juga merangsang anti-oksidan lain untuk berfungsi dengan optimum. radikal bebas ni memang mudah terkena pada kita dengan toksik persekitaran yang berada di sekeliling kita.

3. Keseimbangan hormon

Kunyit boleh membantu keseimbangan hormon estrogen wanita yang memainkan peranan untuk emosi, ketumbuhan serta kanser, juga kesihatan jantung. Curcumin juga didapati dapat menghalang pertumbuhan kanser terlebih awal.

Antara fungsi lain estrogen adalah mengawal keseimbangan kolestrol dalam badan serta melindungi daripada risiko osteoporosis. Jadi, pengambilan kunyit dapat membantu proses ini. Oleh sebab ini jugalah kunyit banyak dijadikan ramuan jamu bagi wanita kerana manfaatnya untuk kesihatan rahim.

Ia juga baik diamalkan sebelum datang haid untuk mengurankan gejala PMS yang sering mengganggu tugasan harian kita.

4. Merawat depresi

Memandangkan ubatan kemurungan mempunyai kesan sampingan tersendiri, maka sekumpulan saintis membuat kajian menggunakan bahan asli iaitu kunyit. Pengambilan kunyit didapati akan menghasilkan the feel good hormones seperti serotonin dan dopamine.

Kadangkala kesedihan mendalam ini berkait dengan paras hormon dalam badan. Boleh cuba untuk amalkan gaya hidup sihat bagi merangsang hormon-hormon baik dirembeskan dengan lancar.

Resepi Air Kunyit Yang Boleh Dicuba

1. Jamu air kunyit

Jamu air kunyit ini bagus untuk melawan keradangan badan, sakit-sakit sendi dan kesihatan rahim wanita. Berikut Mama Siti kongsikan bahan-bahannya:

Bahan-bahan

Cara Membuat Air Kunyit

  1. Kisarkan kesemua bahan bersama dengan sedikit air daripada jumlah 4.5 liter air tadi.
  2. Kemudian terus panaskan di atas api hingga mendidih. Ini sangat penting kerana kunyit perlukan haba untuk menjadi aktif.
  3. Tunggu sejuk dan tapis. Kemudian boleh disimpan dan minum 100 ml sehari.

2. Masakan masak lemak kunyit

Sebenarnya sebarang masakan lemak menggunakan kunyit segar, santan dan lada hitam dalam tradisi resepi melayu adalah sedia terbaik. Ini kerana bahan aktif curcumin di dalam kunyit memerlukan lada hitam yang mempunyai elemen peperine untuk meningkatkan kadar serapan curcumin ke dalam badan kita hingga 2000%!

Curcumin ini pula bahan serap lemak, maka cara terbaik untuk mendapat manfaat maksimum kunyit adalah dengan mengambilnya bersama elemen lemak. Maka masakan berlemak kunyit resepi kita adalah terbaik sekali kan? Nah bijak sangat kan nenek moyang kita dalam mengolah resepi melalui ilham alam.

Bersederhana Dengan Khasiat Kunyit

Walaupun kunyit mempunyai banyak khasiat, namun seperti biasa kita amalkan dengan sederhana tidak berlebihan. Ikut gerak hati untuk pengambilan kerana kita lebih tahu dna faham kondisi tubuh kita. Cuba ambil kemudian lihat reaksi tubuh terhadapnya.

Mama boleh cuba baca artikel di sini untuk melihat resepi menarik untuk tempoh berpantang yang menggunakan kunyit. Semoga bermanfaat!