KelabMama

Bukan Sekadar Cegah Hamil, Ini 17 Kesan Makan Pil Perancang Kepada Wanita

kesan makan pil perancang kepada wanita

“Kenapa saya makan bertahun-tahun tapi tak ada pun masalah?”

Kesan makan pil perancang berbeza bagi setiap orang dan Mama juga mungkin tidak mengalami semua kesan sampingan yang Mama Siti kongsikan kali ini. 

Pil perancang terbukti dapat mencegah kehamilan tetapi kesan sampingannya akan terus berlaku untuk tahun-tahun akan datang.

Mari kita lihat kesan bahaya pengambilan pil perancang yang  Mama harus sedar.

17 Kesan Makan Pil Perancang

Kredit gambar: Verywell Health

#1 Sakit Kepala

Kontraseptif oral mengandungi bahan-bahan seperti hormon seks dalam pil perancang.

Penyelidikan sains menunjukkan bahawa ia boleh menyebabkan sakit kepala dan migrain sebagai kesan sampingan.

Sakit kepala adalah perkara biasa kesan akibat pengambilan pil perancang.

#2 Payudara Membesar Dan Bengkak

Satu lagi kesan sampingan pengambilan pil perancang ialah payudara akan menjadi lebih besar dan bengkak disebabkan pil perancang. 

Namun begitu, Mama tak perlu terlampau risau kerana saiznya akan semakin berkurangan dari semasa ke semasa.

#3 Haid Tak Teratur

Penggunaan kontraseptif oral boleh mengakibatkan haid terlewat.Terdapat keadaan dimana Mama mengalami darah haid hanya beberapa titis sahaja. 

Mama mungkin salah sangka dan berfikir bahawa Mama berkemungkinan sedang mengandung. Ini tidak bermakna Mama hamil, tetapi ia disebabkan oleh kesan pil perancang yang Mama ambil.

#4 Berat Naik Mendadak

Kredit gambar: Mohd Zarin

Disebabkan perubahan aktiviti hormon dalam badan, tubuh Mama bertindak balas terhadap pil perancang di mana berat badan boleh meningkat dengan pantas.

Namun begitu, kita masih perlu pastikan jika terdapat faktor lain yang menyumbang kepada berat badan naik mendadak seperti penyakit. 

#5 Barah Payudara (Cancer)

Walaupun pil perancang berjaya membantu mencegah kehamilan, tetapi ia mengandungi bahan yang boleh menyebabkan kanser payudara.

Kesan makan pil perancang mungkin mengambil beberapa tahun untuk ia memberi kesan barah terhadap hormon badan.

#6 Sesak Nafas

Kesan makan pil perancang juga boleh menjejaskan sistem pernafasan. Individu akan sering mengalami sesak nafas tak kira waktu siang dan malam.

#7 Darah Tinggi

Kredit gambar: South China

Walaupun kita tidak pernah disahkan mempunyai penyakit tekanan darah tinggi, jika makan pil perancang boleh memberi kesan seperti meningkatkan tekanan darah dalam badan.

#8 Gangguan Emosi

Mama juga berisiko menjadi tidak stabil dari segi emosi selepas mengambil pil perancang. Hal ini kerana kandungannya mengandungi hormon tambahan.

Hormon berlebihan menyebabkan ketidakselesaan dan ketidakstabilan emosi.

#9 Loya dan Mual

Loya dan loya ialah perkara biasa yang berlaku akibat pengambilan pil perancang. Rasa mual sering berlaku ketika pertama kali Mama makan pil perancang.

Tips elakkan loya dan mual ialah makan pil perancang sebelum tidur atau makan bersama-sama makanan lain untuk mengelakkan loya.

#10 Pendarahan Berpanjangan

Kredit gambar: India Times

Pendarahan atau tompokan darah (spotting) berlaku disebabkan tindak balas badan yang sedang menyesuaikan diri dengan peningkatan hormon. 

Jika pendarahan masih berlaku lebih lima hari dari tempoh biasa haid, Mama harus segera dapatkan nasihat  doktor.

Nota: Walaupun Mama tidak datang haid, darah Mama akan turun.

#11 Keputihan & Lendir

Bahagian intim yang meruang dan berlendir boleh menyebabkan ketidakselesaan oleh kerana kesan makan pil perancang.

Penting untuk memastikan kawasan itu bersih untuk mengelakkan masalah ini yang lebih teruk selepas ini.

#12 Keinginan Seks Berkurang

Kesan makan pil perancang juga boleh menyebabkan penurunan keinginan seksual.

Ia mengambil masa 3 hingga 4 minggu selepas mengambil pil yang pertama untuk dapatkan pemerhatian ini.

#13 Tulang Belakang Bengkok

Kredit gambar: applephysiorehab.com

Ramai orang tidak tahu bahawa kesan makan pil perancang  boleh menyebabkan tulang belakang bengkok.

Ia merupakan kesan kontraseptif oral yang digabungkan dengan badan yang seterusnya mempengaruhi otot dan sendi belakang Mama.

#14 Berat Badan Turun Drastik

Di samping penambahan berat badan, kesan makan pil perancang juga menyebabkan penurunan berat badan yang drastik bergantung kepada jenis tubuh badan seseorang.

Kesan pengambilan pil perancang ini sebenarnya lebih berbahaya kepada orang yang lebih kecil dan lemah.

#15 Sakit Perut dan Abdomen

Kredit gambar: Yale Medicine

Beberapa orang yang makan pil perancang akan merasakan sakit perut atau organ berhampiran usus. Sakit perut atau abdomen ini mungkin berlaku kesan daripada makan pil perancang.

#16 Kaki Lenguh dan Bengkak

Jangan kerap makan pil perancang kerana bimbang akan mendapat kedua-dua kesan ini pada badan.

Kaki lenguh dan bengkak juga merupakan kesan sampingan yang sering berlaku kesan makan pil perancang.

#17 Risiko Kanser Serviks

Kanser serviks ialah salah satu kategori barah yang sangat menakutkan ramai wanita.

Ia boleh berlaku akibat penyakit ginekologi iaitu faktor pemakanan awal pagi.

Dalam masa yang sama, kanser serviks boleh berlaku akibat pengambilan pil perancang.

Kredit gambar: SOCMOB Blog

Ingat ya Mama, kesan makan pil perancang berbeza-beza bagi setiap orang. Ia disebabkan tindak balas bahan hormon dalam ubat dan tubuh badan masing-masing. 

Walaupun pil makan pil perancang berkesan menghalang seseorang mengandung tetapi ia boleh memberikan kesan negatif terhadap kesihatan wanita. 

Apa-apa pun rujuk kepada doktor untuk berbincang tentang perkara ini. 


Penafian: Sebarang maklumat, informasi serta perkongsian pakar yang terdapat dalam artikel ini adalah untuk tujuan pendidikan sahaja dan tidak boleh dianggap sebagai nasihat perubatan daripada pihak KelabMama. Untuk sebarang kebimbangan berkaitan kesihatan, anda dinasihatkan untuk berunding dengan pakar kesihatan atau pengamal perubatan sah.


Tambah ilmu pengetahuan dengan informasi yang disediakan oleh Kelab Mama di SINI!