KelabMama

Keropok Beras Bayi DIY- Pakai 2 Bahan Saja!

Bila bayi dah tumbuh gigi, segala jenis makanan dia nak cuba. Muruku, biskut, kek,keropok. Keropok pula ada bermacam jenis, keropok beras, keropok ikan, udang semua nak letak dalam mulut. Nak test power lah katakan… Tapi mana boleh bagi semua snek tu, ada garam dan gula. Setengah tu siap ada ekstra MSG lagi.

Mama ingat tak yang mama tak boleh bagi anak mama sebarang makanan yang mengandungi gula atau garam sebelum usia si manja mencecah 2 tahun? Hmm, kalau macam tu nak bagi apa. Kesian pula tengok mata dia yang comel tu.

Apa kata mama cuba resepi keropok beras daripada Puan Farah Ain A Darwish ni. Mudah, cepat dan yang paling penting tak ada gula dan garam pun!

Resepi Keropok Beras Homemade Untuk Bayi

Hari ni saya saja nak cuba buat keropok beras untuk baby.

Kalau nak ikutkan, sebenarnya boleh juga guna laksa beras atau rice paper untuk Vietnam rolls tu (ada kandungan garam).
Sama saja konsep dan rasanya.

Tapi saya memang suka DIY dan bagi yang nak cuba buat sendiri boleh ikut cara ini.

Bahan-Bahan

Cara-Cara

Berikut adalah cara buat keropok beras baby satu persatu.

1. Kisar

Mula-mula kisarkan semua bahan sampai halus menggunakan blender.

Kisar nasi yang direndam sehingga hancur.

 2. Buat Lapisan Nipis

Kemudian, sapu rata nipis-nipis bahan tadi di atas silicone baking mat atau baking paper.

Sapu rata lapisan nipis puri beras supaya senang untuk dimakan.

3. Panaskan Hingga Kering

Panaskan dalam oven dengan suhu paling rendah iaitu sekitar 80°C-100°C selama lebih kurang sejam.

Ingat, kena selalu check tau. Jangan bagi dia hangus.

Selain guna oven, boleh jemur dekat panas atau guna dehydrater juga.

Biasanya, puri beras akan lebih cepat kering di bahagian tepi berbanding bahagian tengah dulang.

4. Goreng

Bila tekstur lapisan tadi dah kering macam kertas, kopek dari baking paper.

Boleh pecah-pecahkan dan kemudian goreng dalam minyak panas.

Cara saya buat, panaskan minyak dan buka api kecil. Guna penyepit celup dalam minyak. Sekejap saja sampai dia kembang, terus angkat.

Saya goreng sekeping demi sekeping sebab dia cepat hangus.

Siap!

Beginilah hasilnya.

Pastikan minyak panas sebelum menggoreng.

Puas Hati Buat Sendiri

Memang puas hati buat sendiri walaupun kejadian tak seberapa dan kena tunggu lama.

Walaupun cuma dapat sebalang kecil, kita tak risau nak bagi makan dekat anak kecil kan?

Kalau berminat, ibu-ibu bolehlah cuba resepi keropok beras baby ni di rumah.

Baby mesti suka!

Sumber: Farah Ain A Darwish via Happy Baby Foods Malaysia

BACA JUGA RESEPI CUPCAKE TANPA GULA UNTUK SI MANJA

Pesan Mama Siti:

Senangkan? Pakai 2 bahan utama ni saja. Air dan beras. Yang nak tambah segala serbuk perasa tu, pastikan si manja mama dah berusia 2 tahun ke atas ye! Ingat, kita nak perkenalkan tekstur makanan yang berbeza kepada anak kita, bukan nak bagi dia makan sedap saja.