KelabMama

Kerana Mengidam, Bakal Ibu Buat Keputusan Lawat Bilik Mayat!

Kerana Mengidam, Bakal Ibu Buat Keputusan Lawat Bilik Mayat!

Fasa mengidam merupakan perkara biasa yang dilalui oleh setiap mama hamil di Malaysia. Ada yang mengidam nak makan asam jeruk, nak travel, nak makan seafood. Nak dipendekkan cerita, memang ada banyak lah kategori mengidam ni.

Tapi seorang wanita yang bernama Ain Nabila, 20 mengejutkan seluruh warga Twitter apabila dia kemukakan hasratnya yang mengidam untuk lawat bilik mayat. Terkejut kan? Mama Siti pun terkejut. Bagi Mama Siti ni merupakan mengidam yang paling pelik lah!

Biasanya mama mengidam nak makan, and kalau nak travel sekalipun, mesti akan pergi tempat-tempat yang orang kata indah permai gitu. Tapi bukan BILIK MAYAT!

Ibu hamil 4 bulan kongsi keinginan lawat bilik mayat di Twitter.

Yang buat Mama Siti lagi terkejut apabila ibu mentua Ain Nabila ni ikutkan saja kehendak hati menantunya itu. Menurut Ain, keinginan itu timbul setelah membaca artikel tentang bilik mayat 3 hari lepas. Dia juga menyatakan keinginan yang kuat untuk pergi dan hidu bau bilik mayat tersebut.

“Saya teringin nak hidu bilik mayat tu dan tengok keadaan sekeliling. Memang hati saya terlalu teringin sangat.”

Mama hamil 4 bulan itu berkata lagi bahawa dia sebenarnya seorang yang penakut. Begitu juga dengan suaminya.

Tetapi, sejak mengandungkan anak, timbul perasaan berani dalam diri. Dia turut meluahkan hasratnya kepada suami, Mohd Firdaus Mohd Fazli namun dia hanya berkata, kalau nak masuk, masuk sorang.

Betullah tu, kalau Mama Siti pun besar kemungkinan akan kata macam tu juga. Bukan nak mencemuh mengidam dia, tapi takut lah Mama Siti nak pergi dekat dengan bilik mayat.

Namun begitu, niat melawat bilik mayat terpaksa ditangguhkan selepas membaca komen netizen di Twitter. Timbul pula perasaan risau di sudut hati ibu muda tersebut.

Antara komen netizen yang menyebabkan Ain menangguhkan lawatan ke bilik mayat.

Sebaik saja post tersebut dimuat naik ke laman twitter, seramai 1000 netizen berkongsi nasihat dan pendapat berhubung dengan keinginannya itu. Ibu muda itu berkongsi bahawa dia akan merujuk perkara ini dengan ahli agama terlebih dulu sebelum niatnya itu ditunaikan. Yalah, ibu mana yang tak risau dengan keselamatan anak kan?

Mungkin saya akan tanya terlebih dahulu ahli agama mengenai keinginan ini, bimbang juga kalau ada perkara tidak baik berlaku kepada bayi selepas lahir nanti.

Sumber: Lobak Merah

BACA JUGA 7 PERUBAHAN YANG SERING BERLAKU PADA MAMA YANG MENGANDUNG MENJELANG 3RD TRIMESTER

Pesanan Mama Siti:

Mama Siti setuju dengan tindakan Ain ni. Pergi rujuk kepada yang lebih tahu. Tetapi saranan Mama Siti, jangan lah pergi tempat-tempat sebegini. Semoga dengan komen-komen positif dari netizen, Ain dapat hilangkan rasa teringin tu, okay?