KelabMama

KENAPA WANITA SERING ABAIKAN PENJAGAAN KAWASAN INTIM?

Menurut kajian. kira-kira 50 peratus wanita menggunakan sabun biasa atau sabun mandi untuk mencuci bahagian sulit mereka, sedangkan kandungan pH di dalam sabun mandi berbeza dengan nilai pH yang diperlukan pada bahagian itu. Walaupun sebab di sebalik tabiat ini tidak dinyatakan, namun boleh berlaku disebabkan kebanyakan wanita hanya menggunakan satu pencuci sahaja bagi keseluruhan tubuh. Mereka tidak berfikir dua kali tentang kawasan intim yang memerlukan penjagaan khas. Ramai yang tidak tahu, penggunaan produk yang bukan direka untuk bahagian tersebut mungkin boleh memudaratkan.Ini seperti kejadian jangkitan kuman atau rengsa, pH vagina berubah, berbau, gatal, dan keputihan.

Jadi amat penting bagi setiap wanita mengetahui tentang kesihatan vagina mereka di mana keseimbangan pH vagina boleh berubah disebabkan oleh keadaan tertentu yang jarang dipedulikan. Mereka tidak tahu bahawa faktor perubahan hormon dan peningkatan usia boleh menyebabkan pH vagina berubah. Faktor-faktor lain seperti menopaus, melahirkan anak, diabetes, stres, merokok, dan mengamalkan pemakanan tidak sihat seperti makanan ringan boleh mengundang kepada masalah ini.

 

UBAH RUTIN PENJAGAAN HARIAN ANDA!

Penjagaan bahagian intim seringkali dipandang remeh dan kebanyakan isu yang berkait rapat dengannya dipandang ringan sehingga membawa kepada masalah yang begitu besar kepada kesihatan wanita. Wanita di negara ini masih menganggap kesihatan bahagian intim tidak boleh dibincang secara terbuka kerana sesuatu yang tabu untuk diperkata. Ini menyebabkan mereka lebih banyak berdiam diri dan tidak mahu mengambil tahu tentang penjagaan sepatutnya perlu dilakukan pada anggota sulit mereka. Kerana sikap malu begini, kebanyakan wanita mengambil jalan pintas dengan mencari informasi sendiri di sumber-sumber yang tidak sahih di Internet. Akibatnya, maklumat yang diperoleh mungkin tidak membantu dan akhirnya menggunakan produk yang tidak dicipta khas untuk bahagian intim seperti sabun mandi di dalam bilik mandi.

 

 

 

 

 

 

 

 

Sumber: Utusan