KelabMama

KENAPA RAMBUT GUGUR DENGAN TERUK SELEPAS MELAHIRKAN ANAK?

Androgenetik alopesia adalah sejenis masalah keguguran rambut yang kerap berlaku di kalangan lelaki dan wanita. Keguguran yang disebabkan oleh faktor keturunan ini biasanya bermula pada peringkat remaja, lingkungan 20-an atau 30-an. Masalah ini menjadi lebih ketara apabila mereka mencecah usia 40-an. Bagi wanita yang menghadapi masalah ini, biasanya rambut mereka menjadi jarang pada bahagian tengah kepala. Pada peringkat awal, wanita terbabit dapat melihat keguguran rambut yang dialami terutamanya pada bahagian atas kepala.

Rambut diperbuat daripada protein yang juga ditemui pada kuku tangan dan kaki. Bagi setiap individu, hampir 90 peratus rambut di kulit kepala akan terus berada dalam fasa pertumbuhan, manakala bakinya di kulit kepala akan berada dalam fasa rehat. Fasa pertumbuhan ini berlanjutan dalam tempoh antara dua hingga enam tahun. Bagaimanapun, rambut akan gugur pada penghujung fasa rehat. Pertumbuhan rambut yang normal perlu melalui tiga peringkat iaitu:

Secara umum, rambut yang gugur kurang daripada 100 helai dianggap sebagai normal.Sebaliknya, jika lebih daripada jumlah tersebut, individu terbabit perlu berjumpa doktor untuk mengenal pasti puncanya.Pusingan pertumbuhan rambut akan berulang apabila rambut yang gugur ini tumbuh dari folikel rambut yang sama.Bagaimanapun, kadar pertumbuhan rambut seseorang dipengaruhi oleh faktor usia.Semakin meningkat umur seseorang, semakin perlahan fasa pertumbuhan rambut mereka.Bagi individu yang tergolong dalam kumpulan ini, pusingan pertumbuhan rambut masih normal, tetapi folikel rambut menjadi semakin mengecil.Apa yang penting setiap individu harus tahu membezakan keguguran rambut yang normal dan sebaliknya.

 

JENIS-JENIS MASALAH KEGUGURAN RAMBUT

Ia merupakan masalah keguguran rambut yang paling kerap berlaku di kalangan lelaki dan wanita.Ia juga dikenali sebagai salah satu bentuk kebotakan pada lelaki (male pattern baldness). Ia disebabkan oleh kombinasi tiga faktor iaitu:

  1. testosteron – (hormon lelaki).
  2. usia – selepas seseorang berusia lebih 20 tahun.
  3. keturunan – biasanya berlaku lebih kerap dikalangan lelaki berbanding wanita.

Rawatan agak sukar dan mahal, namun mereka yang ingin mendapatkan rawatan dinasihatkan berjumpa doktor. Ini kerana terdapat ubat-ubatan yang disahkan berkesan penggunaannya.Sebaik-baiknya, elak menggunakan ubat-ubatan yang tidak diketahui kesannya kerana ia melibatkan pembaziran wang yang banyak.

Masalah keguguran rambut setempat pada kepala ini tidak diketahui puncanya. Prognosisnya agak baik tanpa rawatan, bagaimanapun adakalanya ia akan pulih semula dalam tempoh enam hingga 12 bulan.

Masalah ini boleh berlaku antara dua hingga empat bulan selepas proses kelahiran, demam panas, penyakit-penyakit akut, tekanan fizikal atau emosi dan diet tidak seimbang (crash diet). Namun, rambut yang gugur ini akan tumbuh semula selepas beberapa bulan, tanpa memerlukan sebarang rawatan.

 

LAIN-LAIN PUNCA KEGUGURAN RAMBUT YANG SERIUS

Terdapat pelbagai punca yang menyebabkan rambut gugur dengan serius. Keguguran rambut ini biasanya jelas kelihatan apabila seseorang menyikat rambut atau rambut menjadi jarang di kulit kepala. Sehubungan itu, dapatkan pemeriksaan pakar kulit bagi memastikan masalah ini sama ada ia boleh dirawat atau sebaliknya. Keguguran rambut bagi kategori ini biasanya berpunca daripada:

 

Selepas seseorang wanita melahirkan anak, pusingan rambut akan memasuki fasa berehat yang agak lama. Selepas fasa bersalin, ia bertukar ke fasa gugur dengan cepat. Dalam tempoh dua hingga tiga bulan, sesetengah wanita mengalami keguguran rambut yang banyak. Namun, masalah yang berlaku hanya sementara saja di mana kebanyakannya akan pulih seperti sediakala dalam tempoh antara satu hingga enam bulan.

Perubahan Hormon

Sepanjang tempoh kehamilan, hormon progesteron dan estrogen pada wanita hamil sangat tinggi.  Kedua-dua hormon ini menyebabkan pertumbuhan rambut terhenti dalam fasa anagen atau lebih dikenali sebagai fasa pertumbuhan.  Sebab itu, wanita hamil kelihatan lebih berseri-seri dan nampak cantik.  Rambut mereka kelihatan berkilat dan bersinar-sinar. Tetapi, selepas bersalin iaitu sekitar usia bayi tiga hingga empat bulan, kesemua hormon akan kembali normal dan pada waktu ini, ibu-ibu akan mengalami semula masalah keguguran rambut. Disebabkan sepanjang tempoh kehamilan tidak banyak rambut gugur, kali ini keguguran rambut berlaku dengan lebih banyak.  Rambut yang gugur berterusan menyebabkan ia tidak sempat tumbuh dan memanjang.  Akibatnya, rambut kelihatan semakin menipis dan jarang.

Tekanan

Selepas bersalin, wanita menjadi ibu sibuk menguruskan keperluan keluarga dan bayi yang baru lahir.  Lebih memburukkan keadaan apabila si ibu juga perlu bekerja. Menghadapi pelbagai tekanan dalam mengendalikan kesemua tugas-tugas ini membatasi masa untuk ibu menjaga kesihatan dan kebersihan rambutnya. Jika tidak diberi perhatian, masalah keguguran rambut yang dialami setiap ibu selepas melahirkan akan menjadi semakin teruk. Namun, dalam tempoh setahun itu sekiranya ia tidak dirawat dengan segera, masalah tersebut akan menjadi semakin serius sehingga akhirnya boleh menjadi keguguran rambut jenis wanita (female pattern baldness).  Masalah rambut ini adalah jenis kekal dan sukar untuk ditangani.

Berusia Dan Memiliki Ramai Anak

Ibu yang semakin berusia dan telah mengandung lebih dari tiga kali berisiko lebih tinggi berbanding ibu muda atau yang memiliki bilangan anak yang sedikit.  Masalah menjadi lebih rumit apabila ibu yang memiliki bilangan anak yang ramai serta tidak menjaga kebersihan rambut mereka akan menyebabkan rambut gugur dengan lebih banyak. Malah, semakin ibu berusia bermula pula masalah puncak kepala (crowning area) semakin menipis.  Ia bermula daripada bahagian tengah dan merebak ke bahagian tepi.  Sebab itu boleh dilihat pada kebanyakan orang tua, wanita terutamanya, rambut di bahagian tengah kepala amat nipis dan sedikit sehingga boleh dilihat kulit kepalanya. Ia berlaku bukanlah disebabkan masalah hormon semata-mata tetapi juga disebabkan penjagaan rambut selepas bersalin yang tidak betul.

Pola Pemakanan Tidak Sihat

Selain itu, amalan pemakanan yang tidak sesuai boleh menyebabkan masalah keguguran rambut menjadi semakin serius.  Seperti yang diketahui, kebanyakan ibu-ibu selepas bersalin mengawal pemakanan agar dapat mengembalikan semula bentuk tubuh langsing seperti sebelum hamil.  Hal ini sebenarnya boleh menyebabkan mereka banyak kekurangan nutrisi yang amat diperlukan oleh tubuh. Berbanding lelaki, proses penuaan wanita berlaku dengan lebih cepat. Sebab itu, kulit kepala juga akan menjadi tua dengan lebih cepat berbanding lelaki.  Masalah penuaan ini menyebabkan liang-liang rambut menjadi kosong.  Liang-liang rambut yang kosong ini jika dibiarkan dan tidak diaktifkan bagi pertumbuhan rambut baru, ia akan tertutup dan terbenam. Kalangan lelaki, mereka yang mengalami masalah rambut sekiranya tidak dirawat dalam tempoh 10 tahun sekalipun keadaan rambut mereka masih sama.  Bezanya wanita, tempoh dua hingga tiga tahun sudah cukup membuatkan wanita kelihatan ‘botak’ kerana liang-liang rambut cepat tertutup.  Liang-liang rambut yang tertutup dan terbenam tidak boleh dirawat atau diaktifkan lagi.

 

FAKTOR  USIA

Semakin berusia, peluang untuk pertumbuhan rambut baru semakin rendah.  Ini disebabkan oleh kesemua sel-sel sudah menjadi semakin tua, malah penyerapan nutrien-nutrien yang diperlukan dalam pertumbuhan rambut sihat juga semakin lambat. Disebabkan usia semakin lanjut, ada kalanya kita lupa tubuh badan juga memerlukan lebih banyak nutrisi.  Hal ini kerana, organ-organ di dalam badan juga turut ‘berusia’ seiring dengan pertambahan usia manusia.  Jadi, nutrisi yang masuk di dalam tubuh badan melalui makanan-makanan yang dimakan akan diserap dan diagihkan kepada organ-organ penting di dalam tubuh seperti hati, jantung, buah pinggan dan sebagainya.  Ia berfungsi untuk membantu organ-organ dalaman berfungsi dengan baik.

 

PENYAKIT TIROID

Kelenjar tiroid yang terlalu aktif atau pasif juga boleh menyebabkan keguguran rambut.

 

DEMAM, JANGKITAN DAN SELESEMA YANG SERIUS

Selepas empat minggu hingga tiga bulan demam yang serius, seseorang mungkin terkejut melihat rambut gugur dengan banyak. Bagaimanapun, keguguran rambut ini akan pulih seperti sediakala.

 

UBAT-UBATAN

Sesetengah ubat-ubatan boleh menyebabkan keguguran rambut untuk sementara waktu. Ubat-ubatan terdiri daripada penyakit gout, artritis, kemurungan, masalah jantung, hipertensi dan ubat mencairkan darah (coagulant). Pada masa yang sama, pengambilan vitamin A secara berlebihan juga boleh menyebabkan keguguran rambut.

 

PENYAKIT JANGKITAN PADA KULIT KEPALA

Rawatan awal diperlukan bagi kanak-kanak yang biasanya mendapat jangkitan kulat, bakteria dan sebagainya. Ini kerana, jika dibiarkan tanpa rawatan, bahagian terbabit boleh menjadi botak yang kekal.

 

RAWATAN KANSER

Sesetengah rawatan kanser akan menyebabkan sel-sel rambut terhenti membahagi. Sehubungan itu, keadaan ini mengakibatkan rambut menjadi nipis dan mudah terputus apabila ia keluar dari kulit kepala. Masalah ini berlaku selepas satu hingga tiga minggu rawatan. Bagaimanapun, rambut akan tumbuh semula selepas rawatan berakhir.

 

UBAT KONTRASEPTIF

Wanita yang mengamalkan pil kontraseptif biasanya mempunyai kecenderungan menyebabkan rambut semakin jarang. Jika masalah ini berlaku, pastikan anda berjumpa pakar perbidanan dan sakit puan untuk menukar ubat kontraseptif yang lain.

 

RAWATAN

 

 

 

 

 

 

Sumber: Pakar Dermatologi, Pusat Sains Perubatan, Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Prof. Madya Dr. Mokhtar Nor & Utusan