KelabMama

KENAPA LEPAS LAHIRKAN ANAK TAK KURUS-KURUS?

Melahirkan anak merupakan satu proses yang menyebabkan banyak perubahan dalam badan berlaku. Salah satunya adalah perut yang membesar secara signifikan. Untuk mengurangkan berat badan dan mendapatkan perut yang rata seperti sebelum melahirkan anak bukanlah satu kerja yang mudah. Tapi bukan bermakna ia perkara yang mustahil! Dengan melakukan beberapa disiplin berikut dan kesabaran yang tinggi, mama sekalian pasti boleh mendapatkan kembali badan yang kurus dan langsing.

 

Waktu Makan Sesuka Hati

Mengatur waktu makan adalah cara yang mudah supaya berat badan turun secara teratur. Bangun pagi ada baiknya amalkan minum air masak terlebih dahulu untuk membersihkan perut, sebelum mula bersarapan. Makan makanan bertenaga pada waktu siang supaya lebih bertenaga dan bersemangat, sementara pada waktu malam, cukup makan makanan yang tidak mengandungi karbohidrat. Contoh telur rebus, sayuran segar atau isi ayam.

 

Makan Dalam Kuantiti Banyak

Adakah anda seorang yang makan sekali sehari tetapi dalam kuantiti yang banyak? Ia sangat tidak digalakkan! Lebih baik makan beberapa kali dalam sehari tapi dalam kuantiti yang kecil, supaya cukup masa untuk makanan tersebut dihadam bagi menjadi sumber tenaga.

 

Kurang Minum Air Putih

Kurangkan minum minuman segera yang mengandungi banyak bahan pengawet sebaliknya perbanyakan minum air masak dan jus buah asli. Selain menghindarkan anda daripada dehidrasi, kedua cecair ini dapat memberikan kelebihan secara semula jadi.

 

Malas Bersenam!

Mengimbangi pola makan teratur dan senaman yang rutin akan memberikan hasil yang memuaskan. Tidak perlu melakukan aktiviti yang berat, joging atau latihan. Senaman sekali dalam seminggu sudah cukup untuk memperkuatkan otot yang lemah.

 

Tak Jaga Pantang

Kalau mengidamkan perut rata dalam masa yang pantas, gunakan bengkung pelangsing. Selain mendapatkan bentuk perut rata dan pinggang yang ramping, bengkung pelangsing juga dapat mengurangkan pembengkakan dan pendarahan dalam rahim. Berusahalah terlebih dahulu. Yang penting jangan malas!

 

Kurang Tidur

Tiada masa tidur atau rehat yang mencukupi juga boleh menjadi factor berat badan semakin naik. Mmempunyai anak kecil semangnya menjadi lumrah tidak mendapat rehat yang mencukupi, oleh itu si suami memainkan peranan di sini. Jika ingin isteri anda mempunyai bentuk badan yang menarik lepas bersalin, bantu isteri anda menjaga anak sementara waktu, dan biarkan permaisuri anda beradu seketika.

 

Sumber: Intenet