KelabMama

Penting Untuk Anda Ambil Tahu Kenapa Anda Demam!

Demam! Boleh dikatakan semua orang pernah demam dan kemungkinan besar akan demam lagi dalam hidup mereka kelak. Demam menjadi antara perkara yang perlu dilalui semua individu yang pernah mengalami jangkitan kuman atau penyakit tertentu. Sememangnya kebanyakan kes demam melibatkan demam biasa yang jarang sekali mengancam nyawa. Namun, bila sahaja disebutkan terdapat penularan kes demam denggi, malaria, chikungunya atau kepialu, ramai pula yang cuak dan khuatir diri menghidap demam yang berbahaya. Rasa khuatir sebegini timbul akibat rasa cemas yang ditambah kurangnya kefahaman tentang penyakit tersebut. Di sini, tindakan sewajarnya adalah untuk mendapatkan maklumat yang tepat daripada pakar perubatan, media dan juga Internet supaya punca demam yang dihadapi dapat ditangani sewajarnya.

 

PERBEZAAN SUHU DEMAM

Demam sememangnya satu kebiasaan tetapi kita sebagai manusia biasa, yang pasti akan demam berulang kali lagi kelak, perlu juga membiasakan diri dengan maklumat dan cara membezakan demam yang biasa atau yang berbahaya. Demam itu sendiri bukanlah penyakit tetapi simptom (petanda) kepada sesuatu penyakit atau jangkitan kuman hasil tindak balas semula jadi badan mempertahankan diri. Maka, secara dasarnya, demam, seperti juga cirit-birit, adalah salah satu bentuk pertahanan badan terhadap jangkitan kuman atau toksin.

Demam biasanya diakui sekiranya:

Suhu badan mungkin meningkat selepas aktiviti berat tetapi ini tidak dianggap sebagai demam kerana titik set suhu badan adalah normal. Orang tua memiliki keupayaan yang kurang bagi menghasilkan haba badan, dengan itu suhu tahap rendah mungkin juga menunjukkanpenyakit umum yang serius.

Jika pesakit mengalami demam kronik yang berpanjangan sehingga berbulan-bulan lamanya, ia mungkin petanda kepada penyakit lebih teruk seperti jangkitan pada jantung (endocarditis), kanser, penyakit sistem imuniti, tibi atau demam kepialu. Demam juga dikatakan menjadi antara tindak balas semula jadi badan menentang sel kanser terutamanya bagi kes kanser buah pinggang, leukemia dan limfoma.

Demam berbeza dengan hyperthermia (strok haba) yang menyebabkan peningkatan suhu badan akibat suhu persekitaran luar terlalu panas. Dalam kes hyperthermia, sumber haba datang dari luar, badan akan kekurangan air dan pesakit akhirnya mungkin maut akibat dehidrasi atau suhu terlalu tinggi untuk enzim badan berfungsi.

 

CIRI-CIRI DEMAM

 

DEMAM BAHAYA PADA KANAK-KANAK

Satu risiko besar yang mungkin hadir bersama demam di kalangan bayi dan kanak-kanak. Suhu terlalu tinggi atau naik mendadak di kalangan bayi dan kanak-kanak prasekolah meningkatkan risiko berlakunya sawan (tarik). Kejadian sawan (tarik) ini biasa dilihat di wad pediatrik setiap bulan. Ia mudah berlaku jika suhu badan naik melebihi 40°C dalam tempoh hanya satu atau dua hari selepas demam bermula. Kanak-kanak yang pernah mengalami sawan demam ini juga berisiko mengalami masalah serupa kelak. Risiko sawan akan hilang dengan peningkatan usia berikutan sawan demam tidak berlaku di kalangan orang dewasa. Sawan akibat demam boleh menyebabkan otak terencat atau kematian akibat kekurangan bekalan oksigen ke otak.Kematian atau otak terencat boleh berlaku akibat salur udara pesakit tersumbat ketika sawan berlaku.

 

 

 

 

 

Sumber: myhealth.gov.my