KelabMama

Ibadah Semasa Bulan Ramadan: Kelebihan Bangun Sahur

Tinggal berapa hari sahaja lagi kita akan menyambut kedatangan bulan Ramadan. Mama dah ready ke?

Ramadan adalah bulan yang penuh dengan keberkatan untuk seluruh umat Islam. Puasa secara amnya adalah menahan diri dari nafsu, makan, minum, dan segala sesuatu yang membatalkannya mulai dari terbit fajar hingga terbenamnya matahari.

Seperti yang Mama tahu, puasa dilakukan selama 30 hari di bulan Ramadan. So, banyak peluang Mama dan sekeluarga untuk bangun sahur supaya dapat optimize kan bulan Ramadan kali ini!

Sebenarnya, banyak kelebihan bangun sahur ni, Mama. Waktu sahur yang terbaik ialah pada waktu menjelang Subuh, iaitu 10 atau 15 minit sebelum azan Subuh. 

Rasulullah SAW juga pernah bersabda bahawa waktu bersahur itu adalah bersamaan dengan bacaan 50 ayat suci Al-Quran.

Mari kita baca dengan lebih lanjut tentang kebaikan waktu sahur:

Kebaikan Waktu Sahur

Menurut JBPDSelangor, berikut adalah kebaikan bersahur:

Abu Hurairah ra berkata,

Sabda Rasulullah SAW: Sebaik-baik makanan sahur bagi orang mukmin adalah kurma.” – HR Ibnu Hibban & Baihaqi

Jika Mama letih ataupun sibuk untuk bersahur, Rasulullah SAW sarankan agar mengambil sebiji kurma ataupun seteguk air untuk mengisi perut Mama.

Dalam pada itu, mari kita lihat pula ibadah yang boleh dilakukan sewaktu sahur!

Ibadah Yang Boleh Dilakukan Sewaktu Bersahur

Terdapat beberapa hadis lain menceritakan mengenai sifat sahur Nabi serta arahan Baginda ketika bersahur antaranya yang bermaksud:

“Kami bersahur bersama Nabi SAW kemudian kami mendirikan solat (solat sunat). Aku berkata (iaitu Anas bin Malik RA bertanyakan kepada Zaid bin Thabit RA): “Berapakah kiranya (masa) di antara azan dan sahur itu?” Jawab Zaid bin Thabit RA: “Sekadar bacaan 50 ayat (al-Quran).” (Riwayat Al-Bukhari 1921 & Al-Tirmizi – 703)

Apa ibadah yang kita boleh lakukan sewaktu bersahur?

Mari kita lihat di bawah!

1. Banyakkan Istighfar

Allah SWT menyebut orang yang beristighfar pada waktu sahur menerusi firman-Nya yang bermaksud:

“Orang-orang yang sabar, yang benar, yang tetap taat, yang menafkahkan hartanya (di jalan Allah), dan yang memohon ampun pada waktu sahur.” (Surah Ali Imran, ayat 17)

Kesempurnaan istighfar pada waktu itu dimulakan dengan menghidupkan malam (qiammullail). 

Syaikh Al-Sa’di dalam tafsirnya menyebut,

“Maka mereka memanjangkan solat sampai waktu sahur. Kemudian mereka menutup solat malamnya dengan duduk beristighfar kepada Allah layaknya istighfar seorang pendosa untuk dosanya. Istighfar pada waktu sahur memiliki keutamaan dan keistimewaan yang tidak dimiliki waktu se-lainnya.”

Oleh itu, banyak manfaat dan keistimewaannya beristighfar pada waktu sahur. Allah SWT menawarkan keampunan, pemberian, kebaikan dan memakbulkan doa kepada hamba-Nya pada sepertiga malam itu. 

Isitighfar lah paling kurang 3 kali. Rasulullah SAW beristighfār tidak kurang daripada 70 kali sehari semalam tau Mama!

2. Doa Diamalkan Oleh Rasulullah S.A.W

Waktu sahur merupakan waktu yang mustajab doa. Terdapat doa yang diamalkan oleh Rasulullah S.A.W sewaktu sahur yang Mama boleh amalkan.

“Sami’a saami’a bihamdillahi wa husni balaaihin ‘alainaa rabbanaa shaahibnaa wa afdlil ‘alainaa ‘aaidzam billaahi min naar.”

Maksudnya:

 “Semoga ada yang memperdengarkan pujian kami kepada Allah atas nikmat dan cubaan-Nya yang baik bagi kami. Wahai Rabb kami, dampingilah kami (peliharalah kami) dan berilah kurnia kepada kami dengan berlindung kepada Allah dari api Neraka.”

Selain itu, Rasulullah kerap membaca doa ini dalam hadis riwayat Thabrani. Berikut adalah doa dan maksudnya:

“Yarhamullâhul mutasahhirîn.”

Maksudnya:

“Semoga Allah menurunkan rahmat-Nya bagi mereka yang bersahur.”

Tambahan lagi, banyak keistimewaan meminta ampun pada waktu sahur. Oleh itu, Mama berdoalah meminta keampunan pada waktu itu kerana Rasulullah SAW menjelaskan yang bermaksud: 

“Rabb kami Tabaraka wa Ta’ala turun ke langit dunia setiap malam saat tersisa sepertiga malam terakhir. Dia berfirman: Siapa yang berdoa kepada-Ku nescaya Aku kabulkan doanya, siapa yang meminta kepada-Ku maka Aku akan beri permintaannya, dan siapa yang memohon ampunan kepada-Ku nescaya Aku ampuni dia.” (Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Maka Mama juga boleh amalkan doa-doa ini menjelang waktu sahur akan datang.

3. Lakukan Solat Sunat

Antara solat Sunat yang boleh dilakukan sebelum bersahur atau habis waktu sahur adalah:

Solat-solat sunat ini sesuai untuk dilakukan sebelum bersahur. Jangan lupa untuk periksa waktu habis sahur mengikut kawasan tempat tinggal Mama tau.

Pesan Mama Siti:

InsyaAllah kita dapat menyambut bulan Ramadan tahun ini dengan penuh berkat. Moga-moga info yang Mama dapat ini dapat memeriahkan lagi waktu sahur Mama!

Selamat berpuasa Mama!