KelabMama

KEKENDURAN FARAJ SETELAH KELAHIRAN NORMAL

Kebanyakan wanita biasanya ingin melahirkan anak secara normal. Kelahiran normal bermaksud kelahiran melalui faraj. Kelahiran secara pembedahan atau cesarean lazimnya dikaitkan dengan komplikasi semasa pembedahan itu sendiri dan juga komplikasi selepas pembedahan. Ada yang berpendapat kesakitan selepas pembedahan adalah lebih teruk daripada kesakitan selepas kelahiran secara normal. Ada juga wanita yang fobia apabila mendengar perkataan pembedahan. Bagi sesetengah wanita, pembedahan cesarean boleh mengehadkan bilangan anak yang mereka kehendaki.

Walau apa pun, masih ada wanita yang lebih suka pembedahan cesarean daripada kelahiran biasa. Bagi wanita-wanita ini pula, mereka berasa fobia terhadap kelahiran melalui cara biasa. Mereka takutkan kesakitan kelahiran biasa atau fobia terhadap luka yang mungkin dialami di bahagian perineum. Oleh yang demikian mereka ini akan meminta agar pembedahan cesarean dilakukan secara elektif.

Di United Kingdom, umpamanya, pesakit berhak memilih cara kelahiran jika tiada komplikasi terhadap kandungan dan juga ibu. Lebih kurang 20 peratus wanita Barat memilih kelahiran secara cesarean. Walaupun pembedahan cesarean selalu dikaitkan dengan komplikasi, kelahiran melalui faraj juga tiada bezanya. Dianggarkan lebih kurang 85 peratus wanita yang melalui proses kelahiran biasa (vaginal birth) akan mengalami sedikit sebanyak trauma perineal yang mana 60-70 peratus daripada mereka memerlukan jahitan (suturing). Trauma ini boleh berlaku secara semula jadi atau melalui episiotomi.

 

AMALAN EPISIOTOMI INI BERBEZA MENGIKUT NEGARA

Contohnya, di Amerika Syarikat kadar episiotomi adalah 50 peratus, di timur Eropah pula kadarnya setinggi 99 peratus dan di United Kingdom pula kadarnya adalah 20 peratus. Disebabkan terdapat kadar variasi yang tinggi antara negara, ini menunjukkan amalan episiotomi tidak mempunyai justifikasi.

Dengan kata lain amalan ini adalah sangat subjektif. Ada kemungkinan mengehadkan amalan episiotomi hanya kepada indikasi yang spesifik bagi bayi dan ibu mungkin boleh mengurangkan trauma di bahagian posterior perineal. Koyak (tear) bahagian posterior perineum akibat kelahiran boleh dibahagikan kepada empat kategori bergantung kepada lapisan yang koyak. Contohnya, first degree melibatkan koyak lapisan kulit sahaja. Second degree melibatkan koyak di lapisan kulit dan lapisan otot.

Third degree melibatkan koyak pada bahagian anal sphincter sama ada sebahagian (partial) atau kesemua (complete). Fourth degree melibatkan koyak kesemua lapisan, internal dan external anal sphincter sehingga ke lapisan mucosa anus (dubur). Bagaimanapun, ini tidak bermakna episiotomi boleh mengelakkan koyak third degree atau koyak fourth degree. Semasa kelahiran faraj, trauma perineum juga boleh berlaku di bahagian anterioir. Ini melibatkan luka di bahagian bibir kemaluan (labia), bahagian anterioir faraj dan clitoris. Koyak atau luka di bahagian ini cuma membawa mobiditi yang rendah berbanding dengan trauma di bahagian posterior perineum.

 Faktor risiko yang boleh membawa kepada koyak bahagian perinium tersebut termasuklah bilangan kelahiran (pariti), saiz anak yang dikandung, cara kelahiran, presentation dan posisi bayi yang tidak normal. Faktor ibu pula termasuk kumpulan etnik, umur, jenis tisu dan status pemakanan seseorang.

Trauma bahagian perineum boleh memberi kesan negatif dari aspek fizikal, psikologi dan sosial wanita tersebut terutama semasa peringkat awal dan lewat pantang. Ada kalanya ia boleh mengganggu wanita memberi susu badan dan menjejaskan kehidupan keluarga dan hubungan seks.

Di United Kingdom, lebih kurang 23-42 peratus daripada ibu-ibu ini akan mengalami kesakitan dan ketidakselesaan sehingga 10-12 hari selepas bersalin manakala 8-10 peratus pula mengalami kesakitan yang berpanjangan sehingga 3-8 bulan selepas bersalin. Dianggarkan 23 peratus pula mengalami kesakitan di bahagian luar semasa hubungan seks selepas 3 bulan.

 Dianggarkan 3 hingga 10 peratus pula dilaporkan mengalami faecal incontinence (kegagalan mengawal pembuangan najis) dan 19 peratus mengalami urinary incontinence (kegagalan mengawal kencing).

Sehingga ke hari ini tidak banyak kajian dijalankan terhadap kesan mobiditi terhadap trauma perineal. Didapati bahawa jenis benang, teknik dan skil adalah tiga faktor utama yang mempengaruhi hasil rawatan perineal.

 

KELONGGARAN FARAJ

 

 

 

 

 

Sumber:  Dr. Suraya Arshad Pakar Perunding Obstetrik & Ginekologi Hospital Swasta & Utusan