KelabMama

Kekal Selamat dan Dilindungi dalam Memerangi Tuberkulosis

Tuberkulosis

Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Tuberkulosis (TB) adalah penyakit berjangkit yang paling kerap menyerang paru-paru yang berpunca daripada sejenis bakteria. TB boleh merebak melalui udara apabila individu yang dijangkiti penyakit itu batuk, bersin atau meludah tetapi ia boleh diubati1.

Di Malaysia, penyakit TB kekal sebagai salah satu masalah utama dalam bidang kesihatan awam, dengan peningkatan yang membimbangkan sebanyak 17 peratus kes pada tahun 2022 berbanding 2021, dan peningkatan 12 peratus kes kematian berkaitan penyakit TB pada tahun 2022 berbanding 20212.

Dr Rosmadi Ismail,
Pakar Perunding Pulmonologi Intervensi

dan Perubatan Dalaman,
di Pusat Perubatan Sunway, Bandar Sunway

Dr Rosmadi Ismail, Pakar Perunding Pulmonologi Intervensi dan Perubatan Dalaman di Pusat Perubatan Sunway, Bandar Sunway berkongsi kaedah diagnosis, pilihan rawatan, langkah pencegahan, dan usaha penyelidikan yang berterusan di Malaysia bagi memerangi penyakit TB.

Diagnosis dan Kemajuan Terkini

Dr Rosmadi menjelaskan bahawa Malaysia menggunakan pelbagai kaedah untuk memastikan pengesanan penyakit TB yang cepat dan tepat, antaranya:

Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, terdapat beberapa teknik inovatif yang kini sedang diuji secara klinikal di seluruh dunia, termasuk teknologi biopenderiaan dan nano diagnostik yang menjanjikan keputusan yang lebih cepat dan tepat.

Dr Rosmadi berkongsi, “Penyelidikan berterusan yang memberi tumpuan kepada kaedah inovatif seperti pengesanan bantuan komputer (CAD) melalui kecerdasan buatan, teknologi penangkapan secara aerosol, dan ujian kulit berasaskan antigen, semuanya bakal merevolusikan diagnosis penyakit TB, meningkatkan kecekapan dan keberkesanan pada masa depan.”

Pilihan Rawatan

Rawatan untuk penyakit TB di Malaysia dilakukan mengikut garis panduan WHO yang mencerminkan standard rawatan global.

Jelas Dr Rosmadi, “Rawatan standard untuk penyakit TB rentan ubat (drug-susceptible) di Malaysia melibatkan gabungan empat jenis ubat: ethambutol, rifampicin, isoniazid, dan pyrazinamide, yang diberikan kepada pesakit untuk tempoh enam hingga lapan bulan. Salah satu komponen penting rawatan penyakit TB adalah strategi rawatan pemerhatian langsung atau Directly Observed Treatment (DOT), di mana pesakit berada di bawah pengawasan pekerja penjagaan kesihatan untuk memastikan pengambilan ubat yang lengkap.”

Dr Rosmadi juga menegaskan, “Walaupun tiada ubat atau rawatan baharu yang berjaya membuahkan hasil yang lebih baik dalam merawat penyakit TB, ia adalah penting untuk mengetahui bahawa rawatan kami untuk kes penyakit TB rentan ubat (drug-susceptible) melibatkan rejimen ubat yang berbeza dan tempoh rawatan lanjutan. Pendekatan yang disesuaikan ini terbukti berkesan walaupun dalam kes penyakit TB rentan ubat, mengukuhkan lagi komitmen kami terhadap penjagaan pesakit yang menyeluruh.”

Langkah Pencegahan

Dr Rosmadi turut berkongsi beberapa langkah pencegahan, termasuklah:

Dr Rosmadi menambah, “Kementerian Kesihatan Malaysia juga telah menerbitkan Garis Panduan Amalan Klinikal (CPG) untuk menguruskan penyakit TB. Ia menyediakan cadangan untuk mendiagnosis, merawat dan mencegah kes penyakit TB. Garis panduan ini juga memberikan maklumat bermanfaat kepada kakitangan perubatan tentang semua aspek pengurusan kes penyakit TB. Bagi memantapkan lagi usaha pencegahan, penyelidikan mengenai vaksin baharu, terutamanya untuk remaja dan orang dewasa juga masih berjalan.”

Perjuangan menentang penyakit TB di Malaysia memerlukan pendekatan secara menyeluruh yang merangkumi pelbagai aspek.

Dr Rosmadi menjelaskan, “Dengan memberi tumpuan kepada kaedah diagnostik lanjutan, mematuhi pelan rawatan yang ditetapkan, dan mematuhi langkah-langkah pencegahan, kita mungkin dapat membendung penularan penyakit TB dengan ketara. Kesedaran masyarakat dan kerjasama dengan badan penyelidikan antarabangsa juga akan meningkatkan peluang kita dalam memerangi penyakit ini.”

Rujukan

  1. https://www.who.int/news-room/fact-sheets/detail/tuberculosis#:~:text=Overview,Tuberculosis%20is%20preventable%20and%20curable.
  2. https://newsaf.cgtn.com/news/2023-03-25/Malaysia-sees-rise-in-TB-cases-moves-to-increase-awareness-1irBgaF0VMI/index.html.

Penafian: Sebarang maklumat, informasi serta petua yang terdapat dalam artikel ini adalah untuk tujuan pendidikan sahaja dan tidak boleh dianggap sebagai nasihat perubatan daripada pihak KelabMama. Untuk sebarang kebimbangan berkaitan kesihatan, anda dinasihatkan untuk berunding dengan pakar kesihatan atau pengamal perubatan sah.


Ketahui lebih banyak acara dan berita trending sekarang untuk Mama Papa DI SINI!