KelabMama

Kedudukan Bayi Dalam Kandungan Ibu Dan Cara Meneka Posisi Bayi

Sumber: istockphoto

Sepanjang kehamilan, bayi di dalam kandungan akan bergerak-gerak dan berada dalam pelbagai posisi. Setiap kandungan itu tidak sama tetapi kebiasaannya apabila menjelang waktu bersalin, bayi anda akan berada dalam posisi anterior.

Bagaimana kedudukan posisi anterior tu?

Kedudukan Bayi Dalam Kandungan Mengikut Bulan

Pada beberapa bulan pertama kehamilan, mungkin anda tidak dapat merasa kedudukan bayi dalam kandungan kerana saiz mereka yang masih kecil. Tetapi seiring dengan waktu dan perkembangan mereka, ibu-ibu boleh mengagak posisi bayi di dalam rahim.

Secara umumnya menurut Debra Sullivan, kedudukan bayi dalam kandungan boleh dikategorikan kepada 4 posisi. Posisi-posisi ini boleh berubah dari masa ke semasa untuk setiap kehamilan dan posisi anterior adalah salah satu daripadanya:

1. Posisi anterior

Sumber: doctorsaustralia.com.au

Untuk melahirkan si comel, posisi ini adalah posisi yang paling ideal dan selamat. Seperti gambar di atas, kepala bayi anda akan berada di bawah sambil wajahnya mengadap ke belakang badan anda.

Dagunya pula akan rapat ke dadanya dan kepalanya akan menuju ke arah pelvis. Bahagian kepalanya akan menekan dan membuka bahagian servik untuk memudahkan proses bersalin.

Dalam masyarakat kita, apabila bayi berada dalam posisi ini, ia dipanggil sebagai kedudukan kepala bayi berada di bawah. Perasan tak bila ibu-ibu hampir nak bersalin, orang tua-tua akan cakap:

Kepala baby dah ke bawah ni. Boleh bersedia untuk ke hospital dah.

Biasanya apabila kandungan mencecah bulan ke 8 hingga ke 9, kedudukan inilah yang paling kerap bayi anda akan berada. Mungkin secara semula jadi, si comel pun sedang bersedia untuk proses kelahiran kan?

2. Posisi posterior

Sumber: doctorsaustralia.com.au

Berbeza dengan posisi anterior, posisi posterior adalah posisi bayi yang wajahnya mengadap ke perut anda berbanding ke arah belakang badan anda. Bahagian belakang mereka pula menghadap ke bahagian belakang badan anda.

Jika kedudukan si comel ini berpanjangan ketika anda hendak bersalin, anda mungkin akan mengalami sakit belakang yang teruk dan proses bersalin akan menjadi lebih sukar.

Dalam 1/10 hingga 1/3 bayi berada dalam posisi ini pada fasa pertama kelahiran. Namun menjelangnya waktu bersalin, kebanyakkannya akan bergerak sendiri ke arah posisi anterior.

3. Posisi breech (songsang)

Sumber: doctorsaustralia.com.au

Apabila bayi berada dalam posisi songsang, punggung atau kaki mereka yang akan berada di bawah. Kebiasaannya, terdapat 3 posisi breech:

Mana-mana posisi breech ini adalah tidak sesuai untuk proses kelahiran terutamanya kedudukan footling breech.

Jadi alternatif lain yang biasanya akan disarankan oleh doktor untuk membantu bayi anda berada dalam kedudukan yang ideal sebelum bersalin ialah melalui teknik ECV iaitu external cephalic version.

Teknik ini tidak berbahaya dan jika sebarang masalah timbul, akan diberhentikan serta-merta. Jika kedudukan bayi anda tidak dapat diubah, alternatif lain yang akan disarankan oleh doktor ialah bersalin melalui pembedahan cesarean.

Ini kerana kelahiran dalam posisi ini adalah berisiko tinggi dan boleh membahayakan nyawa ibu dan bayi ya. Berbincanglah dengan doktor untuk kaedah yang terbaik ya.

4. Posisi transverse lie (melintang)

Sumber: doctorsaustralia.com.au

Dalam kedudukan ini, bayi berada dalam posisi melintang iaitu kepalanya menghala ke satu sisi perut anda dan bahagian kaki dan badan menghala ke sisi sebelah lagi. Ia dipanggil sebagai posisi transverse lie.

Menurut Doctors Australia, kebanyakkan bayi dalam kandungan akan berada pada posisi ini pada waktu tertentu sepanjang kehamilan. Namun seperti kedudukan songsang, posisi ini juga tidak sesuai untuk proses kelahiran dan jika bayi berterusan berada dalam posisi ini sehingga menjelang waktu bersalin, mungkin ibu perlu bersalin secara cesarean juga.

Tapi janganlah risau ya. Kebiasaannya si comel memang akan bergerak sendiri ke posisi yang ideal ketika anda hendak bersalin. Mereka biasanya akan berada dalam posisi ini hanya pada beberapa bulan sebelum masuknya bulan ke-9.

Cara Meneka Kedudukan Bayi Dalam Perut

Ibu-ibu memang boleh rasa kan kedudukan bayi dalam perut terutamanya ketika menjelang hujung kehamilan? Tapi jika anda hendak pastikan, bolehlah guna kaedah belly mapping.

Apabila kandungan memasuki usia 8 bulan dan selepas perjumpaan dengan doktor, anda boleh cuba teka kedudukan si comel dalam perut tau. Cara-cara yang dikongsikan Debra Sullivan ialah:

  1. Baring di atas katil dan cuba rasa kedudukan kepala bayi di kawasan pelvic anda. Anda akan terasa seperti bola bowling yang bersaiz kecil. Kemudian tandakan kawasan itu dengan pen marker yang selamat dan boleh dibasuh.
  2. Dengan menggunakan fetoscope, tandakan di mana jantung bayi anda.
  3. Menggunakan anak patung, cuba fikirkan dan gayakan kemungkinan posisi bayi anda berdasarkan kedudukan kepala dan jantungnya tadi.
  4. Cari kawasan punggung bayi anda dan tandakan. Biasanya, ia terasa keras dan bulat.
  5. Kemudian, cuba rasai pergerakan si comel. Di manakah mereka menendang sebagai contohnya. Ini dapat membantu anda untuk mengagak kedudukan kaki mereka. Tandakan pada perut anda juga.
  6. Dengan tanda-tanda yang telah ada, habiskan lakaran posisi si comel pada perut anda.

Selain itu, ada beberapa ciri yang dapat membantu anda meneka kedudukan si comel sebenarnya secara umum. Antara yang dikongsi oleh Aparna ialah:

Semoga Ibu-Ibu Dan Si Comel Sihat Sejahtera

Sumber: istockphoto

Apa pun, adalah terbaik untuk anda rujuk mereka yang pakar ya untuk dapatkan nasihat dan panduan tentang kedudukan bayi dan kesannya pada anda dan si comel. Semoga ibu-ibu dan bayi dalam kandungan dikurniakan kesihatan yang terbaik.