KelabMama

Wajib Ada di Rumah! 8 Kebaikan Singo Pear Untuk Anak-anak

Agaknya ramai tak yang kenal dengan sejenis buah ni iaitu buah singo pear? Mama Siti percaya mungkin sebahagian besar parents mungkin masih janggal dengan jenis real food ini.

Namun, dikalangan masyarakat Tiong Hua, buah singo pear amat popular dan sering diamalkan sebagai food remedies sejak turun temurun lagi.

Ya, jangan pandang ringan dengan buah yang satu ini. Ia sering menjadi buruan masyarakat Cina bagi mengubati masalah kesihatan akibat virus seperti demam, selsema, batuk dan pelbagai lagi.

Mesti Mama Papa tertanya-tanya apa nutrisi terkandung dalam sebiji buah singo pear ni yerr dan bagaimana pula rasanya? Kalau beli untuk anak-anak adakah mereka akan menggemarinya?

Jangan risau Mama. Bagi yang pertama kali mahu membelinya, buah singo pear mempunyai rasa yang sama dengan buah pear. Tapi lebih enak dan manis tau.

Cuma harganya mahal sikit jer daripada buah pear yang biasa. Macam Mama Siti beli dulu sebiji buah singo pear sebesar satu tapak tangan berharga RM5.

Namun, untuk kebaikan yang terdapat dalam spesis buah lai ini, ia sangatlah memberikan manfaat lebih-lebih lagi ketika si kecil yang tak sihat.

Berbanding pemberian ubat, buah singo pear boleh dikira sebagai pengganti juadah dalam melemahkan virus di tubuh mereka.

Kalau Mama tanya pandangan doktor atau nutritionist, kebanyakkan golongan ini pun lebih menggalakkan makanan sihat untuk kanak-kanak dalam usaha membina anti-body bagi mencegah penyakit berbanding pengambilan supplemen tambahan (melainkan atas saranan doktor).

Anti-body sangat penting khususnya kanak-kanak dalam usaha melawan virus dalam tubuh. Jika ia lemah, maka senanglah penyakit menyerang kanak-kanak kecil dan membuatkan mereka mudah jatuh sakit.

Bila dalaman tubuh sihat dan kuat, ia akan melatih immune system mereka untuk menentang sebarang kehadiran virus jahat.

Untuk mencipta anti-body yang kuat, ia perlu bermula daripada pemakanan sihat seperti buah-buahan dan sayur-sayuran.

Salah seorang doktor di Klinik Kesihatan pernah memberitahu Mama Siti bahawa jika hanya bekalkan ubat setiap kali anak demam, anti-body mereka tak kan bekerja sekaligus tak melatih ia untuk prevent from the virus (bagi kes demam biasa).

Justeru, sempena Hari Pear Sedunia pada Disember ini, Mama Siti ingin menggalakkan Mama semua untuk latih anak-anak agar gemarkan buah singo pear dan jadikan ia sebagai amalan makanan harian.

Ini kerana kandungan nutrisinya mampu menguatkan immune system dalam tubuh mereka. Jadi, rugi kalau Mama tak rebut peluang ni dalam melindungi kesihatan seisi keluarga.

Selain enak dimakan begitu jerr, ia juga turut sesuai untuk dimasak sebagai sup. Tak perlu blend atau potong lumat pun, cuma potong macam ubi kentang dan rebus bersama dalam kuah sup.

Jadi, tunggu apa lagi Mama? Jom beli banyak-banyak dan buat stock di rumah.

Manfaat Buah Singo Pear Untuk Kanak-kanak

1. Kaya Nutrisi

Singo Pear kaya dengan pelbagai nutrisi penting seperti vitamin C, tinggi serat, dan antioksidan. Vitamin C berperanan dalam meningkatkan sistem kekebalan tubuh dan membantu melawan jangkitan.

Serat dalam buah ini membantu menjaga kesihatan pencernaan dan mengawal kadar gula darah.

Senang kata, dengan pengambilan buah tersebut jer, dah memberikan kebaikan yang cukup untuk keperluan tubuh seseorang.

2. Untuk Kesihatan Jantung

Buah singo pear mengandungi flavonoid, seperti quercetin dan katekin, yang telah terbukti memiliki kesan positif pada kesihatan jantung.

Flavonoid membantu menurunkan tekanan darah dan mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular.

3. Anti-radang

Ini paling penting Mama. Tinggi radang dalam tubuh boleh menyebabkan pelbagai masalah kesihatan serius antaranya kanser.

Namun, pengambilan buah singo pear yang bersifat anti-randang atau anti-inflammatory semula jadi berupaya membantu mengurangkan keradangan dalam tubuh.

Pengambilannya secara konsisten dapat membantu menurunkan risiko penyakit kronik yang berkaitan dengan keradangan.

4. Menjaga Kesihatan Kulit

Kandungan vitamin C dan antioksidan dalam buah ini dapat membantu menjaga kulit agar tetap sihat dan mencegah kerosakan akibat radikal bebas.

Hal ini dapat membantu menjaga kulit tetap segar dan bercahaya.

5. Menjaga Berat Badan

Singo pear adalah pilihan yang sihat kerana ia rendah kalori dan tinggi serat.

Ini membuatnya menjadi pilihan yang bagus untuk menjaga berat badan dan mencegah keinginan makan yang berlebihan.

6. Melegakan Batuk & Kahak

Buah singo pear mampu membantu mengeluarkan dan menghilangkan kahak serta batuk daripada segi masalah pernafasan atau radang bayi dan kanak-kanak secara semulajadi tanpa ubat.

Ini kerana buah pear mengandungi air yang banyak membantu lendiran kahak keluar melalui najis.

Malah, kandungan vitamin C dan K serta Copper yang penting juga berupaya meningkatkan pertahanan tubuh secara tak langsung menjadikan ianya sumber semulajadi yang terbaik sebagai pengganti ubat.

Sebab itulah para tabib Cina selalu mengesyorkan buah ini sebagai salah satu alternatif untuk mempercepatkan penyembuhan.

Memandangkan anak bawah dua tahun tak sesuai memakan ubat batuk (kecuali yang disarankan atas sebab tertentu), jadi bolehlah kita cuba singo pear ini.

7. Menurunkan Demam

Seperti yang Mama Siti nyatakan tadi, buah ini mampu membantu menurunkan demam kerana sifatnya yang sejuk.

Ia dapat meringankan gejala penyakit seperti sakit kepala. Jika dibandingkan dengan buah jenis lain, pear ini memiliki risiko alergi yang jauh lebih sedikit berbanding buah-buahan lain.

8. Membantu Atasi Sembelit

Oleh kerana kandungan seratnya tinggi, ramai mak-mak dah cuba memberi Singo Pear untuk melancarkan pembuangan najis bayi.

Memang ideal diberikan kalau bayi sering sembelit dan dah tak membuang sampai dua ke tiga hari.

Singo pear adalah buah yang unik dan istimewa yang memiliki banyak manfaat bagi kesihatan. Dari kaya akan nutrisi hingga efek positif pada kesihatan jantung dan kulit, buah ini sememangnya menyegarkan dan sihat untuk pola pemakanan anda.

Jika anda berpeluang untuk mencuba singo pear, jangan ragu untuk menikmati manfaatnya dan rasakan kesegarannya.


Penafian: Sebarang maklumat, informasi serta perkongsian yang terdapat dalam artikel ini adalah untuk tujuan pendidikan sahaja dan tidak boleh dianggap sebagai nasihat perubatan daripada pihak KelabMama. Untuk sebarang kebimbangan berkaitan kesihatan, anda dinasihatkan untuk berunding dengan pakar kesihatan atau pengamal perubatan sah.


Untuk pelbagai info tentang kesihatan Mama seisi keluarga, boleh klik di SINI!