KelabMama

KAWAL BERAT BADAN SEMASA HAMIL JANGAN LEBIH ATAU KURANG

Semasa mengandung, pengambilan makanan yang sihat dan berkhasiat memang sangat penting untuk tumbesaran bayi. Begitu juga dengan berat badan mama hamil. Secara purata, mama hamil yang memiliki berat badan normal perlu menambah 11 hingga 16 kg. Jadi, tiada istilah diet bagi mama yang hamil. Kalau mama diet mungkin membahayakan diri sendiri dan bayi yang sedang membesar.

TIPS UNTUK TAMBAH BERAT BADAN

#Makan dalam kuantiti yang sikit

Untuk pengetahuan mama, mama yang hamil dinasihatkan mengambil extra 80 kalori semasa trimester pertama, 280 kalori semasa trimester kedua dan 470 kalori pada trimester ketiga. Ini penting untuk sokong keperluan mama dan perkembangan janin. Tapi mama kena make sure supaya tak terlebih berat ye.

Mama hamil akan kerap rasa lapar jadi bila mama makan dalam kuantiti yang sikit tapi banyak kali, akan bantu kawal rasa lapar mama dan penambahan berat badan mama.

#Minum air kosong 8 gelas

Walaupun ia cuma air kosong tapi fungsinya sangat bagus untuk melancarkan keseluruhan sistem tubuh mama disamping menyegarkan tubuh. Ditambah pula semasa mengandung ni disarankan minum air 6 hingga 8 gelas sehari.

#Jangan skip makan

Mama kena make sure makan on time. Pastikan hidangan mama tu lengkap dengan nutrisi seperti karbohidrat, buah dan sayur, protein serta susu. Terutamanya bagi mama hamil yang bekerjaya sebab mama memerlukan tenaga yang secukupnya.

#Rajin minum susu

Susu ni sumber tenaga mama hamil. Bila mama hamil, tubuh mama memerlukan jumlah kalsium yang mencukupi sebab tu mama hamil dan susu adalah ‘bff’. Kalau mama kurang kalsium, kalsium tubuh akan digunakan untuk menyokong keperluan di manja dalam kandungan. Jadi kalau nak bertenaga dan sihat, mama kenalah rajin minum susu!

#Senaman ringan

Kerap bersenam dapat membantu badan mama menghadapi kehamilan dan get ready untuk proses kelahiran bayi. Janganlah bersukan yang extreme. Cukup sekadar senaman yang ringan seperti berjalan atau berenang. Jangan lupa minum banyak air semasa bersenam okay!

APA JADI KALAU KURANG BERAT BADAN?

Terlalu kurang berat badan juga akan mendatangkan risiko kepada mama hamil serta kandungan. Antara risiko yang bakal mama hadapi kalau berat badan mama terlalu kurang :

1) proses bersalin akan sukar dan lama

2) berlakunya pendarahan

3) berisiko bersalin secara Czer

4) bayi lahir pramatang (berat bayi kurang)

5) bayi ada masalah anemia atau cacat

6) bayi berisiko meninggal dalam kandungan

KALAU TERLEBIH BERAT PULA MACAM MANA?

Bila terlalu kurang berat berisiko, bila terlebih berat juga bahaya ye mama. Ini antara risiko jika berat mama berlebihan :

1) Komplikasi semasa hamil (kencing manis atau tekanan darah tinggi)

2) Berpotensi melahirkan bayi besar

MENGANDUNG ANAK KEMBAR?

Untuk kes kembar, kelahiran awal perkara biasa. Berat badan ketika kelahiran yang lebih tinggi adalah penting untuk kesihatan bayi-bayi mama. Dapatkan nasihat doktor untuk jumlah berat badan yang betul untuk mama dan bayi kembar.

KAWAL BERAT BADAN SEMASA HAMIL DENGAN MAKANAN SIHAT

Buat mama hamil yang mengalami masalah berat kurang masa hamil jangan risau. Cuba tips-tips ni dan yang penting amalkan pemakanan yang berkhasiat dan rajin-rajinlah minum susu ye! Jangan gunakan istilah ‘makan untuk dua orang’ sebab kalau mama terlebih berat badan pun tak bagus juga. 

Semoga bermanfaat buat mama semua.