KelabMama

Usia Kandungan 5 Minggu – Degupan Jantung Janin Yang Pertama Akan Mula Kedengaran!

kandungan 5 minggu

Kredit gambar: www.haibunda.com

Sesungguhnya kehamilan atau mengandung adalah satu pengalaman yang menyeronokkan dan sangat berharga bagi kaum wanita. Bertuah sekiranya Mama berjaya memasuki usia kandungan 5 minggu ini.

Walaupun mungkin sepanjang hamil ini, terdapat pelbagai dugaan yang perlu Mama harungi. Namun untuk berjaya ke usia ini, sesuatu yang mencabar terutama buat Mama yang berdepan masalah kesihatan lain.

Jika Mama mempunyai ilmu berkenaan kehamilan pastinya pregnancy journey Mama akan jadi lebih menarik dan setiap yang mendatang Mama akan lebih bersedia dan tahu apa perlu dibuat.

Oleh itu, bagi membuatkan minggu-minggu mendatang menjadi lebih baik, jom sama-sama kita gali ilmu berkaitan kandungan Mama. Perkongsian kali ini Mama Siti akan bawakan informasi berkaitan kandungan pada minggu 5 kehamilan dalam perkongsian di bawah ini.

Sebelum itu, bagi Mama yang masih berasa was-was sama ada mengandung atau tidak, boleh kenalpasti tanda-tanda wanita hamil di SINI!

Perkembangan Kandungan 5 Minggu

Kredit gambar: morinagaplatinum.com

Berikut merupakan perkembangan janin apabila memasuki usia kandungan 5 minggu iaitu:

#1. Perkembangan Janin Pada Minggu Kelima Kehamilan

Kandungan Mama pada masa ini masih berada di trimester pertama tetapi telah pun memasuki bulan kedua kehamilan Mama. Berbaki lebih kurang 7 bulan atau 35 minggu lagi untuk Mama mendakap si comel mama. Fasa ini adalah fasa di mana kandungan akan mula terbentuk.

Pada masa ini embrio sudah boleh diukur namun masih kecil dan masih diperingkat awal. Saiz bayi Mama sudah menyerupai saiz sebiji buah epal. Pada usia kandungan 5 minggu, bayi Mama mungkin nampak seperti seekor berudu.

Walaupun saiz baru sebesar buah epal, kebanyakan organ utama seperti jantung, perut, hati, buah pinggang,
sistem peredaran darah, otak dan perkembangan tiub saraf tunjang sudah mula terbentuk. Menakjubkan bukan? Dan tidak mustahil jantung bayi Mama yang sebesar biji ketumbar telah mula berdegup.

Namun, degupan jantung bayi akan lebih jelas semasa minggu ke 6 atau ke 7 kehamilan. Pada usia kandungan 5 minggu ini juga, plasenta sudah terbentuk sempurna.

Oleh itu, dengan pembentukan plasenta ini Mama haruslah menjaga pemakanan Mama kerana segala khasiat dan nutrisi dari makanan yang dimakan Mama. Hal ini kerana, segala khasiat dan nutrisi penting akan disalurkan kepada bayi melalui plasenta.

#2. Perubahan Tubuh Mama Ketika Hamil Lima Minggu

Kredit gambar: www.klikdokter.com

Antara perubahan yang bakal Mama rasai ketika 5 minggu kehamilan ialah:

Ini adalah normal untuk berlaku dalam kalangan wanita hamil kerana tubuh badan akan menghasilkan banyak darah bagi membekalkan oksigen dan nutrien kepada bayi dalam kandungan Mama.

Kadar jantung Mama juga akan meningkat kerana perlu menampung keperluan bayi yang semakin berkembang dan sekaligus menyebabkan Mama berasa penat, lemah dan juga pening kepala.

Perubahan fizikal yang boleh dilihat ialah dari segi payudara dan punggung semakin besar. Namun, perut Mama masih belum menonjol dan masih kelihatan seperti biasa.

Perubahan emosi yang berlaku kepada Mama adalah disebabkan berlakunya peningkatan hormon kehamilan. Mama akan menjadi sensitif, cepat marah dan kadang-kadang sedih.

Pendarahan yang tidak banyak mungkin berlaku kepada Mama. Hal ini kerana, proses penempelan pada dinding rahim berlaku. Tidak perlu risau ianya hanyalah sementara. Tetapi sekiranya pendarahan yang banyak disertai dengan rasa tidak selesa pada bahagian perut segera ke hospital untuk pemeriksaan.

Perkara yang paling biasa berlaku kepada wanita hamil ialah morning sickness. Morning sickness seperti muntah, mual dan rasa pening berlaku disebabkan oleh peningkatan hormon estrogen dan progesterone juga hormon hCG.

Tips Menyokong/Menjaga Kehamilan Minggu 5

Kredit gambar: m.klikdokter.com

Semasa hamil, Mama perlu pastikan kandungan berada dalam keadaan selamat dengan melakukan beberapa perkara berikut iaitu:

Sentiasa ingat, kehamilan setiap orang itu berbeza. Perkembangan di atas hanyalah sebagai panduan secara general. Ada yang akan mengalami perkara yang sama ada yang tidak. Untuk lebih tepat dapatkan pendapat dan pemeriksaan daripada doktor.

Jangan terlalu bergantung kepada perkongsian Mama tau! Perkongsian ini hanyalah sebagai ilmu tambahan dan sebaiknya bercakaplah dengan doktor Mama yang lebih tahu dan arif berkenaan kehamilan ini.

Mama juga boleh mendapatkan lebih informasi yang terkini serta perkongsian menarik daripada pakar-pakar di Malaysia, dengan menyertai Motherhood New Mom Privilege.

Mama berpeluang untuk mendapatkan pelbagai baucar, welcome gift, cabutan bertuah bulanan, dan hadiah istimewa apabila anda mendaftar di New Mom Program yang dianjurkan Motherhood.com.my.

Apa tunggu lagi jom serang website Motherhood atau download aplikasi Motherhood sekarang!


Ikuti perkembangan janin yang seterusnya di SINI.