KelabMama

Usia Kandungan 2 Minggu: 7 Tanda Hamil Bakal Ibu Harus Tahu

kandungan 2 minggu

Tahniah Mama Papa! Tak lama lagi anda berdua bakal bergelar ibu dan bapa. Namun, adakah terlalu awal untuk Mama Papa teruja dengan kandungan 2 minggu ini? Adakah bayi sudah mula terbentuk? Apakah perkembangan janin seawal 2 minggu kandungan dan tips untuk menyokong kandungan 2 minggu ini?

Banyak kan persoalan sedang Mama dan Papa fikirkan. Jangan risau! Semuanya Mama Siti akan bawakan dan kongsikan dengan bakal-bakal Mama dan Papa diluar sana melalui perkongsian kali ini.

Jom baca selanjutnya!

Perkembangan Janin Pada Minggu 2 Kehamilan

Kredit gambar: www.pregnancy.com.au

Pada minggu kedua kehamilan tidak banyak perkembangan yang boleh dilihat dan dirasa kerana ianya masih terlalu awal. Pada minggu ini juga masih tiada janin atau bayi yang terbentuk dalam rahim Mama.

Pada ketika inilah bakal berlakunya proses persenyawaan. Ovum masih menanti sperma yang akan dilepaskan selepas hubungan suami isteri berlaku.

Hanya selepas 1 atau 2 minggu lagi, badan Mama akan bekerja keras untuk menerima kehadiran janin di dalam rahim Mama.

Perubahan Tubuh Mama Pada Minggu 2 Kehamilan

Kredit gambar: www.goodto.com

Apa perubahan yang bakal berlaku dan bakal dirasai oleh Mama seawal minggu 2 kehamilan ini? Sebetulnya, masih terlalu awal untuk Mama merasakan sebarang perubahan yang bakal berlaku kepada tubuh Mama pada waktu ini.

Kebanyakan Mama masih belum menyedari bahawa mereka sedang mengandung pada ketika ini. Namun, terdapat sesetengah Mama sudah mula menunjukkan simptom-simptom mengandung antaranya ialah seperti berikut:

#1. Pendarahan

Ini berlaku kerana, lapisan di bahagian rahim mula tertanggal dan akan berlakunya pendarahan. Namun, ianya tidaklah membahayakan. Kebanyakan ibu akan tersalah anggap mereka sedang mengalami haid.

#2. Perut kejang

Selain itu, Mama juga akan merasakan perut mereka seolah-olah rasa seperti kekejangan. Namun, ianya adalah kerana lapisan rahim yang tertanggal dan menyebabkan berlaku sedikit kontraksi pada bahagian rahim.

Ramai ibu menganggap ianya adalah sakit senggugut.

#3. Bloating

Di samping itu, ada Mama yang akan merasakan perut mereka bloating. Hal ini adalah kerana perubahan hormon yang mula berlaku dalam badan mereka.

#4. Emosi tidak stabil

Seiring dengan perubahan hormon yang berlaku, emosi Mama juga akan terganggu dan menyebabkan emosi yang turun naik.

#5. Sakit kepala

Terdapat juga kes di mana Mama akan merasa sakit kepala pada awal kehamilan ini.

#6. Haid lambat

Mama akan datang haid lewat pada tarikh yang sepatutnya atau langsung tiada tanda-tanda untuk datang haid.

#7. Mudah penat

Ini kerana, perubahan dalam badan Mama membuatkan Mama cepat berasa letih. Namun, dari segi fizikal tubuh badan Mama masih tiada sebarang perubahan ketara.

Perut Mama juga masih belum menampakkan sebarang perubahan.

Tips untuk Menyokong Kehamilan Pada Minggu ke 2 Kehamilan

Kredit gambar: americanpregnancy.org

Antara tips untuk menyokong kehamilan pada minggu ke 2 kehamilan ini ialah seperti berikut:

Kesimpulannya, masih terlalu awal untuk Mama mengjangkakan bahawa Mama sedang hamil 2 minggu. Namun, langlah berjaga-jaga masih perlu diambil sekiranya Mama merasakan yang Mama sedang hamil.

Bagi Mama yang baru pertama kali bakal menjadi ibu, sesuai sangat untuk Mama menyertai program Motherhood New Mom untuk mendapatkan ‘welcome gift’ percuma dan cabutan bertuah untuk 31 pemenang pada setiap bulan (1x Chicco KidFit 2-in-1 Belt Positioning Booster Car Seat, 30x Exclusive Baby Set)!

Apa tunggu lagi. Jom layari website Motherhood.com.my atau download aplikasi Motherhood.com.my di SINI sekarang!

Jangan lepaskan peluang keemasan anda!


Ikuti perkembangan kandungan dari minggu ke minggu di SINI.