KelabMama

Kalau Bukan Rezeki, Tak Boleh Pregnant! Rintih Wanita Sering Dipersoal Tentang Zuriat

Kamu ni bila nak pregnant? Tak nak bagi mak kamu merasa dapat cucu ke? Lama dah menunggu…

Soalan biasa untuk wanita yang dah lama berkahwin tapi masih belum ada rezeki untuk menimang cahaya mata. Kecewa memang kecewa tapi nak buat macam mana? Urusan tersebut berada di luar kemampuan kita. Pertanyaan seperti “Bila?”, “Kenapa tak pregnant lagi?” merobek hati kecil seorang wanita yang diberi nama Aisyah Hijanah.

Beliau meluahkan rasa sedih apabila sering dipersoalkan mengenai zuriat. Yalah, mulut manusia susah betul kita nak tutup. Pantang ada isu sikit. Kali ni Mama Siti akan kongsikan luahan beliau di laman Instagram buat pedoman mak cik-mak cik bawang di luar sana.

Aisyah Pregnant Ke?

Bismillah, I hope my words kali ni akan buka minda dan hati everyone, include myself. Aisyah tengah demam sekarang, I know you guys are so caring and loving. You guys memang selalu updated about my life, my holiday trips. Thanks to followers. I’m so happy and grateful.

But, kadang tu bila I sakit, mesti akan ada yang tanya “Aisyah pregnant ke?”. I tak marah bila you guys tanya. Typical me, I akan terus pergi beli pregnancy test and check. But unfortunately I’m not. Then, bila I demam lagi, ada yang kata, “Ni mesti pregnant ni, muka pun macam pregnant”. Bila jumpa orang, pun cakap macam tu “Demam ni pregnant ke? Ada bawa something daripada Turki?”.

Guys, I’ve bought more than 10 pregnancy tests, and all of them were negative. Sometimes I rasa fed up juga. Marriage isn’t only for babies though. Mestilah untuk anak, but you cannot expect whenever I pergi holiday, I akan bawa baby. Itu rezeki Allah. Tipu la kalau kata I tak jealous dengan kawan lain. But I know, Allah dah atur yang terbaik untuk I, mesti I’m not ready yet to be a mother sebab tu Allah tak bagi.

Kalau Bukan Rezeki, Tak Dapat Juga

Ada banyak lagi tests yang I beli, then I buang sebab I malas nak tengok. I paling annoyed bila orang bagi tips untuk buat anak. Buat cara ni la teknik ni la. I’M NOT A TOY. Women are not toys. Kalau bukan rezeki, you buatlah style apa pun tak dapat juga.

Kalau tanya sekali is fine, tapi kalau dah berpuluh kali, it’s annoying. Jiran pun tegur “Ni mesti rancang kan?”. Wallahi Im not. I sampai minta Alif kahwin lain, because I rasa I cannot give him children. I know ramai perempuan rasa macam I rasa.

Sometimes kita niat gurau dengan orang, tapi bagi some people, itu bukan gurauan lagi. Ada orang DM I juga kata dia nak cerai sebab orang asyik tanya pasal baby, and dia still tak pregnant. Ada juga orang yang tak nak jumpa family dah sebab asyik tanya. Ada yang sampai nak makan pil, biar mati terus. Can we mind our own businesses? Semoga manfaat untuk semua. I’m sorry if I’m offending anyone here.

Conclusion, mind our own businesses. Always be empathy. Keep praying for all women in the world. Assalamualaikum and night dear people.

Sumber: Sirap Limau, Aisyah Hijanah

BACA JUGA GANGGUAN HORMON TAK TERKAWAL BOLEH MENGAKIBATKAN PUNCA GAGAL HAMIL?

Pesan Mama Siti:

Aturan Allah itu ada sebabnya. Kalau mama masih tak pregnant walaupun dah lama kahwin, jangan kecewa. Allah mahu beri atau belum memberi, itu atas kehendak dan kekuasaanNya. Kita tak perlu banyak soal apa yang Allah SWT dah rancangkan buat kita. Kadang kita tengok, dah kahwin bertahun-tahun tapi masih lagi tak ada anak, rupanya ada takdir lain yang mendatang, suami pula bermasalah. Itu tandanya Allah SWT tak mahu membebankan kita. Jadi, teruskan saja usaha. InshaAllah, rezeki Allah itu pasti.