KelabMama

Kaki Stress? Atasi Masalah Kesakitan Kaki Untuk Elak Rutin Harian Terganggu

Pakar perubatan berpendapat kasut bertumit tinggi menjadi punca utama kepada pelbagai masalah kaki yang dialami wanita. Begitu juga dengan masalah osteoartritis, terutama pada lutut, kesakitan, penyakit kemerosotan sendi dan kemusnahan kartilaj pada lutut.

Bagaimanakah kaki stress boleh berlaku?

Kasut tumit tinggi akan mengalihkan berat badan ke bahagian depan kaki yang boleh menyebabkan kalus, kesakitan akibat bunion (bengkak sendi tulang kaki), pembentukan belulang (kulit keras) dan perubahan bentuk kaki. Oleh kerana berat badan ‘ditolak’ ke depan, ia akan menyebabkan tulang belakang ‘tertolak’ ke belakang untuk keseimbangan. Perkara ini lama-kelamaan akan menyebabkan sakit belakang

            Kedudukan kaki dalam kasut yang biasanya runcing di depan dan bertumit halus boleh mengakibatkan buku lali menjadi tidak stabil dan berisiko mengalami buku lali tergeliat. Otot betis boleh menjadi pendek dan tegang. Memakai kasut tumit tinggi bagi tempoh yang lama (melebihi enam bulan berterusan) boleh mengakibatkan otot betis menjadi pendek sepanjang masa walaupun ketika berehat.

Langkah Untuk Memelihara Kesihatan Kaki

Panduan Untuk Mengurangkan Rasa Kaki ‘Stress’ Setiap Kali Memakai Kasut Tinggi:

Tidak Sesekali Membeli Kasut Menerusi Dalam Talian

Kasut perlu dicuba terlebih dahulu sebelum pemakai membuat keputusan membelinya.Mereka perlu tahu sama ada saiz dan potongan kasut benar-benar sesuai dengaan kaki.Saiz yang sepatutnya dipilih adalah kasut yang muat sebaik disarungkan,namun masih memberi ruang untuk jari kaki bergerak babas dan tidak terhimpit sehingga menyeksakan. Apabila kasut terlalu sempit ,kaki boleh melecet dan lama kelamaan bentuk tulang jari kaki akan berubah dan menjadi cacat. atau dikenali juga dengan jemari ‘ hammer’.

Pilih Kasut Yang Memberikan Posisi Betul Kepada Kaki

Paling penting adalah posisi kasut berkenaan selari dengan tapak kai bagi memberikan keselesaan..tumit kasut sepatutnya berada betul-betul dibawah tulang kai ,bukannya di belakang kai seperti yang sering di tonjolkan beberapa jenis kasut.

Tidak Terpedaya Dengan Kasut Yang Dijual Terlalu Murah

Jika boleh,elakkan diri daripada membeli kasut yang terlalu murah kerana besar kemungkinan ia diperbuat daripada plastik.kasut sebegini akan menyebabkan kaki berpeluh dan kasut terasa seperti ‘mengikis’ kaki.

Bagaimana Mengelak kasut Daripada Terus Bergeseran Pada Kaki

Sekiranya kasut anda jenis yang agak keras dan sering menyebabkan tumit melecet,cuba letakkan pelapik daripada jenis fabrik suede yang banyak dijual di pasaran,di bahagian belakang kasut.

Penyelesaian Tanpa Pembedahan

Letakkan kusyen tapak kaki yang mengandungi gel lembut bagi mengurangkn kesan hentakan pada tapak kaki terutama sekiranya tapak yang dibeli itu nipis

Segarkan Kaki Dengan Meletakkannya Pada Ais Batu

Selepas berjam-jam mengenakan kasut tumit tinggi hingga bengkak dan kesakitan ,rendam kaki dalam air sejuk dipenuhi ais bagi mengurangkan rasa sakit seterusnya melegakan kaki.Bagi mendapat kesan maksimun ,rendamkan kaki kira-kira 15 minit untuk mengurangkan bengkak .Sebelum tidur sapukan krim bagi melembutakan kulit kaki sekaligus mencegah kulit kaki daripada pecah dan melecet.