KelabMama

Jenis-jenis Meroyan yang Kerap Dialami Ibu Selepas Bersalin

jenis jenis meroyan

Gejala kemurungan lepas bersalin sering berlaku terhadap golongan ibu terutama yang kali pertama melahirkan anak. Ada yang menyebut sebagai meroyan. Mengikut ilmu perbidanan Melayu, meroyan atau merian hendaklah diberi perhatian kerana penyakit itu akan berlarutan seumur hidup sekiranya dibiarkan tanpa rawatan. Satu punca penyakit berkenaan adalah darah bantal yang tidak keluar dengan sempurna atau teratur, yang seterusnya akan terjadi darah beracun. Darah beracun ini akan menguasai urat saraf dan mengganggu keseimbangan hormon wanita.

Meroyan dikenali dalam kalangan ahli perubatan sebagai Postpartum depression (PPD) satu bentuk kemurungan klinikal (clinical depression) yang menjejaskan wanita, dan kadangkala lelaki selepas melahirkan anak. Kajian menunjukkan kadar insiden berlaku dalam kalangan wanita antara lima hingga 25 peratus, tetapi perbezaan metodologi antara kajian menjadikan kadar berlaku sebenar tidak jelas. Oleh itu, diet dan nutrisi yang sempurna serta penyusuan susu ibu demi kelangsungan kestabilan emosi sangat penting dan menguatkan ikatan kasih sayang antara ibu dan anak. Makanan berkhasiat penting untuk ibu selepas bersalin.

Guna saluran tertentu untuk menzahirkan emosi seperti berbicara dengan orang tersayang, ahli keluarga, sahabat dan jangan sesekali mengasingkan diri. Bagi golongan Muslim pula, jangan lupa aspek rohani. Perbanyakan berzikir supaya hati sentiasa tenang dan terhindar daripada perkara yang tidak baik.

Antara punca utama PPD adalah masalah psiko sosial seperti tiada sokongan daripada suami, ibu tunggal, kehamilan yang tidak dirancang/dikehendaki, masalah kewangan, tekanan hidup, tekanan penjagaan anak, tiada sokongan masyarakat dan sebagainya. Antara faktor dikenal pasti menyumbang terhadap perkara di atas ialah sejarah keluarga yang pernah menghidap kemurungan, tidak menyusukan anak dan beberapa faktor lain. Simptom awal boleh dilihat ialah sedih berterusan, hilang selera makan, cepat letih, tidak yakin dan rasa bersalah serta mudah marah.

Selain PPD ada juga jenis kemurungan lain dikenali sebagai kelesuan postpartum (postpartum exhaustion- PPE). PPE disebabkan kurang tidur bercampur pertukaran hormon dalam tubuh wanita selepas melahirkan anak dan boleh menjadi sederhana atau teruk. Kebanyakan kes mendapati wanita dengan bayi yang mengalami kembung teruk atau punca asas yang mengakibatkan jadual tidur yang tidak normal. Tidak sama seperti PPD, tetapi boleh dikelaskan sebagai sebahagian meroyan. Rawatan perubatan adalah minimum. Boleh berlaku antara sehari hingga 20 hari dan akan kembali seperti sediakala selepas mendapatkan tidur yang cukup.

Postpartum psychosis (gangguan mental serius pasca kelahiran) pula adalah sakit jiwa berasingan membabitkan terpisah sepenuhnya daripada alam nyata. Ia adalah yang paling berbahaya berbanding PPD dan PPE kerana membabitkan simptom seperti delusi, halusinasi, bercakap seorang diri dan berkhayal. Postpartum psychosis boleh berlaku rentetan daripada PPD atau tercetus secara tiba-tiba dalam tempoh empat hingga enam minggu selepas bersalin. Individu yang ditimpa gejala ini akan mula bersikap ganjil, berhalusinasi, meracau, mempunyai delusi pemikiran dan bertindak secara impulsif. Postpartum psychosis adalah isu kejiwaan yang ekstrem dan mempunyai risiko yang tinggi membunuh diri dan membunuh bayi berbanding fenomena lain.

JENIS MEROYAN MENGIKUT KEPERCAYAAN MASYARAKAT MELAYU

MEROYAN API

MEROYAN KETUNG

MEROYAN URAT

MEROYAN LENDIR

MEROYAN TINGGAL

MEROYAN BULU

MEROYAN KULIT

Sumber: Utusan & Perunding Psikiatri Hospital Pantai Kuala Lumpur (PHKL) Dr Shane Varma/Pakar Berpantang