KelabMama

Bakal Ibu, Ini Merupakan 4 Jenis Makanan Yang Penting Ketika Mengandung

Kehamilan memberikan banyak perubahan kepada tubuh badan dan emosi seorang wanita. Fizikal kita berubah, emosi tidak stabil dan pelbagai perasaan yang kadangkala kita sendiri tidak memahaminya. Seorang bakal ibu terutamanya new mom pasti sering meragui keupayaan diri sendiri – “Eh, boleh ke jadi seorang ibu yang baik. Kuat ke nak tahan sakit bersalin. Macam mana nak besarkan anak ni..” dan sebagainya. 

Sepanjang tempoh kehamilan, anda bakal melalui pertambahan berat badan, perut dan rahim yang semakin membesar, mual-mual dan morning sickness, serta sakit belakang. Proses-proses ini boleh membuatkan anda menjadi tak keruan dan lebih beremosi. 

Ketika proses ini, ‘rakan’ terbaik untuk ibu hamil adalah makanan berkhasiat seperti serat. Serat atau fibre merupakan antara makanan yang berkhasiat untuk tubuh badan kita dalam semua peringkat kehidupan, terutamanya ketika hamil. Selain penting untuk aliran makanan dan pencernaan pada bahagian usus, serat juga sangat penting untuk mengurangkan masalah sembelit yang sering dialami ibu hamil.

Semasa kehamilan juga, proses pencernaan menjadi lebih lambat berbanding ketika tidak hamil kerana peningkatan kadar hormon. Ditambah pula dengan anjakan organ di dalam badan, ia akan mengurangkan pergerakan usus yang seterusnya boleh menyebabkan sembelit. Namun begitu, masih ramai ibu mengandung yang tidak mengawal corak pemakanan mereka, seperti sentiasa mengambil makanan yang kaya dengan serat dalam diet seharian.

Berikut merupakan antara jenis-jenis makanan yang tinggi kandungan serat, yang sangat disyorkan untuk ibu hamil:

Buah-buahan

Makanan yang paling mudah untuk disediakan, manis, dan sangat sesuai untuk semua peringkat usia. Antara buah-buahan yang boleh dijadikan snek harian adalah seperti aprikot, oren, mangga, pear, delima, avokado, jambu batu, pisang, anggur dan epal. Selain tinggi kandungan serat, buah-buahan juga kaya dengan vitamin dan mineral, antioksidan, asid organik, folat, polifenol, kalsium, dan protein yang sangat diperlukan sepanjang kehamilan.

Sayur-sayuran 

Ambil peluang untuk perbanyakkan sayur-sayuran dalam pemakanan anda sepanjang sembilan bulan kehamilan. Antara sayuran yang disyorkan adalah ubi keledek, asparagus, beetroot, lada paprika, brokoli, kacang hijau, tomato dan sayur-sayuran yang berdaun gelap. Penambahan sayur-sayuran dan buah-buahan merupakan sumber serat, vitamin, folat, thiamin dan biotin yang bagus untuk tubuh badan. Badan anda juga akan menjadi lebih berseri-seri setelah mengamalkan gaya pemakanan yang sihat ini.

Bijirin penuh

Untuk rakyat Malaysia, sudah menjadi kebiasaan untuk kita menjamah nasi pada waktu makan. Bak kata orang, ‘lidah Melayu’ – mesti nak makan nasi atau sambal dimana-mana sahaja. Apa kata semasa hamil, anda gantikan beras putih dengan bijirin gandum, oat, barli, beras perang, dan juga bertih jagung. Bijirin ini kaya dengan nutrien penting seperti zat besi, selenium, magnesium, dan ia juga merupakan sumber Vitamin B yang baik dalam membantu tumbesaran janin dalam kandungan. 

Kacang 

Kekacang seperti badam, kacang keledai, kacang tanah, kacang pinto, dan kacang soya merupakan pilihan yang sesuai semasa hamil. Kacang-kacang ini mengandungi serat, protein, zat besi, folat dan kalsium yang diperlukan ibu hamil. 

Untuk memudahkan pengambilan serat anda setiap hari, sebotol Spritzer BonRica dapat membantu dalam menambah khasiat serat serta mengelakkan sembelit sepanjang kehamilan. BonRica juga sangat sesuai untuk Mama yang sentiasa dalam perjalanan. Cepat, mudah dan berkhasiat, BonRica mengandungi 6 gram serat yang dapat membantu sistem penghadaman, bakteria prebiotik yang bagus untuk usus, dan oligofruktosa (inulin) yang meningkatkan ketumpatan mineral tulang serta penyerapan kalsium. 

FUN FACTS untuk anda! 6 gram serat mengandungi samada 2 biiji epal kecil, atau 2 lobak merah atau 4 cawan kubis. Sangat sihat bukan??

Lebih menarik, Spritzer BonRica didatangkan dengan dua perisa, dan rekaan packaging yang serba baru. Hanya sediakan beberapa botol di dalam peti sejuk anda, pusingkan penutup dan sedia untuk diminum! Anda boleh mengambil Spritzer BonRica dimana-mana sahaja – semasa perjalanan ke tempat kerja, untuk hilangkan dahaga semasa bekerja atau semasa anda sedang menjamu makanan. 

Dapatkan Spritzer BonRica di kedai-kedai runcit atau pasaraya berhampiran dan jangan lupa untuk layari laman Instagram Spritzer BonRica hari ini!