KelabMama

Jenis-Jenis Mimpi Bersalin Berserta Maksudnya

Foto Kredit: Shutterstock

Pernah tak mama bangun dari mimpi yang cukup luar biasa jikalau dibandingkan dengan mimpi-mimpi biasa sebelum ini?

Contohnya, mimpi melahirkan anak. Ish, macam pelik je kan mimpi-mimpi terberanak macam ni.

Sebenarnya, banyak je orang yang meyakini bahawa mimpi itu akan memberikan pesanan untuk diri sendiri bagi kehidupan kita untuk masa akan datang.

Tak tahu lah betul atau tidak, tetapi mesti mama berasa ingin tahu akan apa maksud sebenar mimpi-mimpi macam ni tak kisah la menurut islam ataupun psikologi, betul tak?

Jadi, jom ketahui maksud-maksud untuk mimpi mama itu di sini!

Jenis-jenis mimpi bersalin

1) Mimpi melahirkan anak perempuan

Foto Kredit: Shutterstock

Jika anda bermimpi melahirkan anak perempuan, maka maksudnya anda akan mendapat kemuliaan, sanjungan, mendapat harta warisan, atau mendapat rezeki.

Jika dalam kenyataan anda juga telah memiliki anak perempuan, maka jangan anda bandingkan dirinya dengan anak-anak lelaki anda tau. 

Dalam ajaran Islam, disebutkan keutamaan dari memiliki anak perempuan adalah melalui catatan Hadith berikut:

Al Imam Muslim rahimahullah membuat sebuah bab dalam kitab shahihnya dengan judul (باب فَضْلِ الإِحْسَانِ إِلَى الْبَنَاتِ) “Keutamaan Berbuat Baik kepada Anak-Anak Perempuan”. Beliau membawakan tiga hadith seperti berikut :

Pertama, Hadits dari  ‘Aisyah radhiyallahu ‘anha, beliau berkata:

جَاءَتْنِى امْرَأَةٌ وَمَعَهَا ابْنَتَانِ لَهَا فَسَأَلَتْنِى فَلَمْ تَجِدْ عِنْدِى شَيْئًا غَيْرَ تَمْرَةٍ وَاحِدَةٍ فَأَعْطَيْتُهَا إِيَّاهَا فَأَخَذَتْهَا فَقَسَمَتْهَا بَيْنَ ابْنَتَيْهَا وَلَمْ تَأْكُلْ مِنْهَا شَيْئًا ثُمَّ قَامَتْ فَخَرَجَتْ وَابْنَتَاهَا فَدَخَلَ عَلَىَّ النَّبِىُّ -صلى الله عليه وسلم- فَحَدَّثْتُهُ حَدِيثَهَا فَقَالَ النَّبِىُّ -صلى الله عليه وسلم- « مَنِ ابْتُلِىَ مِنَ الْبَنَاتِ بِشَىْءٍ فَأَحْسَنَ إِلَيْهِنَّ كُنَّ لَهُ سِتْرًا مِنَ النَّارِ »

“Ada seorang perempuan yang datang menemuiku dengan membawa dua anak perempuannya. Dia meminta-minta kepadaku, namun aku tidak mempunyai apapun kecuali satu buah kurma. Lalu aku berikan sebuah kurma tersebut untuknya. Wanita itu menerima kurma tersebut dan membaginya menjadi dua untuk diberikan kepada kedua anaknya, sementara dia sendiri tidak ikut memakannya. Kemudian wanita itu bangkit dan keluar bersama anaknya.”

Setelah itu Nabi sallallahu alaihi wasallam datang dan aku ceritakan peristiwa tadi kepada beliau, maka Nabi sallallahu alaihi wasallam bersabda,

“Barangsiapa yang diuji dengan anak-anak perempuan, kemudian dia berbuat baik kepada mereka, maka anak-anak perempuan tersebut akan menjadi penghalang dari seksa api neraka” (H.R Muslim 2629)

2) Mimpi melahirkan anak lelaki

Foto Kredit: Shutterstock

Bermimpi tentang mempunyai bayi lelaki atau melahirkan bayi lelaki adalah merupakan permulaan yang baharu. Permulaan ini boleh dilakukan dengan pasangan anda atau mungkin akan mendapat pekerjaan baru.

Sekiranya anda sudah berkahwin, impian itu mungkin mencadangkan mendapat berita kehamilan. Seorang bayi lelaki akan membawa kegembiraan kepada keluarga. Oleh itu impian itu akan membawa kebahagiaan dalam hidup anda.

Setiap kali anda memulakan sesuatu yang baru, anda perlu menjaganya betul tak? Tugas itu memerlukan perhatian sepenuhnya; jika tidak, rancangan itu tidak akan berjaya. Sekiranya berkaitan dengan kehamilan, anda mungkin menyedari penjagaan dan pencegahan yang diperlukan.

3) Melahirkan anak secara normal

Foto Kredit: Shutterstock

Melahirkan bayi secara normal, adalah sesuatu yang selalu diharapkan dan diinginkan oleh setiap wanita yang sedang megandung atau akan melahirkan.

Ini kerana, perjuangan yang perlu dilakukan saat melahirkan secara normal akan lebih mudah daripada saat melahirkan bayi dengan cara operasi atau C-section.

Melahirkan bayi secara normal tidak hanya ada di dunia nyata, hal tersebut juga kerap muncul di dunia mimpi yang kerap kali menghampiri para wanita yang sedang hamil mahupun yang tidak.

Mimpi melahirkan bayi secara normal adalah suatu pertanda baik untuk anda, biasanya orang yang bermimpi hamil secara normal akan mendapatkan sesuatu yang baru dalam hidupnya.

Sesuatu yang baru tersebut boleh dalam bentuk apapun, sebuah kesempatan dalam pekerjaan, atau pun mendapatkan pasangan baru yang selama ini diharapkan.

4) Melahirkan anak kembar

Foto Kredit: Shutterstock

Menurut kepercayaan kuno, mimpi memiliki bayi kembar ini menggambarkan akan situasi yang anda sedang hadapi saat ini. Bayi kembar biasanya sangat istimewa di dalam sesebuah keluarga.

Tidak hanya itu, mereka juga membuat seluruh keluarga menjadi istimewa. Jadi, bayi kembar yang anda lihat dalam mimpi itu menggambarkan keberuntungan yang akan anda alami di masa hadapan.

Mimpi tentang bayi kembar juga dianggap sebagai suatu pertanda yang baik. Mimpi ini dikaitkan dengan situasi kewangan anda kelak. Ada kepercayaan bahawa anda akan mendapatkan rezeki yang besar dan tidak terduga.

Untuk bermimpi perkara-perkara ni seperti mimpi mengandung sebenarnya normal sahaja. Tetapi janganlah kita terlalu taksub akan kebenarannya yang tidak pasti atau sahih.

Paling penting sekali adalah untuk kita sentiasa beramal ibadah dan berdoa kepada Allah S.W.T dan meminta untuk dijauhkan bala dan dekatkanlah rezeki. InsyaAllah.

Semoga mimpi-mimpi seperti ini tidak membawa perkara-perkara yang buruk.