KelabMama

Jangkitan Listeriosis,Salmonella Semasa Hamil. Ini Cara Kurangkan Risiko

Pentingnya untuk jaga pemakanan semasa hamil sebab masa hamil badan mudah terkena jangkitan seperti Listeriosis dan Salmonella. Untuk pengetahuan mama, Listeriosis ni ‘hadir’ melalui pemakanan seharian tau. Sebab tu mama kena hati-hati dalam memilih makanan kerana ada jenis-jenis makanan yang mama hamil tak boleh sebarang makan walaupun mama mengidam terutamanya makanan yang tak dimasak sepenuhnya seperti sushi dan telur separuh masak.

Semoga perkongsian Dr. Muhammad Izzat di laman Facebooknya tentang bagaimana untuk mengelak dari jangkitan Liksteriosis dan Salmonella dapat membuka mata mama hamil. Mengidam atau tak kena pastikan apa yang diidamkan tu boleh dimakannya!

LISTERIOSIS

Semua ibu hamil perlu diberitahu bagaimana nak kurangkan risiko untuk mendapat jangkitan Listeriosis ketika mengandung.

Bagaimana?

1) minum hanya susu yang dipasteur atau Susu UHT. Susu fresh diperah dari tetek kambing ke lembu ke rusa ke buaya (kalau buaya ada susu la ) . Susu-susu jenis ini TAK DIGALAKKAN minum

2) tak digalakkan makan soft cheese seperti Camembert, Brie, Blue-veined cheese. Takda risiko listeriosis dengan memakan hard cheese seperti Cheddar, cottage cheese atau cheese yg sudah diproses. Baca bebetul. SOFT cheese jer takboleh makan.

3) tidak memakan pate ( sebarang jenis termasuk yg ada sayur ) – sejenis daging mentah

4) tak memakan makanan yang separuh masak, atau memanaskan semula makanan yg lama. Telur separuh masak TAKBOLEH MAKAN ye

SALMONELLA

Untuk mengurangkan risiko dapat jangkitan Salmonella pula :

1) elakkan makan telur mentah, telur separuh masak atau apa apa makanan yang mengandungi telur mentah atau telur separuh masak

2) elakkan daging mentah, atau daging separa masak. sushi yang ada ikan/sotong/udang mentah atau separa masak TAKBOLEH ye

Takda istilah mengidam makanan-makanan yg saya cakap kat atas ni. Lepas beranak boleh la makan kalau nak. Jgn cuba cuba nak join Fear Factor masa mengandung. Awas !

Baru telan 2 biji telor kat bawah ni, burrpp Alhamdulilah. Jangan jeles mak buyung sekalian

Dr. Muhammad Izzat Abdul Razak
Pegawai Perubatan
Kesihatan Wanita dan Kehamilan

Sumber : Muhammad Izzat

BACA JUGA BETUL KE MAMA PERLU ELAKKAN TELUR MENTAH SEBELUM PROSES BERSALIN?

Pesan Mama Siti

Masa Mama Siti mengandung dulu pun tahan je diri dari makan telur separuh masak, telur goyang semua ni. Dah lah favourite Mama Siti tapi apakan daya tak nak terjadi apa-apa gagah jugalah menahan diri. Alhamdulillah Mama Siti berjaya hehe. Untuk mama hamil, sebelum makan tu fikirlah dulu baik buruknya. Walau mengidam sekali pun selagi boleh dielakkan kita elakkan lah. Agar kita tak menyesal dikemudian hari 🙂