KelabMama

Bayi Bawah 6 Bulan Tak Boleh Minum Air Masak

Image from Adobe Stock

Beri air masak pada bayi bawah 6 bulan? Boleh ke? Setahu Mama Siti tak boleh. Memanglah bayi akan dahaga tapi bayi bawah 6 bulan hanya minum susu je. Pasti ramai yang tertanya-tanya kan? Boleh ke tak sebenarnya beri air masak pada bayi bawah 6 bulan ni sebenarnya?

Untuk pengetahuan mama, tak boleh sebenarnya kita bagi bayi bawah 6 bulan ni minum air kosong. Ada banyak komplikasi yang boleh berlaku. Nak tahu? Jom Mama Siti ceritakan!

Bagi bayi berumur 6 bulan ke bawah, mereka hanya boleh minum susu badan atau formula je. Air masak atau air lain yang tidak berkhasiat tak boleh ye mama semua.

Kesan Beri Air Masak Pada Bayi Bawah 6 Bulan

Ini antara kesan jika mama beri air masak secara kerap kepada si comel yang masih berumur 6 bulan ke bawah:

Bila hal ini berlaku, si kecil akan disahkan alami Water Intoxication!

Sebab Tak Perlu Beri Air Masak Pada Bayi

Antara sebab lain yang mama tak perlu nak bagi anak kecil minum air masak di usia awal kelahiran adalah kerana air tak mempunyai kalori untuk mengisi perut atau memberi tenaga kepada si bayi. Sepatutnya berat bayi akan meningkat sebanyak 25 gram dalam satu hari. Tapi kalau dah mama asyik beri air masak, berat dia akan naik ke? Turun lah jawabnya.

Kedua, buah pinggang si kecil masih belum boleh berfungsi dengan sempurna. Organ itu masih dalam proses menjadi matang, jadi ia belum cukup sedia nak proses cecair dan garam yang terlalu banyak dalam badan.

Yang ketiga, bila mama asyik beri air masak pada bayi, ini boleh buatkan dia kenyang dan tak mahu minum susu. Maka, ini akan buatkan si comel kurang zat dan nutrisi untuk membesar.

Bila boleh beri air masak?

‘Ha, Mama Siti bila masa yang sesuai nak beri mereka minum air masak?’

Dr Redza Zainol, pakar kanak-kanak di Hospital Muar cakap, kita boleh beri mereka minum air masak bila mereka sudah mula diberi makan. Selagi mereka minum susu je, tak perlu lagi air masak. Nak beri boleh tapi ada sukatannya.

Ingat ye mama dan bakal mama semua, elakkan beri air masak pada baby. Ada sebab kenapa tak boleh, utamakan nasihat doktor berbanding omongan makcik bawang rangers di keliling rumah atau di Facebook.

Semoga membantu mama semua!

Sumber: Redza Zainol

BACA LAGI PINGGAN MANGKUK BERCORAK VIRAL BAHAYA!

Pesan Mama Siti

Jangan lupa untuk share info ni dengan keluarga, kawan dan jiran-jiran. Copy je link ni, lepas tu paste dalam group WhatsApp yang mama ada. Kita kena sebarkan kebenaran ini, biar semua sedar dan tahu! Bahaya beri air masak kepada bayi ni sebenarnya.