KelabMama

Itu Ke Ini Mama? Sekolah Pendidikan Khas Kerajaan VS Swasta atau Pusat Pendidikan

kanak-kanak berjalan kaki memakai baju sekolah

Sebagai ibu bapa, Mama dan Papa mesti mahu pendidikan yang terbaik untuk anak-anak kan? Tidak kira anak berkelainan upaya, mereka juga layak menerima pendidikan yang bermutu tinggi. So, persoalan dia sekarang, sekolah pendidikan khas yang tersedia oleh kerajaan atau swasta yang lagi bagus? Adakah membayar lebih menjamin pendidikan yang bermutu tinggi?

Jom kita tengok, yang itu ke yang ini Mama?

Sekolah Pendidikan Khas Kerajaan VS Swasta atau Pusat Pendidikan

Sekolah Pendidikan Khas Kerajaan

Dibiyai oleh kerajaan, sekolah pendidikan khas menyediakan pendidikan yang mengikut garis panduan dan kurikulum yang disedaikan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Pelajar-pelajar akan didamping oleh guru-guru yang berkelulusan terlatih daripada pendidikan khas dan memastikan anak Mama dijaga dengan rapi.

Disebabkan ia dibiayai, Mama tidak perlu mengeluarkan duit yang banyak untuk pendidikan mereka dan boleh fokus pada pemberian makanan mereka dan juga barangan keperluan mereka seperti ubat-ubatan dan vitamin. Kelebihan lain termasuklah:

Oleh itu, seolah kerajaan banyak membantu ibu bapa yang mahukan pendidikan yang sewajarnya untuk anak-anak mereka berdikari walaupun sedikit.

Sekolah & Pusat Pendidikan Khas Swasta

Sekolah swasta dan pusat pendidikan khas juga mempunyai kelebihan mereka tersendiri. Jika Mama berkemampuan, Mama boleh daftarkan anak Mama di sekolah swasta atau pusat pendidikan khas ini.

Yang penting, pastikan sekolah atau pusat pendidikan khas tersebut mempunyai lesen yang diluluskan dan jangan lupa baca review sekolah! Dengan yuran yang mahal, Mama harus berwaspada dengan layanan yang mereka berikan pada anak-anak kita.

Antara kelebihan yang ditawarkan adalah:

Mama Pilih Yang Mana?

Kedua sekolah ini mempunyai kelebihan serta kelemahan mereka tersendiri. Pastikan Mama membuat pilihan yang terbaik untuk si manja! Semoga bermanfaat untuk Mama dan sekeluarga.

Untuk melihat senarai sekolah pendidikan khas kerajaan dan swasta, klik di SINI!


Untuk dapatkan info lebih lanjut berkaitan tentang anak-anak OKU, klik di SINI.