KelabMama

Doktor Kongsi Kes Isteri Mengalami Sesak Nafas Dan Luahan Penat Lelah Seorang Wanita

Lately ni, ramai suri rumah, ibu bekerja ataupun siapa sahaja yang bergelar ibu meluahkan di Instagram anonymous question untuk rant ataupun luahkan perasaan mereka sebagai ibu yang sedang mengalami burnout.

Melalui Twitter seorang doktor kongsikan pengalaman merawat seorang ibu, wanita 30-an, yang tiada sejarah penyakit, mengalami sesak nafas atau lebih dikenali sebagai Glasgow Coma Scale (GCS) full.

Berikut merupakan perkongsian Dr Samhan yang boleh dijadikan pengajaran buat kita.

Dengan keadaan yang pagi yang sunyi bertemankan lampu malap, pukul 3 pagi doktor dapat panggilan daripada si suami, mengatakan isterinya sesak nafas secara tiba-tiba. Apabila tiba di rumah mereka, isterinya kelihatan seperti tercungap-cungap dengan keadaan berpeluh.

“Puan, tarik nafas dalam-dalam, hembus perlahan-lahan”.

Cerita doktor disambung lagi dengannya dengan memantau kandungan oksigen wanita tersebut. Apabila ambil suhu badannya, ia 37 darjah celcius dan tekanan darah pun normal. Doktor mulai tanya masalah wanita tersebut “Apa dah jadi ni puan? Cuba cerita”.

Bermula dari situ wanita luahkan perasaannya.

“Saya stress. Kerja di ofis banyak. Bos selalu pressure minta siapkan cepat. Di rumah nak urus anak-anak. Melayan suami lagi”. Dia mula bercerita sambil genggam tangan MA perempuan. Panjang lebar dia bercerita. Macam tak jumpa noktah.

Setelah beberapa ketika berada di rumah pesakit dan mendengar luahannya sehingga jam 5 pagi, pasukan perubatan bimbang jika mereka mempunyai kes lain.

Pesakit wanita itu pula daripada terbaring, akhirnya sudah boleh duduk dan pasukan perubatan pun meminta diri untuk beransur keluar meneruskan tugasan yang lain dan masalah pun telah selesai.

Sambung pesakit wanita itu,

“Terima kasih lah sanggup datang. Maaflah kalau terpaksa tadah telinga. Tadi rasa macam pikul batu besar. Sekarang memang dah lega sangat”.

Melalui pengalaman mengendalikan kes ini, Dr Samhan highlight bahawa Mama perlu release stress dengan meluahkan perasaan Mama.

Cara hilangkan stres adalah dengan meluahkan apa terpendam. Stres perlu dialirkan dan diluahkan kerana nanti bimbang ia akan makin melarat. Seterusnya akan memudaratkan diri kita sendiri.

Mengikut kajian, wanita perlu berbicara dianggarkan 25,000 patah kata sehari berbanding lelaki hanya 7,000 perkataan sahaja.

Nasihat saya pada suami, pinjamkan telinga dan bahu kalian. Biarkan mereka berbicara dan habiskan kuota patah perkataan dengan tenang.

Sampai macam tu sekali sakit dia. Mama Siti pun takut bila sakit yang serius macam ni. Mama tahu tak sebenarnya kita PERLU bercakap 25,000 perkataan dalam sehari?

Jom kongsikan pada orang lain kerana rupanya masih ramai suami yang lupa tanggungjawabnya dimana mereka yang sukar nak faham isteri dan ENGGAN dengar luahan perasaan isteri.

Kredit: Twitter Dr Ahmad Samhan

Tips Untuk Ringankan Beban Mama

Alang-alang tu jom la tengok tips untuk ringankan beban Mama. Cik suami pun jangan la nak tunggu isteri je buat kerja. Berdua kan lebih baik untuk meringankan beban! Dr Redza Zainol kongsikan tips yang sangat mudah dan boleh digunakan hingga akhir hayat bersama.

Jom baca di bawah~

Bila isteri berkongsi tentang masalah yang dia hadapi di tempat kerja atau masalah dengan kawan, suami tak perlu pun bagi solusi. Kebanyakan masa, cukup sekadar mendengar. Iyakan apa yang isteri rasa.

Seorang sahabat saya pernah kata, perkahwinan ni bukanlah projek yang perlu disiapkan atau masalah yang perlu diselesaikan. Dia kata lagi,

  1. Dah habis mendengar tu, suami jangan diam je. Bagitau apa yang suami rasa.
    Contohnya:
    “Saya rasa tak patut dia buat macam tu kat awak”.
    “Saya rasa apa yang awak buat tu dah betul”.
  2. Biar isteri rasa tindakan dia betul. Menangkan pihak isteri kita.
  3. Selesai. Ulang dan ulang cara ni hingga akhir hayat bersama.

Kredit: Facebook Dr Redza Zainol

Haa, simple je kan tips dari pada Dr Redza? Jika tidak pernah buat sebelum ini, boleh la cuba-cuba lepas ini! Ingat dalam keluarga yang bahagia, perlu persefahaman dan kerjasama! Mama Siti harapkan the best sahaja untuk Mama dan Papa. Jaga kesihatan ya, Mama!

Kehidupan berumah tangga ni memang pasang dan surutnya Kadang-kadang kita berada di atas, kadang-kadang di bawah. Tetapi dengan kerjasama dan fahaman daripada pasangan yang memahami, tiada apa yang boleh menghalang Mama untuk jadi bahagia sepanjang hayat.


Dapatkan tips dan panduan kesihatan Mama dan Papa yang lain DISINI.