KelabMama

Peringatan Untuk Cik Suami: Jaga Isteri Dalam Pantang Sampai Sihat Sepenuhnya

Tuhan yang Maha Mengetahui sahaja yang tahu bertapa penatnya seorang ibu selepas bersalin. Selepas bertarung nyawa hendak lahirkan seorang cahaya mata, kini Mama dan cik suami perlu menjaga mereka dengan penuh kasih sayang. Tetapi menjaga mereka bukan mudah dengan luka pembedahan atau bersalin yang belum pulih sepenuhnya, Mama terpaksa menahan kesakitan sementara menjaga si kecil.

Tetapi kita harus ingat untuk menjaga diri sendiri supaya tidak berlakunya perkara yang tidak diingini. Mari kita baca dan ambil ikhtibar tentang peristiwa yang tragis berlaku.

Berlaku dalam dua tahun lepas, seorang isteri yang sedang menyusu dua orang anaknya, ditemui tidak bernyawa diatas katil.

Menurut berita yang dikongsikan oleh Puan Marina di media sosial Twitter, seorang ibu meninggal semasa berpantang akibat terlalu penat.

Meninggal Dalam Keadaan Menyusu Anak

Kredit gambar: Real Merah

Arwah ibu atau lebih dikenali sebagai Cikgu Siti Rohana Redzuan daripada SMK Bandar Putra, ditemui sudah tidak bernyata kira-kira jam 8 malam selepas pulang dari kerja. Kematian arwah dianggar berlaku pada pukul 1-2 petang. Hasil bedah siasat mendedahkan bahawa arwah mempunyai paru-paru berair dan jantungnya bengkak.

Arwah meninggalkan 2 orang anak, seorang berumur dalam lingkungan 1 tahun lebih dan yang anak keduanya hanya 48 hari sahaja. Doktor jelaskan bahawa penyebab kematian arwah mungkin kerana terlalu letih dan meninggal ketika tidur.

Suami terjumpa arwah isteri dalam keadaan diatas katil sedang menyusukan anak, manakala anak seorang lagi sudah penat menangis akibat kelaparan.

Dikatakan arwah bersalin secara pembedahan caesar yang mengakibatkan pendarahan pada luka tersebut. Arwah kerap mengadu penat pada suami dan suami nasihat suruh berehat. Akibat kepenatan yang melampau, arwah akhirnya meninggal dunia.

Berpantang Hingga Sihat

Pengajaran daripada kes ini adalah, seorang isteri yang baru bersalin tidak patut ditinggalkan berseorangan bersama anak-anak semasa berpantang dan harus sentiasa diberi perhatian. Jangan endahkan luahan hati mereka kerana hanya ibu tersebut memahami keadaan dirinya sendiri.

Kepada si ibu, Mama Siti nasihatkan untuk tidak usah segan silu meminta tolong daripada ahli keluarga yang lain jika Mama tahu Mama sudah tidak mampu atau mempunyai sebarang masalah. Jangan segan meminta tolong jika berada di dalam situasi yang memudaratkan.

Disebabkan bayi baru sahaja lahir, mereka perlukan perhatian yang sangat tinggi dan si bu perlukan rehat yang secukupnya.

Puan Marina turut nasihatkan untuk mengupah ‘Confinement Lady’ ataupun pembantu rumah untuk menjaga dan menolong isteri dalam pantang. Lebih elok minta pertolongan daripada ibu sendiri ataupun adik-beradik yang lain, nasihat Puan Marina.

Jadi jika isteri mengadu penat dan tidak berdaya, Mama Siti mintak tolong sangat-sangat untuk ringankan beban mereka sebaik mungkin. Mereka juga manusia biasa dan mempunyai had mereka.

Mama Siti disini mahu mengingatkan cik suami supaya jaga si isteri sebaik mungkin semasa dalam mereka berada dalam fasa berpantang.

Untuk baca dengan lebih lanjut, Mama boleh klik pada link dibawah.

Mama Siti harap dengan peristiwa ini, sama-sama kita ambil ikhtibar. Cik suami dan Mama harus berganding bahu dan bekerjasama sewaktu si isteri dalam pantang. InsyaAllah semua akan berjalan lancar.

Amalkan amalan berpantang yang bagus dan ingat pesan Mama Siti!

Kredit: Twitter Marina Dandy