KelabMama

Ironi Wanita Shooting Cancer Awareness, Temui 3 Ketulan Di Payudaranya

Risau pula Mama Siti bila baca satu thread daripada seorang wanita yang pakai username KaharuddinIntan ni. Mana taknya, tengah syok nak shooting campaign breast awareness cancer, tiba-tiba bila jalani medical check up, doktor jumpa tiga ketulan di payudara wanita tersebut.

Boleh nampak bahawa pentingnya medical checkup ni untuk pastikan tubuh kita berada dalam keadaan yang baik. Ia juga bertujuan elakkan penyakit merbahaya yang menyerang secara senyap contohnya kanser, hepatitis, sakit jantung dan sebagainya.

Samalah seperti perkongsian wanita ini di Twitter, apabila dia ditawarkan menjalani ujian ultrasound ketika penggambaran Pink October Project di sebuah hospital swasta. Setelah melalui pemeriksaan tersebut dia disahkan mempunyai 3 ketulan kecil di bahagian kiri payudara.

Wanita ini berkongsi dengan netizen di Twitter tentang 3 ketulan di dalam payudara

Wanita ini sungguh tak menyangka yang dia mempunyai 3 ketulan di bahagian payudara. Terkejut dengan keputusan tersebut, wanita ini mengakui tidak bersedia untuk sebarang risiko mendatang. Apatah lagi apabila wanita tersebut mendedahkan bahawa dia mempunyai anak. Hati ibu mana yang tak sedih…

Lumps pertama ditemui di payudara sebelah kiri beliau.

Normal ke kalau ada lumps?

Risau dengan jawapan jururawat tersebut, wanita ini segera bertanya samada 3 ketulan kecil di dalam badannya itu adalah tanda awal kanser. Tapi, jawapan jururawat tersebut agak menghampakan apabila wanita tersebut disuruh untuk pergi rujuk perkara ini dengan yang lebih arif. Kalau Mama Siti jadi wanita ini pun Mama Siti mestilah risau. Allahu.

Disahkan mempunyai 3 ketulan kecil di payudaranya membuatkan staf terkejut.

Doktor kata one side boob agak keras

Sejam selepas pemeriksaan ultrasound, wanita ini terus merujuk specialist tentang keadaannya. Kata doktor, sebahagian daripada payudaranya sedikit keras. Lagi lah risau bila dengar perkara macam tu dari doktor.

“Aku masa tu tak boleh pikir dah. Pening kepala aku.”

Menurut doktor, dua daripada 3 ketulan yang ada di payudaranya adalah cyst dan ia mengandungi air. Setakat ini ketulan tersebut tak datangkan bahaya dan tak perlu dirisaukan. Cuma, dia perlu menjalani pemeriksaan semula selepas enam bulan. Alhamdulillah, dah boleh tarik nafas lega!

Lega hati bila doktor kata ketulan tersebut biasa ditemui sekiranya berlaku perubahan hormon terhadap wanita.

Jadi begitulah pengakhiran wanita ini. Tak ada yang perlu dirisaukan pun. Tapi wanita ini sempat berpesan yang kalau ada sesuatu yang berlaku pada payudara kita semua, cepat-cepatlah check. Untuk pastikan kesihatan kita sentiasa terjamin, apa salahnya kan?

Untuk yang tak ada lumps sekali pun disarankan untuk buat ultrasound setahun sekali supaya kalau ada apa-apa yang tak kena dengan payudara kita, dapatlah doktor detect awal-awal!

Sumber: KaharuddinIntan

BACA JUGA CARA MUDAH UNTUK PERIKSA SIMPTOM KANSER PAYUDARA! MAMA BOLEH LAKUKAN DI RUMAH!

Pesan Mama Siti:

Mama Siti setuju dengan wanita ni tentang lumps yang ada di payudaranya. Tak semestinya kalau mama ada ketulan dekat payudara mama, jangan terus fikir yang ia petanda kanser. Kalau mama jumpa ketulan di bahagian payudara mama, mama kena cepat-cepat jumpa doktor untuk sahkan samada ia kanser ke dan dapatkan pandangan tentang rawatan seterusnya.