KelabMama

Ini 7 Benda ‘Seram’ Bila Mama Alami Simptom PCOS & Haid Tak Teratur

PCOS atau lebih dikenali sebagai ‘Stein-Levanthal Syndrome’ ini berpunca daripada ketidakseimbangan hormon dalam badan. Wanita yang mengalami simptom PCOS ni mempunyai paras insulin dan juga hormon testosteron yang lebih tinggi daripada biasa dan menyebabkan wanita tu ‘menyerupai’ lelaki.

Bila insulin dan hormon lelaki ni tinggi, ia menyebabkan masalah kegemukkan, haid tak teratur, dan yang paling teruk ia boleh menjadi punca kepada masalah kesuburan mama. Perkongsian daripada Farhanah Ibrahim diharap dapat buka mata mama tentang bahaya sindrom PCOS ni. Tunggu apa lagi, cepat skrol terus ke bawah!

Haid Tak Datang Tapi Rahim Kosong

Dalam satu hari ada 3-4 orang patients datang nak scan untuk confirmkan pregnancy. Period tak datang, buat UPT kat rumah nampak macam positif. Semua pakat bawa kit UPT nak tunjuk kat doktor. Tapi bila scan, rahim kosong. Repeat UPT kat klinik, clear negative.

Dr, period saya lewat tapi kenapa UPT negative.

Dr, period saya dah 3 bulan tak datang.

Dr, period saya yang terakhir 3 tahun lepas (berat patient ni lebih 100kg).

Dr, saya ni dalam setahun tu berkali-kali kena makan ubat lawas period. Kalau tak makan ubat, period tak mai langsung.

Dr, ada cara lain tak nak bagi period teratur selain makan ubat perancang? Sebab saya nak try pregnant.

Banyak lagi kes tau. Tapi ni sebahagian saja. Cuba teka, apa persamaan semua pesakit ni?

Yes. Mereka ni boleh kata almost 99% overweight. Dan mostly ada simptom PCOS.

Polycystic Ovarian Syndrome

Masalah common yang menyebabkan wanita kurang subur. Nampak tak gambar scan kat bawah? Semua tu telur separa matang dalam ovari yang tak menetas. Kalau telur tak menetas, benih wanita tak keluar, macamana nak mengandung?

PCOS adalah keadaan yang boleh menganggu kesuburan, hormon dan penampilan seseorang wanita.

Apa Yang Berlaku Dalam Badan Wanita PCOS?

Takut kan? Tapi PCOS ni boleh diatasi mostly dengan mengubah lifestyle kita!

1- Turunkan Berat Badan

Dapatkan berat badan atau BMI yang ideal untuk mengurangkan risiko jangka panjang PCOS.

Kalau kita dapat turunkan 10% berat pun, lebih 55% period kita boleh jadi teratur semula.

2- Ubah Gaya Pemakanan

Makan makanan tinggi protein dan fiber dan juga rendah karbohidrat. Elakkan processed food dan makanan “merepek” seperti jajan dan lain-lain.

3- Senaman

Exercise secara berkala. Seeloknya 5 kali seminggu. Dapat 20 minit sehari pun ok dah. Buat TABATA ke. Yang mana sesuai dengan kapasiti masing-masing.

4- Pemeriksaan Doktor

Lakukan memeriksaan doktor secara berkala untuk saringan kencing manis, darah tinggi, kanser rahim atau masalah kemurungan

Buat pemeriksaan doktor. Kalau ada kencing manis, perlu dapatkan rawatan. Kalau ada jerawat teruk atau bulu badan yang terlalu banyak, ada rawatannya.

5- Rawatan Kesuburan

Kalau nak mengandung, boleh ke klinik untuk rawatan kesuburan. Jika ubat tak berkesan, mungkin pakar boleh buat rawatan surgical. Tapi seeloknya hamil bila berat badan <80kg untuk elakkan risiko-risiko tertentu semasa hamil.

Sumber: Farhanah Ibrahim

BACA JUGA APA YANG MAMA PERLU TAHU DENGAN SINDROM OVARI POLISISTIK (PCOS)

Pesan Mama Siti:

Malangnya, PCOS ni tak ada penawar dan tak boleh sembuh. Rawatan perubatan yang diberikan pun untuk kurangkan simptom-simptom PCOS selain daripada mencegah komplikasi yang boleh timbul akibat PCOS. Jadi, mari kita sama-sama kurangkan berat badan, bersenam dan ubah gaya hidup supaya jadi lebih sihat supaya tak perlu bergantung kepada ubat-ubatan. Jom jadi sihat!