KelabMama

Induced Lactation: Merealisasikan Impian Wanita Sebagai Ibu Susuan

buat induced lactation atau cetusan laktasi untuk susu anak angkat

Mama Papa pernah dengar tentang induced lactation atau cetusan laktasi? Sebelum ni Mama Siti ada kongsikan tentang Wani Ardy yang gunakan kaedah induced lactation ni, tapi kali ni Mama Siti akan kongsikan dengan lebih detail lagi tentang induced lactation dekat Mama Papa.

Oh ye, satu lagi sebab Mama Siti ada baca komen di social media tentang Mizz Nina dengan anak susuannya, ramai yang tertanya-tanya macam mana Mizz Nina boleh susukan seorang anak kecil sedangkan Mizz Nina tak mengandung dan masih belum ada anak.

Jadi, jom kita ketahui dengan lebih lanjut tentang induced lactation dan apa kaedah yang boleh digunakan untuk Mama hasilkan susu badan sendiri.

Apa itu Induced Lactation?

Bagi Mama Papa yang masih blur dengan induced lactation ni, ia adalah satu proses untuk Mama yang tak mengandung atau melahirkan anak secara biologinya cuba untuk merangsang dan menghasilkan susu sendiri daripada payudaranya.

Proses ni selalu dilakukan oleh Mama yang ingin menjadi ibu susuan kepada bayi yang rak dilahirkan oleh Mama secara biologi, seperti anak angkat.

Langkah-langkah dalam penyusuan ini merangsangkan payudara, menggunakan pam untuk merangsang susu dan ubat tertentu untuk boleh membantu meningkatkan pengeluaran susu Mama.

Ramai je Mama yang berjaya menghasilkan jumlah susu yang mencukupi untuk berikan sokongan nutrisi kepada bayi Mama nanti.

Proses ni tak sama dengan penyusuan susu Mama secara semula jadi selepas bersalin, tapi ia boleh berikan manfaat kesihatan dan ikatan emosi antara Mama dengan anak.

Paling penting sebelum Mama nak memulakan proses induced lactation ni Mama perlu berunding atau dapatkan nasihat dengan pakar atau kaunselor laktasi untuk dapatkan bimbingan yang sesuai dengan keadaan Mama.

Dua Kaedah Induced Lactation

1. Kaedah Natural (Basic Pumping Protocol)

Sebelum sebulan atau dua bulan Mama Papa ambil anak angkat, Mama dah boleh mulakan merangsang pengeluaran susu badan Mama dengan mengurut payudara Mama selama 10 minit sebanyak 8 hingga 10 kali sehari.

Urutan ni Mama mesti lakukannya selama dua minggu. Setelah dua minggu Mama boleh pula cuba gunakan pam susu elektrik selama 10 hingga 15 minit sebanyak lapan atau 10 kali sehari. Sekurang-kurangnya setiap dua hingga tiga jam Mama perlu mengepam payudara Mama.

Mama kena make sure pemerah pump yang Mama gunakan diletakkan diposisi yang betul untuk elakkan puting Mama tak luka. Mama boleh sapukan sedikit krim pada puting sebelum Mama mengepam untuk rasa lebih selesa.

Walaupun pada awalnya susu Mama tak keluar, tetapi dengan melakukan proses ni secara konsisten ia akan merangsang pengeluaran susu badan Mama secara semula jadi.

2. Kaedah Hormon

Kredit Gambar: Intrepid Welbeing

Untuk kaedah hormon ni pula Mama perlu bersedia lebih awal, sekurangnya enam bulan sebelum Mama Papa mengambil anak angkat sebab kaedah hormon ni Mama akan mengalami tiga fasa.

Fasa pertama, Mama akan mengambil pil perancang untuk pastikan payudara Mama mengalami perubahan sama seperti Mama mengandung. Mama akan diberikan ubat penambah susu yang perlu diambil setiap hari bersama pil perancang tadi.

Fasa kedua pula, ialah fasa pemberhentian pil perancang dan teruskan dengan mengambil pil penambah susu selepas berlaku perubahan pada payudara Mama.

Fasa ketiga iaitu fasa terakhir, Mama perlu mengepam payudara Mama untuk proses pengeluaran susu. Time mungkin susu Mama belum nampak lagi tapi dengan mengepam kerap kali dan stimulasi urutan payudara Mama akan membantu penghasilkan dan pengaliran susu Mama lebih cepat.

Tips untuk Mama Menghasilkan Susu Lebih Banyak

Bila Mama sudah ada susu Mama boleh susukan bayi sama ada secara terus atau nak gunakan botol.

Kalau Mama Papa bercadang untuk mengambil anak angkat, berjumpa dengan pakar atau kaunselor laktasi dulu supaya Mama Papa faham dan memudahkan perjalanan Mama untuk lakukan induced lactation.

Apa yang Mama Siti boleh katakan, proses induced lactation ini sangat memerlukan kesabaran yang tinggi dan usaha yang lebih untuk Mama hasilkan susu sendiri. Tapi Mama jangan risau, ramai Mama lain yang berjaya susukan anak angkat mereka.


Penafian: Sebarang maklumat, informasi serta perkongsian yang terdapat dalam artikel ini adalah untuk tujuan pendidikan sahaja dan tidak boleh dianggap sebagai nasihat perubatan daripada pihak KelabMama. Untuk sebarang kebimbangan berkaitan kesihatan, anda dinasihatkan untuk berunding dengan pakar kesihatan atau pengamal perubatan sah.

Dapatkan lebih banyak informasi tentang Mama ingin hamil di SINI.