KelabMama

Implikasi Bajet 2023: Semua Yang Mama WAJIB Ambil Tahu

Baru-baru ini, berdasarkan pengumuman bajet 2023 oleh Tengku Zafrul, terdapat pelbagai info dan faedah untuk Mama dan seisi keluarga.

Fokus pada wanita, keluarga dan juga orang kelainan upaya bagi bajet 2023 tahun hadapan semestinya memberi harapan yang tinggi pada rakyat Malaysia.

Jom kita tengok sama-sama summary yang team Mama Siti telah kumpulkan:

Bajet 2023 Khas Untuk Mama

Untuk pengetahuan Mama, Bajet 2023 kali ini bertemakan ‘Keluarga Malaysia, Makmur Bersama’ yang membabitkan peruntukan RM372.3 bilion akan dipandu oleh agenda 3R – Responsif, Bertanggungjawab dan Reformis.

Yang paling penting, Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) juga akan ditambah baik, yang akan memberi manfaat kepada 8.7 penerima dengan peruntukan RM7.8 bilion.

1. Dibawah peruntukan ini juga, beberapa kategori baharu BKM diperkenal, dimana satu isi rumah yang berpendapatan bulanan kurang RM2,500 dengan tanggungan lima anak atau lebih layak menerima bantuan RM2,500 secara one-off.

2. Pelepasan cukai hingga RM3,000 bagi bayaran yuran taska dan tadika berdaftar dilanjutkan sehingga tahun taksiran 2024.

3. Suruhanjaya Sekuriti akan perkenal program latihan khas tingkat kemahiran wanita untuk tambah bilangan wanita yang layak dilantik sebagai ahli lembaga pengarah.

4. Ibu daripada isi rumah penerima BKM yang melahirkan anak pada 2023 akan menerima bantuan tunai sekali bayar RM500 menerusi inisiatif CahayaMata Keluarga Malaysia.

5. Inisiatif Pakej Remaja Keluarga Malaysia dilanjutkan sehingga April 2023 untuk rapatkan jurang digital dalam kalangan belia.

6. Program Jualan Murah Keluarga Malaysia diteruskan di seluruh negara dengan peruntukan RM100 juta.

7. Insentif penggajian antara RM600 hingga RM750 sebulan selama tiga bulan akan dibayar kepada majikan yang mengambil OKU, Orang Asli, bekas banduan dan wanita menganggur bekerja.

8. Kadar Bantuan Awal Persekolahan dinaikkan kepada RM150, diberi kepada semua murid tanpa mengambil kira had pendapatan ibu bapa.

9. Yayasan di bawah Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) akan menaja sekurang-kurangnya 10 anak Orang Asli menyambung pelajaran di luar negara.

10. RM1.2 bilion disediakan khusus untuk OKU, Skim 1 OKU 1 Perniagaan diperkasa dengan mengecualikan bayaran fi pendaftaran dan pembaharuan lesen perniagaan di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia.

11. RM10 juta disediakan bagi pemberian baucar perjalanan kepada OKU melalui perkhidmatan e-hailing.

12. Kerajaan sedia insentif bagi menubuhkan 50 taska OKU, Kementerian Kewangan rintis Pusat Panggilan Mesra OKU.

13. Kerajaan sedia insentif hingga RM100 dalam bentuk diskaun, baucar dan rebat bagi menggalakkan Keluarga Malaysia melancong dalam negara.

14. Pelepasan cukai pendapatan hingga RM1,000 ke atas perbelanjaan pemeriksaan dan rawatan pergigian bagi diri, pasangan dan anak.

15. Program Kasih Suri Keluarga Malaysia dilanjutkan di bawah skim caruman Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso). Insentif padanan tambahan bagi suri rumah yang membuat caruman KWSP bertujuan untuk memberi perlindungan tambahan.

16. Sejumlah RM11 juta telah diperuntukkan untuk meningkatkan ujian saringan kanser payudara, mamogram, dan ujian saringan kanser serviks.

17. Untuk menguatkuasakan peranan wanita dalam dunia pekerjaan, wanita yang kembali bekerja selepas ‘cuti kerjaya’ akan diberi pelepasan cukai dari 2023 hingga 2028.

Banyak manfaat yang memberi faedah kepada wanita, keluarga dan juga Orang Kelainan Upaya (OKU). Semoga bermanfaat untuk Mama dan juga keluarga Mama! Kongsikan pada saudara-mara dan juga rakan-rakan untuk pastikan mereka dimaklumkan dengan baik.


Dapatkan info lanjut untuk kendalikan bajet Mama tahun akan datang dan tips menarik daripada pakar di SINI!