KelabMama

Cara Nak Bezakan Ikan Tongkol Hitam Dan Ikan Tongkol Putih, Tak Tertukar Dah Nanti Bila Membeli Di Pasar

ikan tongkol hitam

Kredit gambar: nekmatbiz.com.my/

Ikan tongkol merupakan ikan yang terkenal dengan masakan gulai nasi dagang dan singgang. Terutamanya di negeri-negeri di Pantai Timur, ikan tongkol adalah pilihan harian untuk masakan ikan.

Dikenali juga sebagai ikan aya, memang sedap ikan tongkol ni. Tapi yang selalu mengelirukan pembeli adalah jenis ikan tongkol ni, ikan tongkol hitam atau ikan tongkol putih?

Sebabnya, kedua-duanya kalau tengok sekilas, memang hampir sama rupanya. Tak ada beza sangat kan?

Cara Nak Bezakan Ikan Tongkol Hitam Dan Ikan Tongkol Putih

Tapi kalau tengok betul-betul, ikan tongkol hitam dan putih ni ada beberapa perbezaannya. Yang selalu mengelirukan adalah, maksud pada ikan tongkol hitam dan ikan tongkol putih tu.

Ada yang menggelarnya ikan tongkol hitam berdasarkan warna kulitnya. Ada juga yang pada warna isinya. Itu yang sebenarnya mengelirukan orang ramai dalam memilih ikan tongkol ni.

Dalam perkongsian kali ini, Mama Siti ingin kongsikan beberapa cara untuk membezakan ikan tongkol hitam dan ikan tongkol putih berdasarkan gelaran warna kulitnya.

Ikan Tongkol Hitam

Kredit gambar: web.facebook.com/majalahrasa

Warna kulit

Warna kulit ikan tongkol hitam adalah lebih gelap berbanding yang putih. Disebabkan itulah ia digelar ikan tongkol hitam.

Panjang sirip

Sirip ikan tongkol hitam adalah lebih panjang. Biasanya orang memang bezakan dengan tengok panjang siripnya lah. Kalau panjang, itulah ikan tongkol hitam.

Jalur di badan

Pada badan ikan tongkol hitam, tiada jalur ya. Yang ada hanya bintik-bintik hitam halus gitu.

Rasa isi

Isi ikan tongkol hitam ini dikatakan lebih sedap berbanding ikan tongkol putih. Rasanya lebih lembut dan sedap.

Harga

Kalau ada 2 jenis ikan tongkol, salah satunya lebih mahal, itu biasanya ikan tongkol hitam lah tu. Biasalah, kalau sedap dan menjadi pilihan ramai, mesti harganya lebih mahal kan?

Ikan Tongkol Putih

Kredit gambar: web.facebook.com/majalahrasa

Warna kulit

Warna kulit ikan tongkol putih pula lebih cerah. Kalau tengok betul-betul, memang boleh nampak bezanya. Jadi ia digelar sebagai ikan tongkol putih, pada warna kulitnya tu.

Panjang sirip

Kalau ikan tongkol putih pula, siripnya agak pendek tau. Boleh cuba bandingkan ya.

Jalur di badan

Haa.. ini perbezaan ketara pada ikan tongkol putih. Di badan ikan tongkol putih, ada jalur yang bercorak gitu. Ini kalau ada jalur ni, memang ikan tongkol putih lah jawabnya.

Rasa isi

Bila dimasak, isi ikan tongkol putih ini lebih liat dan keras. Rasanya kurang sedaplah berbanding ikan tongkol hitam.

Tapi untuk masakan yang lama seperti nak menggulai dan tak nak isi ikan cepat hancur ke, sesuai juga guna ikan tongkol putih ni.

Harga

Di pasaran, harga ikan tongkol putih biasanya murah sedikit berbanding yang hitam. Kadang-kadang tu, banyak je pasar yang tidak letak perbezaan pada harganya.

Tips Mudah Untuk Bezakan Ikan Tongkol Hitam Dan Ikan Tongkol Putih

Biasanya untuk orang tua-tua, mereka bezakan kedua-duanya hanya dengan melihat siripnya sahaja. Yang mana lebih panjang, itulah ikan tongkol hitam; yang lebih sedap dan lembut isinya.

Khasiat Ikan Tongkol Hitam

Kredit gambar: groceries2u.net/

Ikan tongkol hitam menjadi pilihan orang kita bukan sahaja kerana rasa isinya yang sedap, tetapi kerana khasiatnya yang pelbagai juga.

Antaranya adalah:

Banyak lagi khasiat ikan tongkol hitam yang bagus untuk kesihatan kita secara menyeluruhnya. Harganya di pasaran juga tidaklah mahal sangat, agak berpatutan juga.

Nanti dah ke pasar, bolehlah cuba pilih ikan tongkol hitam berdasarkan ciri-ciri yang telah Mama Siti kongsikan di atas ya? Jom belajar cara bezakan daun sup dan daun ketumbar?