KelabMama

IBU MENYUSU BAYI, MASIH TETAP BOLEH HAMIL. HATI-HATI JIKA ANDA BELUM BERSEDIA.

Ramai wanita beranggapan menyusukan bayi secara eksklusif boleh membina perlindungan semula jadi terhadap risiko hamil. Dalam erti kata paling mudah, ramai menyangka penyusuan bayi ialah kaedah merancang terbaik untuk menjarakkan kehamilan. Justeru, kenapa ada wanita yang masih dikejutkan dengan berita kehamilan pada usia bayi baru mencecah enam bulan? Berapa ramai pula yang mengandung tanpa sedar dalam tempoh dua tahun menyusukan si kecil? Begitu juga halnya dengan wanita yang merancang untuk hamil, tetapi terikat dengan komitmen penyusuan. Ketika ini, pelbagai mitos mengenai kesuburan dan penyusuan boleh mempengaruhi pemikiran. Tambahan pula melihat kemampuan wanita lain untuk hamil walaupun dalam tempoh penyusuan, tentunya terdetik pelbagai persoalan mengenai tahap kesuburan diri sendiri.

KURANG SUBUR TETAP ADA PELUANG MENGANDUNG

MENYUSU DAN MERANCANG UNTUK HAMIL

RISIKO KONTRAKSI

Mengambil kira amalan kebanyakan doktor yang menasihatkan golongan ibu supaya menghentikan penyusuan ketika hamil, ia sebenarnya bergantung kepada keadaan tubuh wanita terbabit. Ada yang kata ramai doktor tidak menggalakkan penyusuan ketika mengandung. Jika penyusuan lancar dan kandungan sihat, dia boleh teruskan rutin sehingga tempoh tertentu. Tetapi jika menjejaskan kandungan, ibu perlu berhenti menyusukan bayi. Ini kerana ketika penyusuan, rahim ibu akan mengalami kontraksi. Walaupun tidak ada kajian spesifik, doktor berpengalaman berpendapat, penyusuan ketika hamil boleh meningkatkan risiko keguguran berbanding mereka yang tidak menyusukan bayi. Kecuali jika kita menjaga pemakanan dan penyusuan dengan baik, kemudian disahkan hamil dan doktor membekalkan ubat hormon, kemungkinan besar kandungan lancar dan sihat. Namun kalau kontraksi dan pendarahan tidak mampu dikawal dengan ubat, doktor pasti akan minta ibu menghentikan penyusuan.

Sumber:  Pakar Kesuburan, Perbidanan dan Sakit Puan (O&G) Pusat Perubatan Tropicana, Dr Nurhazinat Mohamed Yunus / Harian Metro