KelabMama

Ibu Mengandung – Tips Untuk ‘First Timer’

Setiap pasangan yang dah berkahwin pasti berhajat untuk menimang cahaya mata. Bagi ibu mengandung yang disahkan mengandung buat pertama kali, tahniah Mama Siti ucapkan! Alhamdulillah sebab Allah berikan rezeki anak untuk lengkapkan hidup papa dan mama.

Sebenarnya, badan kita akan tunjukkan tanda-tanda hamil sama ada kita sedar ataupun tak. Mungkin ada yang terlepas pandang pasal hal ni. Jadi Mama Siti akan beritahu tanda-tanda normal yang ibu mengandung lalui diawal kehamilan. Take note ye!

Tanda-tanda awal mengandung

Setiap ibu mengandung akan lalui tanda-tanda kehamilan yang berbeza. Jadi, jom kita lihat apa tanda-tanda awal kehamilan yang biasa dilalui di awal kehamilan.

#1 Terlepas tarikh haid

Ini merupakan tanda utama jika mama-mama hamil. Bagi yang hamil, akan berhenti mengalami haid sehingga bersalin nanti.

#2 Spotting atau keluar darah sedikit

Mama-mama akan mengalami spotting. Spotting bermaksud tompokan darah yang sedikit sahaja. Biasanya, ramai yang terlepas pandang kerana menganggap spotting ini seperti keluarnya darah haid.

#3 Kekejangan di bahagian abdomen

Terjadinya kekejangan di bahagian abdomen kerana penempelan embryo sedang berlaku di rahim.

#4 Mood berubah dengan mendadak

Mama-mama akan mengalami mood swing kerana berlakunya perubahan hormon yang mendadak. Jadi, bila mama-mama mengalami perubahan mood. It’s ok, itu memang normal.

#5 Perubahan selera makan

Mungkin mama-mama akan menjadi semakin berselera untuk makan atau kurangnya selera makan. Ketika di peringkat awal kehamilan, sesetengah wanita akan mengalami muntah dan hilangnya selera makan. Bagi 1 per 3 wanita hamil pula tak akan mengalami alahan.

#6 Cepat letih

Apabila hamil, badan mengalami perubahan hormon. Perubahan hormon yang mendadak itulah menyebabkan kita cepat letih. Mama-mama akan banyak tidur dan berehat untuk menghilangkan letih tersebut.

#7 Kerap ke tandas

Normal bagi seorang wanita hamil ke tandas. Jadi, semakin kerap para mama ke tandas mungkin mama-mama sedang hamil.

#8 Badan rasa panas

Suhu badan yang panas juga merupakan tanda yang kita mengandung. Sebab itulah kita digalakkan untuk catat suhu badan kerana suhu badan yang panas menunjukkan ovulasi berlaku dan persenyawaan terjadi.

Pantang-larang ketika mengandung

#1 Elak pegang kucing.

Tidak dinafikan yang kucing ni sangat comel. Bila jumpa, mesti nak main dengan mereka. Ibu mengandung perlu hadkan diri dangan bermain dengan kucing terutama pengendalian najis kucing. Ini sebab kucing mempunyai parasit iaitu protozoa. Parasit ini memang tak bahaya buat mama-mama. Tapi, dia sangat bahaya buat bayi yang berada di dalam kandungan.

#2 Berendam dalam mandian air panas.

Berendam dalam air panas memang cukup selesa dan menyegarkan badan. Namun, aktiviti ini tak digalakkan buat wanita hamil. Terdapat kajian mengatakan mandi di dalam air panas terutama ketika di awal kehamilan boleh sebabkan kecacatan pada bayi. Bagi mama-mama pula, mandian air panas boleh sebabkan tekanan darah jadi rendah.

#3 Cabut gigi

Bagi setiap wanita yang hamil mereka akan mengalami perubahan tubuh badan sepanjang hamil. Tak terlepas juga, mama-mama akan mengalami bengkak gusi. Jadi, doktor sarankan agar rawatan gigi yang melibatkan suntikan ke dalam darah perlu dielakkan. Begitu juga, mengambil antibiotik atau pain killer dan x-ray.

#4 Ubat jerawat

Ada sebilangan wanita hamil akan mengalami breakout ketika hamil. Jadi, bila terjadi. Mama-mama perlu kerap cuci muka dengan air bersih dan gunakan pencuci muka organik yang lebih selamat. Elakkan guna ubat jerawat yang mengandungi accutane, tetracycline, doxycycline dan minocycline. Ini sebab bahan tersebut boleh menyebabkan kecacatan serta masalah pembentukan tulang dan gigi bayi.

#5 Kafein

Pengambilan kafein dalam kuantiti yang sikit tak akan jejaskan kandungan. Tapi, kalau ambil dalam kuantiti yang banyak boleh memudaratkan kesihatan para mama dan juga bayi seperti keguguran ataupun kelahiran bayi pra-matang. Kafein bukan sahaja terdapat dalam kopi malah dalam soda, teh atau coklat.

Perubahan emosi ibu mengandung dan cara mengatasinya

Bagi wanita yang sedang hamil, perubahan emosi itu memang normal. Buat bakal papa semua, banyakkan bersabar dan jangan risau okay! Pakar dah buat kajian mengatakan yang gangguan emosi ketika hamil itu memang normal. Malah biasannya terjadi sepanjang 10 minggu awal kehamilan. Papa sabar je hadap emosi mama-mama ni sebab gangguan ni akan semakin berkurangan bila masuk trimester kedua. Gangguan emosi ini berpunca daripada keletihan di tempat kerja, komitmen di rumah, pembesaran bayi di dalam rahim dan lain-lain.

Setiap kali para isteri ini mengalami gangguan emosi, papa-papa mesti kena sentiasa ada berada di sisi isteri. Dibimbangi mama-mama akan mengalami penyakit post partum depression atau gila meroyan selepas melahirkan anak.

Tanda gangguan emosi ibu mengandung

Penyelesaian mengurus emosi ketika mengandung

Makanan yang perlu dielakkan ketika mengandung

Ibu mengandung mesti tahu yang penting untuk jaga setiap pemakanan kita. Ada sebab kenapa kita mesti berhati-hati ketika pilih makanan. Sesetengah makanan mempunyai toksik yang boleh mengakibatkan kecacatan pada tubuh badan bayi. Makanan yang mempunyai bakteria akan melemahkan sistem imun mama-mama dan kerosakkan pada janin. Ibu mengandung dinasihatkan untuk sentiasa ambil makanan yang kaya zat seperti asid folik, zat besi, vitamin C, kalsium dan vitamin A.

#1 Telur Mentah

Telur mentah sangat bahaya buat wanita hamil. Ini sebab dalam telur mentah ada bakteria salmonella. Contoh bagi makanan yang terdapat telur mentah ialah mayonise, ceasar salad, eggnod dan lain-lain lagi. Bagi membunuh bakteria tersebut, telur mestilah dimasak terlebih dahulu.

#2 Daging mentah

Daging yang masih mentah ataupun separuh masak mestilah perlu dielakkan. Ini sebab, di dalam ayam mentah terdapat parasit yang bernama tosokplasmosis ataupun E.Coli yang boleh sebabkan jangkitan yang teruk kepada bayi di dalam kandungan.

#3 Keju lembut

Keju lembut terdapat pelbagai jenis seperti keju biru, feta, brie, cottage, risotto dan lain-lain lagi. Buat pengemar keju, keju ini ada bakteria yang dipanggil Listeria. Bakteria ni mampu mengancam nyawa bukan sahaja bayi malah ibu mengandung juga.

#4 Ayam mentah

Sama seperti daging, ayam juga perlulah dimasak terlebih dulu. Ini sebab, ayam mentah juga ada bakteria salmonella.

Memang teruja bila dapat tahu diri hamil tapi banyak benda yang ibu mengandung kena ambil tahu dalam menjalani tempoh kehamilan. InsyaAllah jika kita jaga diri dan kandungan sebaik mungkin segalanya akan dipermudahkan.

Semoga bermanfaat!

Baca Juga: Amalan Ibu Mengandung Untuk Mama Amalkan

Pesan Mama Siti

Buat para mama semua, merasai kehamilan merupakan perjalanan yang sangat indah. Walaupun perit dan lelah, ia cukup membahagiakan bila si comel lahir ke dunia ini. Pastikan mama-mama semua cukup rehat, jaga pemakanan dan jangan lakukan kerja berat. Mama Siti doakan sepanjang proses kehamilan dan kelahiran ini selamat dan berjalan lancar.