KelabMama

Ibu Muda Ini Kongsi Pengalaman & Cabaran Sebagai New Mom Yang Penuh Bermakna

Kredit gambar: Athirah Nabila

Wanita melalui semua peringkat kehidupan. Bermula sebagai seorang anak, kakak, mak saudara, ibu, ibu mertua sehinggalah menjadi seorang nenek. Dan menjadi ibu kali pertama bukanlah mudah. Mereka bukan dilahirkan sebagai seorang ibu dan harapkan mereka tahu semuanya daripada A-Z. Mereka juga pertama kali menjadi ibu dan perlu belajar semuanya dari semasa ke semasa, mengikut tahap perkembangan si manja.

Mama Siti sangat bertuah kerana dapat bertemu bual dengan seorang ibu yang amazing dan baru melahirkan cahaya mata. Mama Athirah Nabila, ibu yang fresh melalui pelbagai rintagan dan mempunyai pengalaman yang eager untuk share dengan para Mama sekalian.

Jom lihat apakah pengalaman pertama kali Puan Athirah menjadi seorang ibu daripada permulaan kehamilan hingga melahirkan si comel! Ini membantu Mama dapatkan rahsia Puan Athirah untuk menjadi ibu yang terbaik bagi si manja yang sedia ada ataupun yang akan datang~

1. Boleh Mama kongsikan pengalaman ‘trying-to-conceive’ Mama

Boleh je. My first trying to conceive (TTC) journey bermula Januari 2021, masatu dah 1 tahun 6 bulan usia perkahwinan. Bukan atas desakan sesiapa, saja nak check kalau ada any problem dan boleh treat as soon as possible if any. Bermula dengan pergi ke Klinik Kesihatan (KK) nearby dekat bahagian pesakit luar dan doctor referkan ke fertility clinic nearby, Hospital Putrajaya.

Oh before that, doktor dekat KK akan tanya dulu medical history family, husband merokok ke tak, period wife regular ke tak, BMI wife normal ke tak.

Dekat Hospital Putrajaya,

  1. 1st test yang dibuat ialah ovulation test untuk saya.
  2. Ambil darah pada hari ke 2 dan hari ke 21 period untuk test hormone level. Next appointment akan jumpa doktor dekat Klinik Obstetrik & Ginekologi (O&G).
  3. Doctor inform my hormone level result normal, doctor scan tengok rahim ada ke tak & explained further apa procedure yang akan dijalankan dan treatment apa yang available.
  4. Next, kena buat Hysterosalpingography (HSG) test untuk check fallopian tube tersumbat ke tak dan akan xray. Boleh google ya cara HSG test sebab agak sheram. Alhamdulillah takde blockage dekat my fallopian tube.
  5. Next, semen analysis untuk husband. Ambil sampel air mani untuk tengok ada kecatatan dekat sperm ke tak.
  6. Next, doctor buat pap smear and scan untuk check saiz ovum (lupa nama test ni).
  7. Last sekali, jumpa doktor pakar (August 2021) untuk bincang all the results and treatment yang sesuai.

Alhamdulillah result kami semua normal, so jadi unexplained infertility.

Doctor suggest untuk buat Intrauterine Insemination (IUI) tapi doctor plan nak buat pada November 2021 sebab masa tu kes Covid tengah mencanak so bahaya untuk pregnant masa tu. So my next appointment should be on Nov 2021, doctor nak bagi ubat hormone.

Oh by the way, sepanjang buat semua tests dari Februari hingga Ogos 2021, bayar RM5 je masa pendaftaran dan IUI dekat Hosp Putrajaya FREE untuk 3 cycles. Doctor takde prescribe any ubat pun sebab plan nak buat IUI on Nov kan tapi..

….Allah is The Best Planner, I got pregnant (naturally) in September 2021 Alhamdulillah. Dia bagi pada waktu yang sangat tepat, pada ketika kami mampu dan kami inginkan.

2. Setakat ini, bagaimana perjalanan berpantang Mama? Adakah Mama berpantang traditional atau ada berpantang secara tersendiri?

Alhamdulillah saya dah habis pantang 44 hari pada 4 Julai 2022, yayy.

Saya ada guna servis confinement lady (CL) untuk 7 hari. That was the best thing during my pantang haha. So korang instead of kumpul duit nak bersalin dekat private hospital, boleh lah kumpul duit untuk book CL tau.

Macam orang selalu cakap, waktu pantang lah waktu paling genting and that’s trueeee!

Kita really really need help from husband & family members during pantang. Setiap hari belajar benda baru masa pantang, yelah first time mom kan. Saya berpantang dekat rumah Ma, Ma sangat menjaga dari segi pemakanan dan tungku dan pakai stoking selalu yaaa! Haha, yang lain-lain takde lah strict sangat.

Muhammad Athif, cahaya mata pertama Puan Athirah Nabila

3. Menjadi ibu pertama kali semestinya mempunyai cabaran mereka tersendiri. Bolehkah Mama cerita serba-sedikit tentang perjalanan Mama sebagai ibu baru?

As I mentioned earlier, setiap hari belajar benda baru bila jadi ibu ni. Sangat mencabar ya nak jaga a small fragile human being, lagi-lagi masa dalam pantang. Nak cuba fahami tangisan baby, nak breastfeed haa semua mencabar. Bagi saya, yang paling mencabar bab breastfeed sebab my baby tak reti nak latch sebab 5 hari pertama sejak dia lahir, dia kena warded sebab Congenital Pneumonia.

Sepanjang di sana saya ada pergi menyusu dan hantar EBM tapi most of the time nurse feed dia guna feeding cup. So bila balik rumah, dia tak nak direct BF maybe sebab flow tak selaju macam guna cup. Berkali-kali cuba pujuk tapi dia reject juga breast Mommy haha.

….Minta bantuan Ma, minta bantuan CL pun sama je baby tak nak latch, dia menangis bila disuakan breast. Sebab tak nak diri stress (dah banyak kali nangis sebenarnya hehe) & tak nak paksa baby, so terpaksa guna botol…

Mula-mula rasa failed as a mother sebab tak berjaya bagi direct BF tapi saya okay selagi baby minum susu saya dan dia kenyang & happy.

4. Persiapan apakah yang Mama lakukan untuk bersedia menyusukan anak?

Saya ada joined online breastfeeding class sebelum bersalin. Ada tengok video dekat Youtube juga. CL juga buat urutan dan tungku dekat breast untuk elakkan bengkak susu. Kalau dari segi barang persiapan, saya ada beli barangan ini sebelum bersalin:

5. Menjadi ibu pertama kali bukanlah senang, dan cik suami juga menjadi ayah pertama kali. Bagaimana suami membantu Mama untuk menyusukan, menyiapkan anak dan sebagainya? 

Kredit gambar: Athirah Nabila

Yessss, penting sangat sebenarnya bantuan & support dari husband semasa berpantang sebab masa tu kita dalam proses healing dan perlu jaga baby dalam masa yang sama.

Alhamdulillah husband saya sangat-sangat membantu. Dia bangun malam sama-sama bila baby nak menyusu, dia mandikan baby sama-sama, dia tukarkan pampers baby, dodoikan baby. CL pun puji husband banyak membantu jaga baby.

6. Bolehkah Mama cerita serba sedikit tentang ‘latching experience’ Mama, ketika pertama kali menyusukan anak?

Seperti yang saya ceritakan tadi, anak saya tak reti nak latch dengan sempurna.

  1. Semasa pertama kali cuba latch masa tu dekat hospital, dia boleh masukkan nipple ke dalam mulut tapi dia tak pandai untuk cuba hisap.
  2. Beberapa kali saya cuba tapi akhirnya baby nangis. Bila balik ke rumah, ada cuba beberapa kali juga tapi paling lama dia nak BF pun 5 minit je.
  3. Akhirnya dia lagi sukakan botol.

Tapi saya ada plan untuk berjumpa lactation counselor dalam masa terdekat inshaAllah sebab nak teruskan exclusive breastfeeding anak inshaAllah. 

7. Apakah nasihat utama buat mak-mak lain di sana yang sedang menyusu – sama ada mereka sedang struggle mahupun yang sudah berjaya?

Yang dah berjaya, tahniah Alhamdulillah. Saya happy sangat tengok mak-mak yang berjaya BF anak hingga 2 tahun. Doakan saya juga ya!

Yang masih struggle macam saya, kita jangan give up inshaAllah.

We are still a mother, kita nak yang terbaik untuk anak kita walau cara apa pun sekali yang penting anak kita kenyang dan happy, direct feed ke EP mom ke dah campur formula milk ke. You do you.

Kredit gambar: Athirah Nabila

8. Apakah 3 perkara yang Mama harap Mama tahu atau diberitahu sebelum menjadi seorang ibu?

Pertama, invest untuk beli handsfree breastpump yang okay untuk kesenangan hidup.

  1. Sebab jimat masa ya guna handsfree, boleh buat kerja lain sambil pump.
  2. Kedua, cari ilmu breastfeed sebanyak mungkin sebelum bersalin supaya boleh expect apa akan berlaku dan masalah yang boleh timbul.
  3. Ketiga, beli cotton ball & milk storage bag banyak-banyak sebab banyak sangat guna both!

Oh lagi satu, ni yang saya baru je tahu, botol susu paling bagus ialah yang diperbuat daripada material PPSU – contohnya Pigeon yang warna cloudy/kekuningan tu sebab boleh tahan hingga 180 darjah celcius dan boleh tukar setahun sekali berbanding botol lain perlu tukar 6 bulan sekali. 


Semoga dengan perkongsian dan pengalaman Puan Athirah Nabila ini menjadi panduan dan membantu ibu-ibu baru di luar sana.