KelabMama

Ibu Kongsi Detik Cemas Terbersalin Dalam Kereta

Siapa yang mengikuti salah seorang ‘mom influencer’, Hajar Lee pasti dah tahu posting terbarunya kan? Kelmarin dia telah berkongsi detik cemasnya terbersalin dalam kereta sebelum sempat dia sampai ke hospital. Mama Siti sendiri tak tahu nak rasa macam mana bila baca post Hajar Lee masa tu. Memang bayi ajaib betul! Tahniah daripada Kelabmama!

Dalam pada saat cemas yang dilaluinya, Mama Siti pasti Hajar Lee sendiri teruja nak berkongsi kisah kelahiran anaknya kali ni. Bukan calang-calang ya yang sambut bayi, suaminya sendiri yang menjadi ‘bidan terjun’ menyambut kelahiran si bayi ajaib. Allahuakbar!

Rasa macam mimpi

Atas nama Allah;
Tuhan Semesta Alam yang Maha Pengasih dan Penyayang,

BABY MYVI! ???
Macam mimpi rasanya. Pukul 6pagi tadi rasa sakit tapi ingatkan belum nak beranak lagi. Slow2 siapkan apa yang patut, kejutkan semua kanak2 ajaib, hantar mereka pergi rumah nenek dan kami gerak ke hospital.

Terbersalin dalam kereta

Tiba2 rasa macam sakit sangat dah, suruh @azrulsham berhenti tepi sebab macam dah rasa kepala keluar, hmmmmm tak sempat berhenti, tadaaaaa ????
Tepi KFC gais ???

Suami jadi bidan terjun

Kecoh pagi ni LR Sg.Buloh dah jadi kes polis beranak dalam kereta ?
.
Apapun syukur Alhamdullilah, baby dan mummy selamat, dengan bantuan bidan terjun bapanya sendiri. Kita berjaya @azrulsham ?
.
Kalau lambat sikit memang kanak2 ajaib pun dapat tengok .
.
9.06am
3.06kg
9 Ogos 2020
Dalam kereta.

Selain posting dari Hajar Lee, suaminya turut berkongsi detik istimewa itu di laman instagramnya.

Alhamdulillah bersalin mudah

b….saya dah start sakit sangat ni….cepat sikit
.
mummy tenang2 ok….jap lagi nak sampai dah….saya tengah pecut ni
.
rasa sakit b….awak tolong betulkan kaki saya kejap….bagi selesa sikit
.
ok2….tahan okay, sikit lagi sampai hospital
.
.
.
(sedang aku memandu laju, sambil jeling tepi)
eh eh!! kepala dia dah keluar la mummy!!
.
(tak sempat 5 saat lepas tu, terus keluar seluruh badannya dan aku sambut dengan tangan kiri….sebab sebelah lagi kena pegang steering)
.
awak sambut baby cepat dan letak atas perut dulu
.
sorry b, saya dah tak tahan sangat….terus teran je tadi
.
eh takpe, tenang2 ok…..puji tuhan, alhamdulillah mudah sgt ni awak bersalin
(sambil baby menangis kejap2 atas perut mummy)
.
.
9.06 pagi tadi….segala puji bagi Rabb Semesta Alam….BAYI KAMI TELAH SELAMAT DILAHIRKAN DI DALAM PERODUA MYVI ketika memecut ke hospital…..atas rencanaNya juga, aku jadi bidan terjun menyambut cahaya mata ke-4 tadi ??? serius masih rasa mcm dalam mimpi tapi tetap terima semua ini sebagai pengalaman manis, rasa syukur dan gembira
.
@hajarlee dan bayi dalam keadaan normal dan stabil di hospital sekarang
.
.
.
Yol
daddy + bidan
9.06am
9.8.2020
jalan di hadapan kfc, subang 2

Followers yang terkejut dan teruja

Posting yang sudah menjangkau hampir 5k likes itu rata-rata membuatkan followers serta teman-temannya terkejut dan teruja dengan kelahiran bayi ajaib itu. Tak ketinggalan juga yang mendoakan kesejahteraan serta kebaikan untuk kedua-duanya.

Tak siapa sangka akan melahirkan dalam kereta kan? Suami pula tu yang jadi bidan terjun. Rezeki Hajar Lee juga tu mudah melahirkan Alhamdulillah. Pastinya ini kenangan yang takkan pernah dilupakan oleh Hajar Lee dan suaminya. Begitu juga dengan mama papa yang pernah mengalami situasi yang sama. Syukur semuanya selamat dan Mama Siti salutelah dengan suami Hajar Lee ni. Steady!

Sumber : Hajar Lee & azrulsham

BACA JUGA DOA MUDAH BERSALIN UNTUK MAMA AMALKAN

Pesan Mama Siti

Itulah yang dikatakan ‘Kita hanya mampu merancang, DIA yang menentukan’. Tak siapa sangka akan melahirkan dalam keadaan macam tu kan? Dalam kereta dan disambut oleh si suami pula tu. Satu kenangan yang takkan dapat dilupakan sampai bila-bila. Apa-apa pun syukur Alhamdulillah si ibu dan anak selamat semuanya. Selamat berpantang Hajar!