KelabMama

“Terima Kasih Mendoakan Keselamatan Saya Dan Baby” – Ibu Kerdil Selamat Melahirkan Seorang Bayi Lelaki

Kredit gambar: Instagram @buyaaaa

Perasaan seorang ibu bercampur baur apabila dekat dengan tarikh due date. Selamat ke baby nak lahir ni? Cara mana lebih elok untuk lahirkan baby ni? Czer ataupun normal? Macam-macam persoalan dan para ibu hanya yang terbaik untuk kesihatan mereka dan si manja.

Kredit gambar: Instagram @buyaaaa

Sudah terkenal kerana menjadi pengantin kerdil oleh netizen, Puan Syakila Norazma Amira atau lebih dikenali sebagai Yaya selamat melahirkan anak lelakinya (2.35kg).

Yaya dahulu viral pada permulaan perkhawinannya kerana dia bersaiz kecil. Dengan ketinggian 118cm dan berat 20kg sahaja. Banyak video di TikTok-nya menjadi viral kerana keistimewaannya dan tontonan Yaya mencecah sehingga 30 juta penonton! Wow!

Walau bagaimanapun, terdapat beberapa komen daripada ramai orang mempertikaikan saat-saat hamilnya yang belum bermula lagi.

Lambat laun, Yaya juga berkongsi di sosial media, Instagram dan TikTok nya tentang progress kehamilannya yang ditunggu-tunggu oleh orang ramai.

“Kenapa Perlu Czer?”

Waktu permulaan perkahwinan ramai orang menunjukkan rasa risau bagaimana Yaya akan menjalani proses kelahiran. Netizen ramai mempertikaikan kelahiran anaknya.

“Bila saya kata saya akan czer, orang persoalkan pula ‘kenapa perlu czer”

Puan Syakila Norazma Amira 

Yaya mengatakan dia hanya mengambil kata-kata positif dan berterima kasih buat mereka yang mendoakan keselamatannya dan juga bayi. “Saya sendiri tak mampu nak beranak normal dengan keadaan fizikal saya macam ini” ujarnya lagi.

Permulaan Jodoh Istimewa

Kredit gambar: Instagram @buyaaaa

Berasal dari Hulu Terengganu, Terengganu dan Machang, kedua pasangan ini selamat diijab kabulkan pada 18 Mac 2021. Kemudian, 3 bulan selepas berkahwin, mereka disahkan hamil.

“Alhamdulillah syukur dengan rezeki yang Allah bagi. Baby dah 11 weeks dah. Doakan Yaya dengan baby sihat dan dijauhkan dari wabak Covid-19″

Ujar Puan Syakila Norazma Amira semasa permulaan kehamilan.

Tarikh dijangka bersalin adalah pada 25 Febuari 2022 tetapi kerana badan yang kecil dan bayi juga sudah melepas berat 2kg, Doktor menasihatkan untuk bersalin awal kerana risiko pada bayi.

Badannya juga tidak mampu tampung lagi dan mereka bersiap-sedia serta mulakan proses kelahiran anaknya. Yaya kini sudah melahirkan seorang anak lelaki bernama Muhammad Ayden Adrian. Alhamdulillah, syukur Mama Siti ucapkan.

Kredit gambar: Instagram @buyaaaa

“Alhamdulillah, Allah telah permudahkan saya beranak. Saya masuk operation theater pukul 1 tengah hari, bersalin pada pukul 1.47 tengah hari dan boleh keluar pada 2 jam petang”.

Puan Syakila Norazma Amira 

Syukur Buat Mama Baru!

Alhamdulillah! Mama Siti turut berasa teruja dan bersyukur dengan perjalanan Yaya selamat melahirkan anaknya dengan jaya. Semestinya, perjalanan seorang ibu melahirkan anak adalah sangat menakutkan dan juga satu pergorbanan yang hebat daripada para Mama.

Buat Mama yang bakal menyambut kelahiran yang baru, Mama Siti sentiasa doakan semua akan berjalan lancar, amin! Tentunya pergorbanan melahirkan seorang anak adalah sangat perit tetapi ganjarannya berkali ganda.