KelabMama

Hospital Wanita dan Kanak-kanak Kuala Lumpur

Semua orang mesti familiar dengan nama Hospital Bersalin Kuala Lumpur kan? Bagi yang masih belum tahu, Hospital Wanita dan kanak-kanak yang telah bertapak selama lebih lima dekad itu telah dihentikan operasinya pada September 2019 yang lalu. 

Sebagai ganti, kerajaan telah membuka satu hospital khas bagi menggantikan Hospital Bersalin itu dengan Hospital Wanita dan Kanak-Kanak (WACH).

Wajah Baru Hospital Wanita dan Kanak-kanak Kuala Lumpur

Dibina di dalam kawasan Hospital Kuala Lumpur, hospital ini kini memberi nafas baru kepada HKL dengan kelengkapan yang lebih selesa dan maju.

Pelbagai kemudahan yang jauh lebih maju

Mula beroperasi pada hujung tahun 2018, hospital ini bukan sahaja kemudahan kepada ibu bersalin namun kepada kanak-kanak kerana hospital ini dilengkapi dengan kawasan permainan khusus untuk golongan si comel ini. Selain mempunyai hampir seribu katil buat ibu bersalin, kemudahan dewan bedah dan struktur binaan bangunan itu juga begitu “wow”. 

“Kemudahan di hospital ini sangat mesra bapa”

kata Dr Roniyuzam, pengarah hospital ini

Ruang menunggu yang selesa dan cantik untuk para suami sewaktu menanti kelahiran cahaya mata mereka. 

Di samping itu, hospital ini juga sudah menerima kelahiran 17 bayi seawal hari pertama tahun 2020. Selain menyambut kelahiran bayi dengan kelengkapan yang hebat, Hospital Wanita dan Kanak-Kanak ini juga menyediakan perkhidmatan khusus kepada kanak-kanak. Contohnya pusat pembangunan kanak-kanak dan klinik pakar pediatrik.

Menurut satu keratan akhbar tempatan, caj minimum yang dikenakan kepada ibu bersalin adalah serendah RM10 sahaja. Murahkan? Kalau dekat luar negara mesti dah beribu kosnya. Dengan caj yang rendah, mama dapat menikmati keistimewaan bangunan setinggi 12 tingkat ini.

Bagi sebarang pertanyaan atau rawatan, bolehlah hubungi pihak hospital melalui maklumat di bawah:

Hospital Kuala Lumpur, 50586 Jalan Pahang, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Sumber: Hospital Kuala Lumpur, Berita Harian

BACA LAGI:
Apakah kebaikan & risiko bersalin normal VS C-Section?
Sertai Kelas Antenatal 2020 Selangor yang dianjurkan oleh Motherhood.

Pesan Mama Siti

Kepada bakal ibu dan bapa, rancanglah awal-awal dan pilihlah hospital yang berdekatan bagi mengelakkan komplikasi semasa proses kelahiran. Bagi yang menetap di Kuala Lumpur, anda boleh memilih Hospital Wanita dan Kanak-Kanak ini untuk mendapatkan perkhidmatan yang setanding hospital swasta lain.