Di tengah-tengah kawasan pembangunan yang pesat di Pulau Pinang, terletaknya sebuah perubahan besar dalam landskap penjagaan kesihatan komuniti.
Hospital Columbia Asia – Batu Kawan bakal membuka pintunya bermula 8 Julai 2025, menandakan era baharu bagi perkhidmatan perubatan yang mudah diakses di utara Malaysia.
Langkah ini adalah tindak balas strategik terhadap pertumbuhan pesat Batu Kawan dan kawasan sekitarnya.
Tiada hospital swasta lain dalam radius 10 km dan Hospital Columbia Asia – Batu Kawan mengisi kekosongan itu dengan menyediakan rawatan penting untuk keluarga, golongan profesional dan sektor industri berdekatan.
Sebuah Visi yang Terserlah pada Setiap Binaan
Hospital Columbia Asia – Batu Kawan terletak di tengah-tengah Bandar Cassia, sebuah kawasan bandar yang rancak dikelilingi kediaman, perniagaan serta mercu tanda utama seperti IKEA dan Taman Perindustrian Batu Kawan (BKIP).
Lokasinya yang strategik membolehkan ribuan pekerja, penduduk dan pemilik perniagaan mendapatkan penjagaan kesihatan dalam hanya beberapa minit.
Hospital ini meliputi keluasan 431,000 kaki persegi dan merangkumi enam tingkat bangunan.
Ia turut dilengkapi struktur tempat letak kereta bertingkat lapan tingkat, menjadikan lawatan ke hospital lebih lancar dan mudah sejak dari awal.
Fasiliti ini akan dilancarkan dengan 34 katil pada Fasa 1, namun direka untuk berkembang sehingga 200 katil sejajar dengan keperluan komuniti yang semakin meningkat.
Lebih Daripada Sekadar Rawatan Klinik – Komitmen Menyeluruh untuk Kesejahteraan Keluarga
Hospital Columbia Asia – Batu Kawan dibina untuk memenuhi pelbagai keperluan penjagaan kesihatan, daripada pemeriksaan rutin sehinggalah kepada prosedur rawatan yang diperlukan para pesakit.
Yang menarik lagi, hospital ini turut menempatkan Pusat Pembedahan dan Rawatan Harian moden, lengkap untuk prosedur pembedahan harian dan endoskopi.
Hospital ini juga turut aktif melibatkan diri dengan komuniti melalui program kesihatan, bengkel kesedaran, serta kerjasama dengan sekolah dan organisasi tempatan.
Bagi memastikan keselamatan dan ketenangan minda anda sekeluarga, hospital ini juga sentiasa mematuhi piawaian Kementerian Kesihatan Malaysia melalui pemeriksaan dalaman dan latihan berkala.
Kerana bagi Hospital Columbia Asia – Batu Kawan, penjagaan kesihatan bukan sekadar merawat – ia tentang menjaga, mendidik dan melindungi yang tersayang.
Keselesaan Penjagaan, Mengikut Keperluan Mama
Di Hospital Columbia Asia – Batu Kawan juga, Mama boleh memilih pelbagai jenis bilik yang sesuai dengan keperluan dan bajet Mama.
Setiap bilik direka dengan gabungan keselesaan dan kemampuan, agar Mama boleh memberi tumpuan sepenuhnya kepada proses pemulihan.
Hospital ini turut menawarkan pelbagai perkhidmatan sokongan yang lengkap.
Mama juga boleh
Antaranya termasuk fisioterapi, konsultasi diet, saringan kesihatan dan ujian makmal klinikal.
Sama ada Mama sedang pulih atau sekadar memantau tahap kesihatan, pasukan Columbia Asia akan bersama Mama di setiap langkah perjalanan.
Hospital Kejiranan yang Sedia Menyambut Masa Depan
Hospital Columbia Asia – Batu Kawan bukan sekadar sebuah bangunan baharu.
Ia adalah satu janji untuk berkembang bersama komuniti dan memastikan penjagaan kesihatan sentiasa mudah dicapai seiring dengan pembangunan Batu Kawan.
Dengan visi negeri untuk meningkatkan populasi Batu Kawan kepada 250,000 menjelang tahun 2030, serta pertumbuhan pesat komuniti berdekatan seperti Juru, Simpang Ampat dan Parit Buntar, pembukaan hospital ini sememangnya tepat pada masanya.
Columbia Asia tampil menyambut momentum ini dengan kesiapsiagaan, penuh belas ihsan dan pendekatan yang berpandangan jauh ke hadapan.
Untuk maklumat lanjut, layari laman web rasmi Columbia Asia. Mama juga boleh mengikuti mereka di laman Facebook, di SINI.
Artikel ini diolah daripada versi Bahasa Inggeris di Motherhood Story.
Nak tahu lebih banyak info menarik untuk Mama sekeluarga? Klik di SINI.