KelabMama

Yee Sang 101: Ini Kenapa Hidangan Yee Sang WAJIB Ada Setiap Kali Sambutan Tahun Baru Cina

Mama kalau pergi makan malam Tahun Baru Cina ni mesti ada hidangan Yee Sang ni kan? Kalau tak ada, mesti tak complete perayaan ni!

Nama lain Yee Sang sebenarnya Yu Sheng atau Lou Sang. Yang menariknya, ia hanya diamalkan semasa perayaan Tahun Baru Cina di Malaysia dan Singapura sahaja dan tidak pernah didengari di negara berpenduduk Cina yang lain. Menarik bukan?

Sejarahnya bermula apabila,

Pendatang Cina membawa makanan kesukaan mereka seperti ikan dan salad ikan mentah bersama mereka ke Malaysia dan Singapura pada awal abad ke-20. Kira-kira 50 tahun yang lalu, chef-chef pun menyeragamkan salad ikan mentah mereka sendiri untuk meraikan Tahun Baru Cina.

Menjelang 1970-an, masyarakat Kantonis telah mempopularkan tradisi ini dan telah menjadi sebahagian daripada perayaan Tahun Baru Cina di Malaysia dan juga Singapura.

Kenapa HIdangan Yee Sang WAJIB Ada?

Kalau Mama nak tahu, Yee Sang ni sebenarnya bermula sebagai makanan orang yang kurang berkemampuan. Orang Cina lebih suka dengan sayur-sayuran yang mudah dapat dari kebun sendiri, seperti daun bawang, lobak merah, lobak dan timun.

Sayur-sayuran ni dicincang dan disalut dengan sos plum manis, minyak sayuran, garam dan lada untuk bagi dia rasa umph!

Untuk menambah sedikit ‘yu’ (kurniaan atau kemakmuran), mereka menambah ikan (juga dipanggil ‘yu’) seperti salmon atau beberapa makanan laut lain dalam Yee Sang ni. Ikan mentah, atau ‘sang’ dalam bahasa Cina, sebab ‘sang’ juga bermaksud membesar dan makmur.

Sayur-sayuran yang ada dalam hidangan Yee Sang juga mempunyai maksud tersendiri tau! Bukan pilih sesuka hati je. Tujuh sayur ni memang wajib ada dalam pinggan Yee Sang. Jom kita tengok sama-sama.

7 Jenis Sayur Dalam Yee Sang dan Maksud Setiap Satu

Kredit gambar: caregiver asia

Daun bawang

Daun bawang ataupun ‘qiu tao’ juga bunyi seperti istilah Cina untuk ‘idea’. Oleh itu, ia dimakan dengan harapan seseorang itu akan mendapat lebih banyak idea untuk berkembang dan maju sama ada dalam perniagaan, perhubungan atau kehidupan.

Timun

Timun (ja kua) berkongsi sebutan yang sama dengan perkataan untuk ‘pulangan’. Ia melambangkan seseorang mendapat banyak pulangan gembira dalam semua usaha kita.

Betik

Betik atau ‘mog kua’, juga bunyi seperti perkataan lain. Ia bermaksud pulangan terbaik. Makanlah dan Mama bukan sahaja akan mendapat pulangan terbaik dalam semua usaha Mama, Mama juga akan menjadi yang terbaik.

Halia putih + Halia merah

Halia ni wajib ada dalam masakan Cina tau! Ia bertujuan untuk penyembuhan dan bersifat anti-bakteria.

Sebab Yee Sang kan ada ikan mentah dan sayur mentah, halia dapat membunuh bakteria dan menyegarkan lelangit kita dan tambahkan warna menarik untuk menyerlahkan hidangan Yee Sang tersebut.

Lobak merah

Dengan warna oren terang yang menyerupai emas, lobak merah melambangkan pergunungan harta karun yang diharapkan ada dalam rumah tangga seseorang.

Lobak putih

Untuk nampak penuh salad tu, lobak putih membentuk bahagian terbesar Yee Sang kerana ia adalah salah satu sayuran akar yang paling murah dan paling mudah dapat. Selain itu, turnip juga merupakan alternatif yang popular.

Keropok pok chui

Di atas sayur-sayuran tu pula, keropok ditaburkan di atas sebelum diangkat tinggi. Keropok ini adalah simbolik jongkong emas dan tael dari zaman dahulu, berkat warna coklat keemasannya.

Taburan keropok tu ibarat emas tumpah ke seluruh tanah supaya Mama akan sentiasa mempunyai duit di rumah Mama.

Kacang tanah dan bijan

Kacang tanah akan dicincang bukan sahaja menambah rangup dan rasa pedas pada Yee Sang, malah ia juga sebagai simbolik dikurniakan ramai anak dan generasi masa depan yang sihat. Dipercayai bahawa kacang tanah dan bijan ini juga agar keturunan dijaga dan berkembang jauh seperti akar kacang.

Sos plum manis

Yee Sang mestilah kena manis kan? Kemanisan adalah harus supaya sepanjang tahun Mama akan penuh dengan momen-momen manis sahaja. Sos yang paling popular ialah sos plum ataupun boleh pakai sos walnut manis.

Minyak sayuran

Minyak sayuran ni bukan sebarang minyak tau! Minyak ni mewakili emas cair yang mencurah ke atas hidup dan urusan Mama.

Lada dan 5 serbuk rempah

Semua ni ditabur untuk menjemput lebih banyak kekayaan. Lima rempah ni juga mewakili lima cabang kebahagiaan yang dipercayai oleh orang Cina – kebaikan, kekayaan, kesihatan, keluarga dan pengakhiran yang bahagia tidak kira ke mana Mama pergi.

Limau nipis

Mama pernah dengar ‘tai kat tai lei’? Ia adalah simbol mendapat tuah yang tidak putus-putus. ‘Kat zhai’ bermaksud percikan jus limau nipis pada ikan mentah dalam bahasa cina.

Lagi Tinggi, Lagi Bagus!

Upacara gaul Yee Sang adalah bermula dengan berdiri di meja dan gaul bahan-bahan yang dicincang tinggi-tinggi dengan chopstick sambil mengucapkan pelbagai kehendak Mama dengan kuat, ataupun Mama boleh cakap “loh hey, loh hey”.

Ini adalah kepercayaan bahawa lambungan tinggi mencerminkan pertumbuhan dalam kekayaan tau! Sebab tulah, lagi tinggi, lagi bagus!

Menarik kan fakta tentang Yee Sang ni? Sekarang Mama boleh lah tunjuk pandai depan kawan-kawan Mama~

Selamat Tahun Baru Cina buat Mama dan sekeluarga!


Mama taktahu nak pakai apa sempena Tahun Baru Cina ni? Klik di SINI untuk dapatkan inspirasi!