KelabMama

Hidangan Anda Pasti Lebih Sedap & Menyelerakan Dengan Bahan-Bahan Ini

Mungkin ramai yang berfikir bahawa tahun 2020 (setakat ini) merupakan tahun yang penuh dengan pelbagai dugaan dan cabaran di seluruh dunia. Sementara orang lain berpusu-pusu mendapatkan kertas tisu dan ‘hand-sanitizer’, mesti Mama juga tertanya-tanya adakah barangan seperti itu sangat diperlukan ketika kita semua hanya akan berada di dalam rumah, dan sangat terhad untuk keluar? Jawapannya adalah tidak. Lebih baik untuk Mama sekeluarga mendapatkan dan menyimpan beberapa tin krimer sejat dan krimer manis. 

Apabila berlakunya kecemasan, ramai orang berpusu-pusu untuk membeli barangan secara banyak sebagai stok di rumah seperti makanan dalam tin dengan jangka hayat yang panjang (bukan kertas tisu ye Mama). Sekiranya Mama bercadang untuk masak sesuatu yang lebih lazat sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini, Mama boleh cuba masukkan krimer sejat atau krimer manis yang boleh mengubah masakan Mama daripada ‘meh’ menjadi lebih sedap sehingga menjilat jari!

1. ‘Whip Up’ Makanan Kegemaran Seisi Keluarga 

Tak boleh keluar untuk mendapatkan kari? Atau, Mama teringin sangat beberapa pemanis mulut atau ‘dessert’ yang lazat? Dengan hanya menggunakan krimer sejat atau krimer manis sebagai bahan utama, kedua-dua bahan ini boleh menambah rasa kesedapan dalam setiap masakan Mama. Tak percaya? Cubalah dulu!

Kemudian lihat bagaimana gembira dan berselera anak-anak Mama apabila mereka menjamah ‘creamy soup’, pasta Alfredo, dan kari yang dimasak dengan menggunakan krimer sejat. Lepas ni mesti anak-anak Mama tak akan ajak untuk makan diluar lagi kerana air tangan Mama mereka lebih menarik dan ‘da bom’! 

Selain itu, dengan mempunyai krimer sejat dan krimer manis di rumah juga dapat menjimatkan wang. Bayangkan, dengan hanya beberapa minit daripada masa (dan tenaga) Mama berada di dapur untuk masak untuk seisi keluarga mungkin hanya perlukan kos lebih kurang RM50, berbanding dengan hanya semangkuk pasta kanak-kanak di sebuah restoran boleh mencecah sehingga RM20! Haa, pilihan mana yang lebih baik untuk Mama?

2. Sangat menyelerakan untuk ‘Picky Eaters’.

Sebaik sahaja anak kecil Mama mula pandai memilih makanan – dan ini akan berterusan sehingga mereka keluar dari rumah ye Mama (‘true story’!). Sekiranya anak Mama sangat memilih makanan setiap hari, apa yang Mama lakukan? Dan bagaimana pula Mama menyediakan makanan dengan diet yang seimbang untuk anak yang ‘picky eaters’ ini?

JOM cuba resepi seperti dibawah: Mama boleh menggunakan Krimer Sejat OKI yang mengandungi pelbagai nutrien yang diperlukan serta menambah rasa lebih enak ke dalam setiap hidangan anda. Mama boleh buatkan sebagai bekal makanan tengah hari bersama dengan beberapa potong buah-buahan dan keropok untuk menambah selera anak Mama. 

3. Mudah dibuat bersama anak-anak. 

Sebenarnya, sangat digalakkan untuk membiarkan anak-anak membantu Mama di dapur apabila mereka sudah bersedia. Cuba lihat program Junior Master Chef – program ini menerima peserta yang berusia seawal 8 tahun; jadi agak-agak Mama sejak umur berapa para peserta cilik ini mula belajar memasak di dapur? 

Dengan krimer sejat dan krimer manis, Mama bersama anak-anak boleh masak pelbagai hidangan yang mudah, cepat, dan sedap!

Elakkan daripada berfikir tentang kekecohan dan keadaan ‘kucar-kacir’ di dapur yang boleh berlaku apabila masak bersama anak-anak. Fikirkan faedah-faedah positif yang mereka boleh dapat. Biarkan anak Mama membaca resepi, mengukur sendiri sukatan yang diperlukan, atau paling mudah, hanya menggaulkan bahan-bahan. 

Untuk anak-anak yang lebih besar, Mama boleh mengajar mereka menggunakan pisau untuk memotong sayur-sayuran atau daging. Kemudian bila dah selesai masak, ajak anak-anak untuk kemas dapur bersama-sama, sebagai satu cara untuk mengeratkan hubungan sesama ahli keluarga. 

Ini antara menu yang anak-anak Mama (pasti!) suka untuk buat bersama – dan juga makan!

4. Memperkenalkan Resepi Sihat

Untuk pengetahuan Mama, krimer sejat mengandungi pelbagai nutrisi baik yang membantu pertumbuhan tulang yang sihat seperti protein, kalsium, dan vitamin A dan D. Ia juga boleh membuatkan hidangan menjadi lebih sedap dan lazat. Oleh itu, Mama boleh menjamu ahli keluarga dengan tenang kerana hidangan yang disediakan sudah mengandungi vitamin dan mineral yang cukup. Ahli keluarga anda juga pasti tersenyum gembira menjamah setiap makanan yang telah disediakan – siap tambah lagi! 

Tidak tahu hendak mulakan dengan hidangan apa? Apa kata Mama cuba resepi Creamy Salmon dengan Tomato dan Bayam ini? Mudah, sihat, dan menyelerakan. 

5. Menu Cepat, Mudah dan Tak Perlu Bakar 

Okay, mungkin tak semua orang pandai memasak, tetapi itu tidak bermakna Mama tidak boleh menyediakan satu hidangan pemanis mulut yang lazat – sudah semestinya dengan menggunakan Krimer Manis OKI!

Resepi ini sangat mudah dan cepat, serta tak perlu dibakar, akan membuatkan Mama menjadi seorang ‘wira’ dimata anak-anak; yelah, siapa sahaja yang tak gemarkan Kek Keju Oreo bukan?! 

Jom cuba resepi Kek Keju Oreo Tanpa Bakar seperti dibawah ini – dan lihat hasilnya nanti!

6. Menu Kuih Raya

Mungkin agak awal untuk membuat perancangan untuk Hari Raya, tetapi jika Mama sudah ada tema dan warna baju Raya, tak salah bukan untuk anda plan resepi kuih raya sekali? Satu rahsia untuk anda: Dengan menggunakan mentega OKI dan Krimer Sejat OKI, biskut anda pasti lebih sedap! 

Sekiranya Mama tidak yakin (mungkin ini merupakan menu kuih raya yang pertama), Mama boleh buat mulakan dengan Biskut Butter Kelapa untuk anak anda terlebih dahulu. Dapatkan pendapat mereka kerana anak-anak kadang-kadang terlebih jujur dengan kita. 

Bahan Rahsia yang Istimewa semestinya: OKI Evaporated Creamer & OKI Sweetened Creamer

Tak kisahlah semasa kecemasan, darurat, atau pun tidak, makanan di dalam tin mempunyai  jangka hayat yang lebih panjang dan sangat sesuai untuk dijadikan stok di rumah. Anda juga boleh menyediakan pelbagai hidangan yang lazat dan ‘versatile’. 

Salah satu makanan dalam tin yang harus ada di dapur rumah Mama adalah Krimer Manis OKI: sesuai untuk menyediakan kopi, teh, dan juga untuk baking kerana teksturnya yang berkrim dan manis. 

Untuk maklumat lanjut, layari laman rasmi OKI hari ini! 

Artikel ini diolah daripada Motherhood.com.my.