KelabMama

Hidangan Diwali Sihat: Resepi Berkhasiat dan Lazat untuk Keluarga Malaysia

resepi deepavali

Khas untuk deepavali kali ni, Mama Siti akan kongsikan beberapa resepi kepada Mama untuk dihidangkan kepada keluarga. Sudah pasti Mama Siti share resepi yang berkhasiat dan sihat tau, sesuai untuk seisi keluarga.

Lagipun jarang-jarang Mama nak masak hidangan khas Diwali ini, jadi kenalah buat yang lain dari yang lain kan.

Resepi Yang Sesuai Sebagai Hidangan Sambutan Diwali

1. Vegetable Biryani

Bahan-bahan

Untuk nasi:

Untuk sayur:

Cara memasak

Untuk nasi:

  1. Mama bersihkan beras basmati dan rendam dalam air selama 30 minit.
  2. kemudian, tapis beras dan toskan.
  3. Dalam periuk besar, panaskan 4 cawan air bersama-sama dengan daun pandan, kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang, kuntum bunga cengkih, dan sedikit garam. Apabila air mendidih, Mama masukkan beras dan masak hingga separuh masak (lembut tetapi masih agak keras). Tapis dan toskan.

Untuk sayur:

  1. Panaskan minyak masak dan mentega dalam periuk besar. Tambahkan bawang besar yang dicincang. Tumis sehingga bawang menjadi lembut dan keperangan.
  2. Masukkan rempah Biryani dan serbuk kunyit. Kacau sebati sehingga rempah mengeluarkan aromanya.
  3. Masukkan sayuran campuran dan tomato. Mama tumis selama beberapa minit sehingga sayuran mula lembut.
  4. Masukkan yoghurt dan garam. Campurkan sayuran dengan baik sehingga berlaku pembalut homogen. Tutup periuk dan masak sehingga sayuran hampir masak.

Untuk masak biryani:

  1. Mama gunakan periuk yang besar dan tumpukan nasi setengah masak di bahagian bawahnya.
  2. Kemudian, masukkan lapisan sayuran yang Mama dimasak tadi .
  3. Akhir sekali, masukkan lagi sekali sisa nasi di atas sayuran. Mama jugak boleh menambahkan mentega cair di atas lapisan nasi yang last.
  4. Tutup periuk dengan kain bersih dan tutup rapat dengan penutup periuk.
  5. Gunakan api yang sangat perlahan selama 20-25 minit atau sehingga nasi masak sepenuhnya dan beraroma.

2. Chicken Tikka Masala

Bahan-bahan

Untuk perapan:

Bahan menumis:

Cara Memasak

  1. Mama masuk semua bahan perapan ke dalam bekas, gaul sehingga sebati ayam dengan bahan perapan tadi.
  2. Mama perapkan selama 1 jam.
  3. Panaskan minyak dan gorengkan ayam yang diperap tadi sehingga kekuningan.
  4. Dah siap goreng ayam, ketepikan dulu.
  5. Kemudian, Mama tumis bawang besar sehingga layu dan naik bau.
  6. Masukkan halia dan bawang putih yang diparut. Tumiskan selama 1 minit.
  7. Mama masukkan bahan bertanda (*) dan tumis sekejap.
  8. Masukkan jus tomato dengan serbuk cili, tambahkan garam juga.
  9. Renehkan selama 15 minit sehingga kuah menjadi pekat.
  10. Masukkan susu sejat dan gula, gaulkan sehingga sebati.
  11. Dan Mama dah boleh masukkan ayam goreng tadi.
  12. Gaul sehingga ayam sekata dan masakkan dalam 10 minit.
  13. Okay, dah boleh dihidangkan.

Kredit resepi: FiveFootFive

3. Vegetarian Kurma

Bahan-bahan

Cara Memasak

  1. Satukan serbuk kurma dan serbuk kari daging. Bancuhkan dengan ½  cawan air dan dijadikan pes.
  2. Panaskan minyak sapi guna api sederhana. Kemudian, Mama tumiskan kulit kayu manis, bunga lawang dan bunga cengkih seketika.
  3. Tambahkan kisaran bawang, bawang putih dan halia. Tumiskan selama 1 minit je.
  4. Masukkan daun kari dan cili hijau. Tumiskan lagi guna api sederhana selama 1-2 minit.
  5. Tambahkan pes campuran serbuk kurma tadi. Kacau sebati dan Mama boleh tambah sedikit air jika perlu. Masak sekejap.
  6. Seterusnya, Mama masukkan cendawan, ubi kentang, lobak merah, kacang pis dan separuh dari tomato.
  7. Tambahkan jugak sedikit garam dan kacau sehingga semua sayur bergaul dengan rempah.
  8. Masukkan air dan teruskan masak sehingga ubi kentang menjadi empuk.
  9. Masukkan baki buah tomato, daun pudina dan jugak sedikit daun ketumbar yang telah dicincang.
  10. Sedia untuk dinikmati.

Nota: Penambahan penggunaan serbuk kari daging akan jadikan kuah kurma Mama jadi lebih sedap. Kalau Mama nak tambahkan sayur yang lain pun boleh juga.

4. Mushroom Green Peas Butter Masala

Kredit Gambar: Spice Pots

Bahan-bahan

Cara Memasak

  1. Mama Panaskan mentega, kemudian tumiskan buah pelaga, bunga cengkih dan bunga lawang sehingga wangi.
  2. Masukkan bawang cincang dan tumis lagi sehingga beberapa minit. Tambahkan juga halis dan bawang putih kisar. Masak sehingga bawang menjadi keperangan.
  3. Tambahkan tomato kisar. Mama masak lagi hingga hampir kering.
  4. Seterusnya masukkan serbuk ketumbar, serbuk cili dan serbuk garam masala. Kacau sebati dan masak dengan menggunakan api kecik.
  5. Tambahkan kisaran kacang gajus tadi, kacau lagi sekali.
  6. Masukkan hirisan cendawan. kacau dan Mama biarkan seketika sebelum dimasukkan kacang pis.
  7. Masukkan air dan tambahkan garam secukup rasa. Biarkan ia mendidih seketika.
  8. Akhir sekali, Mama masukkan krim dan hirisan daun ketumbar. Kacau dan biarkan mereneh selama 5 minit.
  9. Sedia untuk dihidang.

Nota: Sesuai untuk dihidang bersama nasi, capati atau roti nan.

5. Rasam

Bahan-bahan

Untuk air asam kunyit:

Untuk bahan tumbuk kasar:

Cara Memasak

  1. Mama Panaskan minyak sedikit dan masukkan biji sawi.
  2. Masukkan daun kari dan cili kering.
  3. Masukkan serbuk asafoetida/rasam.
  4. Masukkan bawang putih dan bawang kecik yang ditumbuk kasar.
  5. Masukkan tomato pula dan tambahkan sedikit air untuk memasak tomato.
  6. Masukkan akar ketumbar dan bahan tumbuk.
  7. Masukkan air asam jawa dan air sedikit sehingga rasa masamnya sesuai. Mama kena gunakan api yang kecik dan biarkan rasam masak.
  8. Kalau rasanya terlalu masam, Mama boleh tambahkan air. Kalau kurang masam pula, tambahkan air asam jawa.
  9. Selepas 2 minit, masukkan daunketumbar dan garam secukupnya. Kacau sebati dan biarkan.
  10. Setelah buih kecik mula kelihatan di bahagian tepi, Mama kacau sekali lagi dan biarkan.
  11. Bila sudah mula mendidih, matikan api.

6. Pani Puri

Bahan-bahan

Untuk puri:

Cara Membuat Puri

  1. Gaulkan semua bahan kecuali air panas sehingga sebati.
  2. Jadikan lubang di tengah mangkuk. Masukkan air panas sedikit demi sedikit dan uli sampai menjadi doh.
  3. Uli dalam 5 minit kemudian tutup dengan tuala lembap. Perap selama 20 minit.
  4. Kemudian uli lagi dalam 2 atau 3 minit, doh akan menjadi lembut.
  5. Bahagikan doh kepada 2 bahagian, canai nipis dan tekap dengan acuan bulat bersaiz kecik.
  6. Cara menggoreng, Mam gunakan api sederhana je. Masukkan satu dahulu, bila dah kembung baru masukkan yang seterusnya. Ulang sehingga habis.

Nota: Kalau Mama nak cepat, boleh guna puri chips atau papad je.

Untuk mint pani:

Cara membuat Mint Pani

  1. Kisarkan kesemua bahan yang ada tanda (*) sampai halus.

Untuk tamarind pani:

Cara membuat Tamarind Pani

  1. Mama rebuskan bahan yang bertanda (*)
  2. Kemudian kacau sehingga sebati dan sedikit pekat.

Untuk aloo stuffing (kentang):

Caranya

  1. Satukan kesemua bahan dan gaul sehingga semua bahan sebati sebati.

Cara untuk makan:

Mama pecahkan bahagian atas puri dengan ibu jari untuk dijadikan lubang. Masukkan aloo stuffing, bawang, daun ketumbar dan maruku kecik. Tuangkan sedikit tamarind pani dan selebihnya mint pani. Okay Mama dah boleh makan!

Kredit resepi: Seismik Makan

7. Masala Vadai

Bahan-bahan

Cara Memasak

  1. Masukkan semua bahan di atas ke dalam satu bekas. Masukkan juga kacang dhal yang belum dikisar. Gaul sehingga semuanya sebati.
  2. Setelah semuanya sekata, ambil adunan dan bentukkan mengikut saiz yang dikehendaki.
  3. Kemudian, Mama panaskan minyak. Goreng sehingga keperangan. Angkat dan toskan.
  4. Siap untuk dihidangkan.

Kredit resepi: rasa

Mesti family Mama akan suka dengan hidangan ni nanti. Jadi, selamat mencuba ye Mama dengan resepi yang Mama Siti kongsikan ni.


Dapatkan lebih banyak menu-menu yang lain SINI.